Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 22 March 2017

Aktiviti Seni Cuti Sekolah | Collage/ Kolaj

Ummul Azkee

IDEA AKTIVTI CUTI SEKOLAH | COLLAGE / KOLAJ




     Selamat tengah malam semua! hehe.. mesti ramai dah tido, UA je jadi burung hantu memalam buta ni. Almaklumlah hari ini hari ke- 5 cuti sekolah, siang memang sibuk. Walaupun UA tak bekerja macam orang lain tapi sibuk juga uruskan semua perkara. Kalau tahun lepas rasa cuti sekolah bolehlah melepak sekejap, bila da lalui sebenarnya tiada erti kata rehat sebenarnya, lagi bertambah sibuk adalah. hihi.. Cuti sekolah kalau tak ke mana pun kena ada kan aktiviti untuk anak-anak dan pastikan makanan mencukupi. Tahap kelaparan di cuti sekolah lain macam.hehe..

    Jadi ceritanya kali ini, beberapa hari lepas UA ada aktviti seni sempena cuti sekolah yang baru bermula. Sebelum cuti lagi Adriana nak buat projek seni ini, tapi tertangguh. Hari sekolah biasanya UA lebih sibuk dan Adriana biasanya dia letih luarbiasa di hari sekolah, jadi waktu yang tepat adalah cuti sekolah.


COLLAGE | KOLAJ


     Jadi aktiviti seni kali ini, kami buat collage / kolaj. Kolaj merupakan salah satu teknik dalam menghasilkan artwork. Ada pelbagai bahan yang sering digunakan dalam menghasilkan kolaj, ini termasuklah keratan majalah, suratkhabar, lukisan, reben, atau keras berwarna, gambar , barang terpakai yang di gam pada kertas ataupun kanvas.

   Kolaj ini telah digunapakai sejak 100 tahun dahulu lagi akan tetapi  mula makin popular pada awal abad ke 20 dalam menghasilkan artwork. Antara pelukis terkenal yang menggunakan teknik kolaj ini adalah Pablo Piccaso dan Geoges Braque sehingga menjadi sebahagian dari teknik dalam Modern Art.


ADRIANA DAN KOLAJ

    Jadi teknik kolaj yang Adriana hasilkan kali ini adalah asas ataupun pengenalan pertama kepada teknik kolaj ini. iaitu tear and paste ( koyak dan tampal ).




   1.  Perkara pertama yang dilakukan, koyakkan kertas mengikut warna objek yang dilukis. Terpulang kita mahu lukis objek apa, kalau mahu lakukan dengan kanak-kanak dengan kadar segera dan tak terlalu lama, pilih objek yang senang seperti buah dan pastikan tidak terlalu besar bagi elakkan kanak-kanak cepat bosan dan keletihan. Letih juga buat kolaj ini ya. Adriana buat kolaj ini dari tengahari sampai petang baru siap. Siap boleh berhenti rehat, lepas itu smbung balik sebab lukisan bendera itu besar dan agak rumit.




2. Siap sahaja koyakkan kertas mengikut warna yang dimahukan,bolehlah mulakan dengan menampal. Part ini agak menguji kesabaran sebab perlu gam satu-satu. Disini lah UA kagum tengok Adriana fokus dan gigih dia nak siapkan kolaj dia. Kakak dia , Afrina awal-awal dah tewas, di koyak je kertas itu. lepas itu lari dah tak nak buat. hihi.. Maka tampal lah adriana sampai lebam.hihi.






. Lama kelamaan dia jadi hilang sabar juga sebab tak siap-siap, jadi UA pun bantu lah dia tampal menampal tu. Lastly UA pula syok buat kolaj ni dan terdapatlah idea dan rasa nak buat satu artwork kolaj nant.hehe.. tunggu ya nnti UA buat satu.



      Bahagian paling mencabar nak buat adalah di bahagian bulan sabit itu, UA bantu Adriana part tu saja. Dan hasil kerjasama kami berdua terhasillah kolaj bendera Malaysia yang tercinta. Maka senyum bangga lah Adriana, Sengih sampai ke telinga. hehe..





   Sekian, itulah saja perkongsian aktiviti seni cuti sekolah kali ini, nanti UA kongsikan lagi aktivit lain ya. Moga memberi manfaat pada mereka yang tercari-cari aktviti yang menyeronokkan anak-anak di cuti sekolah kali ini.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. bestnya buat benda ni dengan anak2 diaorg pn jd lebih kreatif

    ReplyDelete
  2. Bagusla UA beraktiviti macam ni ngan anak-anak. Arituh, Umair pun ada bawak balik hasil seni kolaj die buat bentuk ikan. Cikgu die siap tolong buatkan sisik untuk dia. Senyum terus smpi ke telinga. Heheheh~

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib