Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 9 January 2017

Rancang percutian 2017 bersama Air Asia di Traveloka.

Ummul Azkee

 Rancang percutian paling murah di Traveloka bersama Air Asia
 

     






Hai! Selamat tahun baru 2017 semua! 2016 sudah melabuhkan tirainya, pastinya banyak momen indah kita lalui tahun lalu, yang kurang indah pasti ada, tapi yang kita mahu ingat pastinya yang indah-indah belaka kan? Ada bermacam cara kita boleh lakukan untuk mencipta momen gembira buat diri sendiri mahupun bersama keluarga kn? Salah satu caranya adalah dengan pergi bercuti, betul tak? UA pasti semua orang mesti suka pergi bercuti, pergi makan angin tempat di negara bermusim sejuk, bergembira dengan keluarga.Siapalah tak suka kan?



cantiknya jepun.destinasi impian UA ni.. google image.


  UA pun suka kalau ada peluang pun teringin juga pergi bercuti,rehatkan minda dari reality life yang sibuk yang kadang-kadang buat kita stress. Naik flight,melawat tempat menarik, mesti seronok kan?

  Permulaan bagi tahun 2017 ini antara perkara dalam wishlist UA adalah pergi bercuti ke destinasi impian UA dengan keluarga, tapi dalam fikir penuh tanda tanya, berapa kos bercuti? berapa harga tiket penerbangan? Di mana nak cari tiket dengan harga yang murah dan menepati bajet? Ramai yang bagi pendapat kalau nak pergi bercuti lebih elok buat perancangan awal.

    Dalam tengah sibuk nak survey segalanya, ada seorang kawan ni dia cadangkan UA ke laman web traveloka . Katanya di situ ada macam-macam promosi diskaun bagi tiket penerbangan dan juga penginapan hotel dan kita boleh booking tiket penerbangan dan penginapan tarikh yang kita mahukan.





   Selain dari itu, kawan-kawan dan saudara mara berceritalah dengan UA tentang penerbangan yang paling berbaloi untuk di pilih di Traveloka. Mereka ni nasihat panjang lebar lah katanya kalau nak " the cheapest flights and save money" Air Asia lah pilihan yang paling tepat. Masa itu dengar je segalanya, sebab tak tahu apa tentang Air Asia, tapi setelah UA dengar pengalaman mereka dan cari maklumat dengan lebih teliti, tak dinafikan Asia Asia sememangnya pilihan yang terbaik. Nak tahu kenapa boleh baca di bawah.







5 sebab kenapa Air Asia pilihan yang terbaik untuk penerbangan destinasi percutian


1. Tawarkan harga tiket paling murah

Sebab utama Air Asia jadi pilihan UA adalah kerana mereka menawarkan harga tiket penerbangan paling murah.Setelah survey, memang Air Asia menawarkan harga tiket yang sangat murah. Ini memang tidak boleh dinafikan lagi kerana kini terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang memilih Asia Asia untuk percutian mereka. Bertepatan dengan tagline Air Asia "Everyone can fly".
Walaupun terkenal dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia sering juga menawarkan harga yang lebih rendah dengan promosi dan pakej penerbangan yang menarik yang mana menjadi antara sebab Air Asia menjadi pilihan traveller untuk mendapatkan tiket penerbangan termurah.






2. Tempat duduk Premium yang sangat Selasa

    AirAsia are the cheapest flight with maximum comfort . nak tahu kenapa? Mari nak cerita.Pada UA bab tempat duduk ni yang paling  penting! Dengan penerbangan dalam masa yang panjang, UA paling titikberatkan keselesaan sebab sebagai ibu beranak dua ini, kalau pergi bercuti memang meletihkan juga dengan drama dua puteri ini. Jadi keselesaan itu paling penting! Mula-mula fikir juga tempat duduk premium tu macam mana ya. Lepas kaji baru tahu yang tempat duduk premium ni dalam satu penerbangan itu hanya ada 12 kerusi sahaja yang hanya tersedia untuk penerbangan Air Asia X. Dengan hanya 12 kerusi, jadi tak ada lah sesak dan padat kan? tempat duduk kita lebih luas dan selesa! dan kerusi juga boleh direbahkan seperti katil, jadi memang sangat selesa, tak adalah duduk tersengguk-sengguk masa tidur. Dan Tempat duduk ni juga dilengkapi dengan skrin privasi, penyandar kepala dan kaki boleh laras, bantal serta duvet. Jadi berbaloi kalau pilih Air Asia, murah lepas itu selesa!

google image


3. Hidangan makanan yang menarik

   Cerita bab makan ni boleh jadi lapar. Nak tahu kenapa sebab masa UA tengah survey untuk booking rupanya Air Asia kan ada pre-booking untuk hidangan makanan sekali. Senangnya hidup pilih je nak makan apa atas flight nanti. Kalau anda tekak melayu, tekak orang asia jangan risau semua hidangan makanan ASEAN favourite orang Malaysia semua ada, antara senarai hidangan yang di sediakan Air Asia adalah Nasi Lemak Pak Naseer, Biryani Ayam Masal Ashok, Ayam Berinti Southwest, Pai Shepherd, Nasi Dagang, Pasta Sayuran.
Pada peminat masakan mamak tak perlulah risau sebab ada juga pilihan menu Mi Goreng Mamak Kamal dan juga Teh tarik. Menarik kan? Jadi jangan bagi alasan tak nak travel sebab makanan flight tak best ya!






4. Kepelbagaian Laluan penerbangan

   Hajat UA ingin travel ke destinasi impian di serata dunia bakal jadi kenyataan insyallah, dengan Air Asia yang  menawarkan penerbangan paling murah dalam abad ini,Haruslah UA rancang percutian setiap tahun kerana kini Air Asia sudah menawarkan penerbangan sehingga lebih 20 destinasi di seluruh Asia, selain dari melakukan penerbangan domestik seperti Tokyo, Beijing, Busan, Sydney, Gold Coast, New Zealand, dan banyak lagi. banyak pilihan laluan penerbangan yang disediakan oleh Air Asia boleh kita pilih.
Tak pernah lagi UA pergi travel overseas, pada yang belum macam UA ni moh lah kita rancang percutian setiap tahun, Mesti seronok! tiket pun murah dengan Air Asia kan. Jangan lepaskan peluang, Rugi tak pergi tengok tempat orang kan.






5. BIG POINT

   Zaman sekarang memang trend kumpul points/mata ganjaran. Di mana sahaja pasti ada konsep beli dan kumpul mata, di pasaraya besar pun ada. Air Asia pun tak terkecuali menggunakan konsep points ini. Tapi yang menarik dengan Big points yang diperkenalkan Air Asia ini dengan setiap pembelian tiket flight kita akan dapat points dan sebagai ganjaran kita boleh menebus tiket penerbangan percuma ke destinasi pilihan kita di seluruh Asia. Best kan? Tak dapat barang tapi tiket penerbangan tau! Boleh sambung travel lagi. Dan prosedur tebus points pun sangat mudah, boleh buat secara online pada bila-bila masa.






  Jadi dah tahu di mana nak dapatkan pakej percutian paling murah dan berbaloi kan? Jangan lupa ke laman web traveloka. Rancang percutian kita dari sekarang dan buat pilihan penerbangan percutian yang terbaik dengan Air Asia, banyak kelebihannya!

   













 

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. bestnyeeee...teringin nak terbang bersama air asia..hihihi

    ReplyDelete
  2. Lepas ni memang Traveloka akan jadi pilihan utama :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib