Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 19 March 2017

PROJEK SENI | Persediaan untuk April

Ummul Azkee


PROJEK SENI 2017





       Hai.rasanya dalam entri Januari lalu  UA ada mentions tentang fokus UA untuk tahun ini, Kalau ada baca entri itu mesti masih ingatkan yang UA majukan diri dalam bidang yang UA minati sejak dari kecil, SENI LUKIS. Jadi UA sedang mencari ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang ini dan UA sedang memulakan langkah untuk terus mencapai impian UA.


    Sebenarnya skarang ni UA tengah sibuk siapkan painting, insyallah UA akan sertai satu charity exhibition pada bulan hadapan,tak lama lagi. Tu yang UA pulun siapkan artwork dari bulan lepas, di tambah pula dengan nervous nya bercampur baur perasaan, tapi UA usaha juga tenangkan diri sebab kalau nak melukis ini memang tak boleh nak rushing alamatnya tak menjadilah nanti. Jadi berperang lah dengan diri sediri ibarat berperang di medan perang.huhu.



ARTWORK FEBRUARI




    Pada yang mengikuti Instagram UA pasti tahu yang UA ada hasilkan satu lukisan yang agak besar bulan lepas. Alhamduliah lukisan sudah 90% siap. Mencabar ya nak hasilkan sesuatu lukisan, selain 
memerlukan fokus dan pemerhatian yang tinggi, masalah dari segi penggunaan medium dan juga lapisan warna membuatkan proses menghasilkan sesuatu lukisan memakan masa.


     Untuk Lukisan ini UA menggunakan cat minyak /Oil paint di atas kanvas. Oil paint merupakan satu medium yang tersangat  popular dan hampir semua pelukis menggunakkan medium ini untuk berkarya  termasuk pelukis terkenal seperti Leonardo Di Vincci, Piccasso , Vincent Van Gogh dan ramai lagi.

    Setiap lukisan yang dihasilkan tak kira apapun medium yang digunakan sebenarnya perlu di warna lapisan demi lapisan,menjadikan lukisan itu perlu di hasilkan sedikit demi sedikit dengan penuh ketelitian lebih lagi jika ia melibatkan anggota badan manusia.

 


    Ketepatan struktur anggota badan itu perlu sempurna jika kita ingin menghasilkan lukisan yang real.
UA sukakan lukisan berbentuk real/ realism tapi tak cenderung pada hype realism yang mana penggunaan warna yang digunakan dalam aliran seni hype realism lebih tepat dengan warna sebenar kulit manusia.

  UA lebih suka bereksperimen dengan bentuk dan bermain dengan  warna  pada sesuatu subjek dalam lukisan, juga effect sapuan berus pada kanvas. Jadi boleh lihat ,penggunaan warna yang dipilih oleh UA , terang dan kontra.

   Setelah setiap hari berusaha untuk melengkapkan lukisan ini, siap juga subjek tangan seperti yang UA mahukan.Cuma masih ada sedikit lagi yang perlu diperbetulkan dan ditambah pada lukisan ini.




     Doakan semuanya berjalan lancar ya. Entri akan datang UA akan bercerita dengan lebih lanjut tentang Oil Paints,sifat dan bahan sampingan yang diperlukan untuk menggunakannya.
 

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. bestnya kalau saya pn pndai melukis..nak tanya sikit bole x UA? kalau UA melukis biasanya satu lukisan tuh amek masa berapa lama nak siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantng pada bpe byk objek dlm satu lukisan itu.. paling cepat 1 bulan

      Delete
  2. MasyaALLAh..UA ni memang berbakat sangat! Tahniah atas kejayaan menyiapkan lukisan tuh. Nany tau, bukan senang nak siapkan sesuatu yang kita betul2 nak buat and yang terbaik kan. All the best UA! Muahhhs!

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib