Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 15 January 2017

Idea Sketch

Ummul Azkee


IDEA, SKETCH DAN IMAGINASI


        Waktu sekarang menunjukkan 12.21am, dan UA in mood untuk menulis di sini. Waktu malam dan sunyi adalah waktu paling UA suka untuk menulis di blog, tiada gangguan dan lebih tenang nak menyusun ayat.

        Ok, insyallah tahun ini UA azam mahu perbaiki skill melukis, lebih banyak bereksperimen dan lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu artwork. Sejujurnya UA suka melukis sesuatu yang real atau dalam definisi seni dipanggil realism ataupun still life (boleh google untuk lebih memahami) lukisan yang kita hasilkan dengan lihat secara terus atau melalui photography. Penghasilan lukisan sebegini sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan sepenuh tumpuan, memakan masa dan juga memerlukan penglihatan yang tajam. Sangat mencabar tapi menyeronokkan. 

      UA bukan sudah tidak berminat dengan lukisan realism, tapi cuma ingin lebih kreatif dalam penghasilan artwork kerana artwork yang kreatif  lebih memberi impak. Bagi UA menghasilkan sesuatu yang mememerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang tersendiri itu menjadikan sesuatu lukisan itu bermakna dengan cerita tersendiri dan ia membuatkan kita berfikir di luar kotak.


      Setelah puas mengelamun dan mencari idea untuk sketch pertama di tahun 2017, UA mulakan dengan lakaran menggunakan pensil terlebih dahulu,selepas itu menggunakan pen.




        Kemudian baru UA teruskan dengan warna dan akhir sekali masukkan detail pada sketch ini.
Sketch ada bermacam sketch, ada sketch untuk latihan skill melukis yang fokus pada bentuk dan garisan dan ada juga untuk proses penghasilan Idea.
 Untuk sketch yang UA buat kali ini adalah sketch untuk penghasilan idea, teknik (cara)dan medium (bahan/warna) bagi UA. 
     Dalam sketch ini UA gunakan drawing pen, watercolours dan juga connector pen dari Faber- Castell. Penggunaan lebih dari satu medium pada sesuatu lukisan disebut Mix Media.





     Setelah beberapa hari penghasilan sketch ini sedikit demi sedikit &idea yang datang secara tiba-tiba, membuah kan hasil lukisan diatas. Harap perkongsian ini memberi sedikit ilmu tentang dunia seni. Kalau mahu lihat proses lukisan UA ini berserta beberapa video boleh lihat di instagram UA di@ummulazkeearts .
   Moga bermanfaat dan pada yang minat melukis boleh mencuba-cuba. Jangan takut mencuba kerana melukis merupakan salah satu cara untu kita ekspresi diri kita sendiri.

   Sekian. Selamat Malam.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib