Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 18 January 2017

CROCS | Koleksi terbarunya tersangatlah menarik hati!

Ummul Azkee





TERTARIK HATI DENGAN KOLEKSI TERBARU CROCS







      Hai! Hari ini kan UA nak berkongsi cerita tentang koleksi terbaru dari CROCS, cantik sangat koleksi terbaru kali ini, UA berkenan sangat! Siapa yang tak kenal jenama crocs shoes  ini kan? Memang tersangat popular dan antara kasut menjadi pilihan kebanyakkan mereka yang lasak dan mahukan keselesaan.

     UA sememangnya ada pengalaman memakai Crocs shoes ini, sehingga kini pun UA selesa ke mana-mana dengan Crocs shoes ini. Selesa sangat pakai Crocs shoes ini,tahan lasak dan mudah pemakaianya walaupun ketika hujan. Basah pun tak perlu risau, sebab diperbuat dari getah, takkan berbau dan mudah dikeringkan.

    Baru-baru ini UA ada terlihat koleksi terbaru dari Crocs di internet, Koleksi terbaru dari Crocs kali ini lain dari yang lain, tidak hanya ada satu jenis kasut seperti mula-mula ia diperkenalkan. Kini ada pelbagai jenis kasut yang sememangnya menarik hati UA. Ada pelbagai jenis kasut Crocs kini untuk wanita seperti UA, ada sandals,loafers, sneakers, wedges,flats dan banyak lagi. UA pasti sesiapa sahaja yang melihat kesemua koleksi terbaru ini, akan jatuh hatilah!

     Jadi, UA nak kongsikan antara crocs shoes yang paling UA suka disini. Jom cuci mata koleksi terbaru dari Crocs, mana tahu berkenan juga! hihi..



     Crocs stretch sole flat




     Cantik kan? Mesti ramai tak sangka Crocs ada pilihan kasut  sebegini. Designnya sangat berlainan dari kasut Crocs yang sedia ada sejak dari dulu yang mungkin agak tidak menarik bagi sesetengah orang. Warna pilihan kasut ini pun sangat menarik dan nampak chic. Kasut ini menjadi pilihan utama UA kerana ia direka untuk memberikan keselesaan pada kaki kita. Istimewanya kasut ini ia sangat lembut kerana bahagian atas nya diperbuat dari stretch canvas . Selain sangat selesa, ia juga senang dipakai dan sesuai untuk gaya kasual. Tersangat sesuai dipakai dengan jeans, slack mahupun skirts. Kasut ini juga ada pilihan untuk lelaki tau! Jadi boleh lah UA matchy dengan husband macam gambar di bawah ini. hehe..






    Crocs Leigh II 2- Strap Wedge   



     Selain flat, UA sebenarnya sukakan kasut jenis wedge juga. UA lebih sukakan wedge berbanding heels kerana ia lebih selesa dan tidak menyakitkan. Selalunya UA pakai wedge untuk majlis tertentu seperti majlis formal. UA sukakan wedge ini sebab ia kelihatan style, feminin dan juga selesa. 2 straps pada Crocs wedge ini diperbuat dari kanvas, dan direka untuk memudahkan pemakaian. Di bahagian kaki nya pula mempunyai contoured Croslite foam footbed untuk memberi keseimbangan dan direka bentuk khas untuk memberikan keselesaan pada si pemakai sepanjang hari.




  Women’s Crocs Isabella Sandal Island Green


    Dalam banyak-banyak kasut wanita, UA rasa sandal ini lah paling penting , comel kan?
sandal ini sememangnya menjadi pilihan UA untuk bersantai, waktu keluar ke kawasan berdekatan dengan rumah,ke taman mahupun ke pantai ataupun pergi shopping. Sangat simple tapi masih bergaya dan sangat selesa kerana ia mempunyai Croslite foam footbed cushions.


     Jadi, menarik kan koleksi terbaru dari Crocs? UA pun dah jatuh hati sangat-sangat dengan semua Koleksi terbaru Crocs ini. Walaupun ada banyak kasut, rasanya kena juga dapatkan koleksi ini, menarik sangat semua design Crocs ini. Mari kita cuci mata sama-sama, dapat beli sepasang pun best ni, puas hati! Jom Shopping Crocs shoes!!!




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. Cantik! suka yang full cover tuh. Nampak lari sket design "trademark"derang tuh.

    ReplyDelete
  2. hi, saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib