Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 10 January 2017

Januari & Cerita Mengubah hidup

Ummul Azkee

Di Januari



   Hai,semua. UA berentri lagi buat kali kedua di bulan januari kali ini. Ok kali ni nak bercerita pasal Januari jer tau! Biasanya semua orang excited dan bersemangat di bulan januari ini kan. UA pun excited juga. Harapannya nak mulakan hidup baru, semangat baru, impian baru, wishlist baru, manusia yang baru,semuanya baru lah, maklumlah awal tahu, semangat pun berkobar-kobar semacam kan? betul tak?





   Tak salah pun semua tu kan, nak jadi manusia yang lebih baik, sebab kalau kita mahu kan perubahan dalam hidup, nak majukan diri, nak jadikan diri lebih baik, kan itu bagus! Dari tiada perubahan atau tak mahukan perubahan yang lebih baik dari tahun ke tahun, Walaupun setiap perancangan itu atas ketentuan Dia, dan mungkin banyak dugaannya. Kadangkala juga apa yang kita rancangkan tak berjalan seperti yang kita mahukan. Tapi niat kita mahukan perubahan itu pun sudah cukup baik kan? Jadi mari jalan terus, jangan menoleh kebelakang. Terus positif dan usaha lebih lagi di tahun baru ini.

ORANG BARU DAN MEMBINA KEHIDUPAN BARU


  Bercerita bab bulan januari kali ini ada dua banyak  perkara baru yang UA dapat .hihi. Yang pertamanya seronok nak cerita yang UA baru dapat anak buah baru semalam. Anak buah kedua UA, anak adik perempuan kedua UA. Seronok rasanya bila ada orang baru dalam hidup walaupun bukan anak sendiri. Anak buah pun mesti lah anggap anak sendiri kan.




   Dan yang kedua nya insyallah dalam akhir bulan ini akan dapat adik ipar baru, bertambah besar keluarga kami, dan insyallah juga adik perempuan kelima akan melahirkan baby pertama bulan tiga nanti. Tiga orang baru dalam hidup UA tahun ini , happy tak terkata, terutamanya bab baby tu, Seronok dia lain sebab dah lama tak merasa ada baby dalam keluarga. hihi..




IMPIAN DAN FOKUS DI TAHUN 2017





  Dan buat diri sendiri pula, UA akan usahakan setiap impian dan sasaran UA di tahun ini terutamanya dalam bidang seni lukis. Impian yang UA impikan sejak dari kecil, mahu terus hidup dengan berus, kanvas dan warna. Dan pastinya UA mahu ke satu tahap yang lebih tinggi, lebih baik.


  Yang pastinya semua perubahan ini bukan hanya untuk diri sendiri, ini untuk anak-anak, suami dan keluarga. Insyallah UA akan usaha sedaya mungkin untuk lakukan perubahan dalam hidup, dengan cara yang UA mahukan. Yang mungkin ada orang yang takkan faham. Apapun jalan yang dipilih, yang pastinya ia takkan mudah. Perlu usaha, usaha dan usaha.

  Moga segala impian dimakbulkanya. Moga-moga impian ini lebih menyedarkan UA yang segalanya berlaku dengan ketentuannya jadi perkara yang sentiasa perlu diingati adalah jaga hubungan dengan Dia, mohon kekuatan dari Dia, minta pada Dia. Insyallah segala yang diimpikan akan dimakbulkanNya. Amin.





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Betul tu Ummul...januari ialah permulaan ke arah memperbaharui apa yg kita inginkan....insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..MasyaALLAh..comelnya kan baby? now baru faham kenapa rasa best sangat bila dapat baby walaupun baby tuh bukan anak kita. Sebabnya...dah lama takde baby. Hahaha! Anyways..All the best yer UA! Nany doakan. Memang tak senang untuk kita mencapai kejayaan. Banyak perkara kena fikirkan. May ALLAH SWT ease your affairs!

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. semoga semua perancangan dan impian Ummul akan tercapai tahun ni.. :) You happy, I happy.. hehehehehee..

    take care sahabat.. :)


    ...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib