Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 28 January 2017

meneroka alam bersama,di Taman Botani Negara

Ummul Azkee
 

TAMAN BOTANI NEGARA, LOKASI MENARIK PENCINTA ALAM

         



   Hi Semua, Good morning, selamat bercuti sempena tahun baru cina ya, mesti ramai balik kampung kan cuti kali ini. Pada yang tak balik kampung dan tengah berkira-kira nak ke mana hari ini, esok ataupun isnin dan selasa ini boleh lah bawa anak-anak ke Taman Botani Negara.


  Mesti ramai tertanya-tanya Taman Botani Negara ini di mana ya? Masa mula-mula dengar UA pun tertanya-tanya perkara yang sama. Lepas pergi ke sana barulah UA tahu rupanya Taman Botani Negara ini rupanya nama baru bagi Taman Bukit Cerakah. Ha, mesti ramai tahu dah kan di mana, hihi. Di Shah Alam lokasinya. Dekat sahaja bagi yang tinggal di lembah klang.



  Pada yang sukakan alam, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan juga aktiviti lasak boleh lah ke sini. Keluarga yang ada anak-anak kecil ataupun bujang sesuai je ke sini. Macam-macam aktiviti   dilakukan di sini. Boleh berseronok berbasikal dengan anak-anak, ataupun naik trem melawat macam-macam tempat menarik disini. Ada Taman Haiwan, ada rumah empat musim, Taman bunga hiasan, Taman pokok herba dan macam-macam lagi. Besar tempat ini, satu hari explore pun takkan habis.




  UA sebenarnya dan beberapa kali ke sini, mulanya ke sini semasa zaman belajar, dan dengan anak-anak baru dua kali ke sini pada penghujung tahun lepas. Disebabkan UA memang sukakan alam dan anak-anak pun sama,memang seronok bawa anak-anak ke sini. Banyak perkara kita boleh lakukan di sini.





        Dua kali dalam 2 minggu UA ke Taman Botani, pertama kali pergi tak ada berjalan sangat sebab kurang sihat. jadi Adriana dan Afrina explore sendiri. UA memerhati sahaja dari jauh. Mereka ini seronok lah dapat main masak-masak menggunakan daun. Teringat UA memori masa kecil, main masak-masak gitu juga, cumanya curi periuk nenek. haha..




  Afrina pula teruja berjumpa dengan kawan baru dia siput. hihi.. seronok tengok anak-anak terdedah dengan alam ciptaan Tuhan, daun-daun, pokok-pokok dan binatang di sini. Di taman haiwan ada macam-macam juga binatang ya, ada rusa, burung, kucing, angsa, landak, kuda dan macam-macam lagi. mau tak seronok kalau anak-anak datang sini.



  Antara sebab lain UA ke sini adalah kerana ayah UA ada join venture dengan Taman Botani. Ayah UA ada perniagaan Archery, kadangkala hujung minggu kalau suami tak bekerja atau waktu lapang s adalah bantu ayah dan adik-adik di sana. Jadi sesiapa yang teringin nak mencuba sukan sunnah ini boleh lah datang ke Taman Haiwan di Taman Botani ini.






   Kanak-kanak semuda 5 tahun pun boleh mencuba sukan ini. Adriana pun dah terjebak dengan sukan ini, walaupun pada mulanya dia tak berapa suka. Apabila sudah mencuba sekali, memang jadi seronok. UA pun macam tu.hihi. Kami berdua siap bersaing dalam sukan ini tau. Serius, memang seronok! Selain dari itu, horse riding pun ada bersebelahan dengan kawasan memanah, Jadi lepas memanah boleh berkuda pula, Dua -dua pun bagus, sukan sunnah kan!


  

    Sabtu pagi  kalau ke sini memang meriah, ramai keluarga ke sini bawa anak-anak. Tengok telatah keluarga di sini pun menghiburkan tau. Berbasikal bersama paling UA suka tengok tapi UA belum cuba lagi lah. Next time Insyallah.





    Kali kedua UA kesini, UA dan Adriana spent time berdua, naik trem pergi ke taman bunga hiasan, kami melukis bersama. Lihat bunga-bunga hiasan yang cantik dan lukis. Sayangnya phone UA rosak, tak boleh lah nak capture gambar bunga yang cantik. Sedih. tapi tak apa next time for sure UA akan capture gambar bunga di Taman Botani ini..

   Jadi kalau tak ada rancangan ke mana-mana datanglah ke Taman Botani. UA jamin anak-anak mesti happy dan ibubapa pun excited. hehe. Oh ya kalau nak memanah boleh datang ke Taman Haiwan setiap hari Sabtu dan ahad. Murah je. RM5 untuk tujuh batang anak panah dan RM 10 untuk 15 batang dan dibuka bermula dari pukul 9pagi hingga 5petang. Insyallah kalau ke sana boleh jumpa UA juga kalau ada jodoh. Hahaha..

 Setakat ini jela entri kali ini, lama juga nak karang entri ini. Nanti UA cerita lagi, Selamat Bercuti semua!

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib