Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 20 April 2017

BATERIKU | Servis tukar bateri paling murah dan dipercayai

Ummul Azkee








     Hai, entri kali ini UA nak warwarkan tentang servis tukar bateri oleh BATERIKU yang makin dikenali dan mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemilik kereta di Malaysia. Pada sesiapa yang pernah mengalami masalah kereta rosak di tengah jalan, pasti tahu bagaimana cemasnya keadaan waktu itu lebih-lebih lagi jika berkeseorangan terutama bagi pemandu wanita. UA rasa kebanyakkan pemilik kereta  tidak tahu menahu mengenai kerosakan yang timbul ataupun mengetahui keadaan bateri sesebuah kereta, samada masih ok ataupun tidak dan apa yang akan terlintas di fikiran kita waktu itu adalah untuk mendapatkan servis dari mereka yang lebih arif. Kita hanya buat andaian yang mungkin bateri kong tapi tak begitu pasti. Jadi servis tukar bateri dari BATERIKU lah yang sangat-sangat diperlukan waktu itu.



BATERIKU | PENYELAMAT DI WAKTU KECEMASAN DAN MENJIMATKAN WANG


 Dalam situasi terkandas di tengah jalanlah, BATERIKU memainkan peranan menyelesaikan masalah si pemilik kereta. Terdapat banyak kelebihan sekiranya kita menggunakan perkhidmatan BATERIKU, nak tahu kelebihan BATERIKU? Haruslah baca entri UA ini sampai habis ya.






10 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH BATERIKU


1. BATERI KERETA MURAH

  Apabila dengar perkataan BATERIKU, sudah pastilah yang terlintas dalam fikiran kita mereka ini menawarkan servis tukar bateri kan. Sememangnya BATERIKU menawarkan servis tukar bateri tetapi yang pastinya  harga bateri kereta yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tempat lain.


2. HARGA TETAP, TANPA CAJ TAMBAHAN

  Selain menawarkan harga bateri yang murah, BATERIKU turut
menawarkan perkhidmatan pada harga yang tetap. Tanpa caj tersembunyi. Berbeza dengan sesetengah tempat yang kebanyakkannya mengenakan caj tersembunyi  sehingga menyebabkan pemilik kereta terpaksa berdepan dengan kos perkhidmatan yang terlalu tinggi.



3. PERKHIDMATAN MELUAS DI BEBERAPA NEGERI

  Pada mereka yang selalu outstation pasti kadangkala bimbang sekiranya kejadian tidak diingin berlaku di tengah jalan. Dengan adanya BATERIKU tak perlu risau kerana BATERIKU bukan hanya menawarkan perkhidmatan di sekitar Kuala lumpur tetapi meluas ke beberapa negeri dari Perlis hinggalah ke Johor Bharu.


4. PERKHIDMATAN PERCUMA

   Yang paling berbaloi sekiranya kita menggunakan perkhidmatan BATERIKU ini, penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan bateri adalah secara percuma. Kos yang perlu dikeluarkan hanyalah untuk harga sebuah bateri sahaja. Jadi sekiranya tiada masalah pada bateri kereta, tiada caj diperlukan. Baguskan?


5. MOTEC TERLATIH

  Pekerja BATERIKU pula terdiri daripada MOTEC (Mobile Tecnician)terlatih yang arif tentang enjin dan kerosakan kereta, jadi kita boleh dapatkan perkhidmatan  BATERIKU tanpa was-was. Bagusnya gunakan perkhidmatan mereka yang terlatih ini, keselamatan kereta dan pemilik kereta lebih terjamin.


6. WARANTI DALAM TEMPOH 12-30 BULAN

  Selain perkhidmatan percuma dan pekerja terlatih, BATERIKU turut memberikan jaminan produk mereka dengan memberikan waranti dalam tempoh yang panjang, dari 12 hinggalah ke 30bulan.
dan warranti servis terdapat di setiap kawasan perkhidmatan. Jadi dimana pun kita dapatkan perkhidmatan, waranti servis boleh diperolehi di kawasan yang berlainan.


7. WAKTU SERVIS HAMPIR 24 JAM

     Waktu servis yang di tawarkan BATERIKU juga lebih lama iaitu dari 7 pagi hingga 1Pagi. Jadi kalau kereta rosak di tengah malam pun, BATERIKU akan datang untuk membantu.



8. PROGRAM #FREECHECKING

    BATERIKU juga adakan program #FreeChecking untuk badan koporat, kelab kereta, komuniti perumahan secara  PERCUMA, Menarikkan? tapi ia bergantung pada tempahan. Jadi jika berminat boleh hubungi BATERIKU untuk sebarang pertanyaan.


9. PELBAGAI ALTERNATIF UNTUK DIHUBUNGI DENGAN MUDAH

 Terdapat pelbagai cara kita boleh gunakan untuk menghubungi BATERIKU apabila berlaku kecemasan.

  Kita boleh hubungi BATERIKU di TOLL FREE : 1 800 22 2324

Atau klik http://bateriku.wasap.my untuk terus Whatsapp BATERIKU (untuk kawasan lembah klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)

Atau klik http:baterikuselatan.wasap.my (untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)


10. MUDAH DIKESAN MELALUI MOBIL APPS

     Sebagai persediaan kecemasan kita juga boleh muat turun Mobil Apps BATERIKU.COM di google Play store dan Apple App Store yang lebih mudah, cepat dan kita boleh "track" pergerakan Mobile Technician BATERIKU. Dengan cara ini kita boleh ketahui jarak lokasi kita dengan Mobile Technician.






  Banyakkan kelebihan BATERIKU? Memang sangat berbaloi jika kita gunakan perkhidmatan BATERIKU? Jadi jangan lupa simpan maklumat penting dan dapatkan maklumat kawasan perkhidmatan mereka sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku di masa depan.
  
Kereta mati tengah jalan? Bateri kereta kong? Dapatkan sahaja perkhidmatan BATERIKU, mudah dan menjimatkan!


 NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Still life | lukisan berpadukan gambar ataupun setting.

Ummul Azkee

  

      Hi,lamanya UA menyepi kan. sibuk memanjang UA sekarang sampai tak sempat nak menulis di blog ini. Yang sebenarnya dah lama draft gambar tapi tak berkesempatan langsung nak menulis. Ni pun curi masa kejap. Taip laju-laju.hihi.. Ok, kali ini UA nak berceloteh tentang lukisan berpandukan gambar. Gambar tersangatlah penting pada seorang pelukis mahupun designer. Melalui gambar pelukis ataupun designer boleh menjadikan rujukan idea dan komposisi. Jadi perkara pertama sebelum menghasilkan sebuah lukisan yang sempurna, adalah lakaran lukisan berpandukan gambar. Ia tersangat la penting lebih-lebih lagi pada mereka yang masih dalam baru dalam dunia seni lukis ini.


LUKISAN BERPANDUKAN GAMBAR

Still life sketching 

    Seperti semua sedia maklum sketch ini merupakan lakaran awal sebelum sesuatu lukisan dilukis dengan lebih detail pada kertas atas kanvas kan. Kalau lukisan yang dilukis sama dari gambar barangan ataupun buah-buahan ataupun settings di atas meja dipanggil still life. Kalau  hanya sketching disebut still life sketching. Kalau lukisan yang siap biasanya akan di panggil still life painting.

   Waktu UA belajar dulu adalah buat settings di studio untuk subjek painting. Lecturer  dan pelajar akan sama-sama set up barang di atas satu meja dan lepas itu kami akan lukis dan capture gambar barangan ini dengan angel yang kami suka. Pada peringkat awal kami akan sketching untuk kaji bentuk dan position terlebih dahulu, kemudian kaji tentang warna dan akhir sekali baru lah akan dihasilkan  dalam bentuk  painting.


contoh still life painting dari paul Cezzane -Curtain,Jug & Fruits

    Beberapa bulan lepas UA adalah cuba-cuba buat simple settings di rumah dengan hanya gunakan buah epal. Jenuh simpan buah epal sampa hampir busuk haha. Lepas settings capture menggunakan phone. Hasil kalau mahukan gambar yang menarik pastikan  position best dan cahaya terang gekap paling penting untuk dapatkan gambar paniting yang terbaik.



   
       UA baru sahaja bulan lepas buka gambar ini di laptop dan start sketching menggunakan ball pen Papermate Inkjoy. Saja nak berubah mood dengan pen berwarna pula untuk sketch. hitam sahaja bosan juga nak sketch.hihi..
    
    



 Untuk painting in canvas mungkin UA akan buat, lama juga tak buat still life painting ini. Last time 10 tahun lepas kot hehe..Masa study dulu. Insyallah UA akan gunakan watercolour pula untuk kajian warna terlebih dahulu. Lepas itu baru kita lukis atas kanvas. tunggu ok untuk entri akan datang UA akan cerita dan tunjukkan proses painting pula. That's it for now..Jumpa lagi di lain entri. Have A Nice Day!
  


Wednesday, 5 April 2017

M.A.D Wellness | homey spa dengan harga rawatan paling berpatutan

Ummul Azkee


M.A.D Wellness | Spa paling selesa dengan kepakaran 3 doktor



    Hai, Sekejap je masa berlalu kan, da bulan April. Moga semua kita rancang berjalan lancar tahun ini. Ok,Entri kali ini UA sangat teruja ingin berkongsi tentang pengalaman UA ke event pertama UA bersama rakan blogger yang berpeluang mendapatkan rawatan kecantikan di Sebuah spa yang terletak di Sunway Mentari petaling Jaya, iaitu M.A.D Wellness.



  Sebelum ini memang UA tak pernah dengar tentang Spa ini, sememangnya UA tak begitu peka dan ambil tahu tentang spa dan rawatan kecantikan ini walaupun ada beberapa artis seperti Zizan Razak dan Azharina ada mendapatkan rawatan kecantikan disini.

 Mungkin kerana sudah lama sangat tak buat rawatan, kurang selesa untuk dapatkan rawatan pun ya juga tapi disebabkan keinginan untuk manjakan diri dan ingin tampil lebih cantik, UA beranikan diri menyertai rakan blogger lain ke event pertama UA ini sepanjang bergelar blogger.



    Rasa kurang selesa dan gementar itu serta merta hilang apabila UA dapat tahu yang, M.A.D Wellness ini  diterajui oleh 3 orang doktor iaitu doktor Mansur, Doktor Aiina dan juga Doktor Davina yang mana nama spa ini diambil dari nama mereka bertiga,M.A.D. Jadi dengan kepakaran 3 orang doktor ini, keselesaan dan keselamatan rawatan yang dijalankan lebih terjamin pada UA kerana mereka lebih berpengetahuan dan arif tentang rawatan yang diberikan.



Dr Aiina, Dr Davina, Dr Mansur dan Zizan Razak di M.A.D Wellness



sebelum rawatan dilakukan, Dr Aiina berikan penerangan tentang rawatan dan teknologi yang digunakan



    Buat pengetahuan semua, M.A.D Wellness ini merupakan pusat rawatan kecantikan yang secara keseluruhannya menggunakan advanced technology atau lebih tepat menggunakan teknologi estetik. Jadi semua alatan rawatan kecantikannya menggunakan mesin yang canggih dan antara teknologi yang digunakan oleh selebriti hollywood seperti Jessica Alba, Emma Stone dan Katy Perry untuk kelihatan cantik.

   Di M.A.D Wellness ini bukan hanya tertumpu pada rawatan kecantikan muka sahaja ya, rawatan pelangsingan juga ada disediakan. Memang mudah, semua rawatan seluruh badan,dari rawatan muka hinggalah ke badan boleh dilakukan di sini.




 KEISTIMEWAAN M.A.D WELLNESS




     Selain diterajui oleh doktor-doktor terlatih dan juga teknlogi yang canggih, apa yang UA tertarik apabila mendapakan rawatan di sini adalah suasana dan konsep spa di sini yang sangat cozy dan suasana yang selesa . UA sangat selesa sepanjang berada di sini, semasa menunggu untuk rawatan terasa sangat selesa seperti dirumah.



  Ruang menunggu yang berkonsepkan keselesaan di rumah, luas dan  sangat selesa buat mereka yang datang bersama keluarga terutamanya ibu-ibu seperti UA yang ingin datang dan buat rawatan ke sini bersama anak-anak. Keramahan dan kemesraan layanan doktor Aiina, doktor Davina dan juga kesemua pekerja di sini membuatkan UA seronok mendapatkan rawatan kecantikan di sini. Pastinya UA akan ke M.A.D Wellness lagi untuk dapatkan rawatan kecantikan lain pula.Tak sabar nak ke sana lagi. Entri akan datang UA akan kongsikan pula tentang rawatan yang UA dapatkan disini ya tempoh hari.

  Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan boleh lah ke laman sosial M.A.D Wellness.


Atau hubungi no. dibawah untuk sebarang pertanyaan dan appoinment

TELEFON       : 03-5613 5328
HOTLINE       : 018 243 4328



Wednesday, 22 March 2017

Resepi Cendawan goreng rangup, tanpa gunakan tepung segera

Ummul Azkee

TIPS JADIKAN CENDAWAN GORENG RANGUP



       Hai, Good morning. tengah sarapan ke? Lama UA tak kongsikan resepi di sini. Jadi kali ini tergerak nak kongsikan resepi ringkas dan tips jadikan cendawan rangup tanpa gunakan tepung segera dan boleh buat sendiri bancuhan tepung itu.

      Dulu UA gunakan tepung kentucky segera itu, tapi terlalu masin jadi UA stop gunakan dan mula cuba buat bancuhan tepung sendiri. Setelah beberapa kali mencuba, menjadi juga rangup dan rasa dia ikut citarasa UA dan tidak terlalu masin.

      Senang saja nak buat cendawan goreng rangup ini. Cendawan goreng ini favourite UA, suami, Afrina dan Adriana. Afrina dan Adriana suka cendawan ini sebab rangup.krap kung krap makan.




RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP


   BAHAN-BAHAN


    1 paket cendawan
    
    1 cawan tepung gandum

    1 1/2 cawan tepung beras

    1/2 cawan tepung jagung

     serbuk lada hitam

     sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.

     garam

    serbuk cili (jika ingin pedas)






    CARA-CARA


     - Cuci cendawan terlebih dahulu.
    
     - Gaulkan semua bahan tadi.tak perlu bancuh dengan air.

    -  Panaskan api, celup cendawan campura tepung tadi dan goreng sehingga garing.

   -  Gunakan api sederhana setelah masukkan cendawan tadi di dalam kuali.


   - Angkat setelah warna cendawan kuning keperangan. Siap!


    Selamat mencuba.

     


Aktiviti Seni Cuti Sekolah | Collage/ Kolaj

Ummul Azkee

IDEA AKTIVTI CUTI SEKOLAH | COLLAGE / KOLAJ




     Selamat tengah malam semua! hehe.. mesti ramai dah tido, UA je jadi burung hantu memalam buta ni. Almaklumlah hari ini hari ke- 5 cuti sekolah, siang memang sibuk. Walaupun UA tak bekerja macam orang lain tapi sibuk juga uruskan semua perkara. Kalau tahun lepas rasa cuti sekolah bolehlah melepak sekejap, bila da lalui sebenarnya tiada erti kata rehat sebenarnya, lagi bertambah sibuk adalah. hihi.. Cuti sekolah kalau tak ke mana pun kena ada kan aktiviti untuk anak-anak dan pastikan makanan mencukupi. Tahap kelaparan di cuti sekolah lain macam.hehe..

    Jadi ceritanya kali ini, beberapa hari lepas UA ada aktviti seni sempena cuti sekolah yang baru bermula. Sebelum cuti lagi Adriana nak buat projek seni ini, tapi tertangguh. Hari sekolah biasanya UA lebih sibuk dan Adriana biasanya dia letih luarbiasa di hari sekolah, jadi waktu yang tepat adalah cuti sekolah.


COLLAGE | KOLAJ


     Jadi aktiviti seni kali ini, kami buat collage / kolaj. Kolaj merupakan salah satu teknik dalam menghasilkan artwork. Ada pelbagai bahan yang sering digunakan dalam menghasilkan kolaj, ini termasuklah keratan majalah, suratkhabar, lukisan, reben, atau keras berwarna, gambar , barang terpakai yang di gam pada kertas ataupun kanvas.

   Kolaj ini telah digunapakai sejak 100 tahun dahulu lagi akan tetapi  mula makin popular pada awal abad ke 20 dalam menghasilkan artwork. Antara pelukis terkenal yang menggunakan teknik kolaj ini adalah Pablo Piccaso dan Geoges Braque sehingga menjadi sebahagian dari teknik dalam Modern Art.


ADRIANA DAN KOLAJ

    Jadi teknik kolaj yang Adriana hasilkan kali ini adalah asas ataupun pengenalan pertama kepada teknik kolaj ini. iaitu tear and paste ( koyak dan tampal ).




   1.  Perkara pertama yang dilakukan, koyakkan kertas mengikut warna objek yang dilukis. Terpulang kita mahu lukis objek apa, kalau mahu lakukan dengan kanak-kanak dengan kadar segera dan tak terlalu lama, pilih objek yang senang seperti buah dan pastikan tidak terlalu besar bagi elakkan kanak-kanak cepat bosan dan keletihan. Letih juga buat kolaj ini ya. Adriana buat kolaj ini dari tengahari sampai petang baru siap. Siap boleh berhenti rehat, lepas itu smbung balik sebab lukisan bendera itu besar dan agak rumit.




2. Siap sahaja koyakkan kertas mengikut warna yang dimahukan,bolehlah mulakan dengan menampal. Part ini agak menguji kesabaran sebab perlu gam satu-satu. Disini lah UA kagum tengok Adriana fokus dan gigih dia nak siapkan kolaj dia. Kakak dia , Afrina awal-awal dah tewas, di koyak je kertas itu. lepas itu lari dah tak nak buat. hihi.. Maka tampal lah adriana sampai lebam.hihi.






. Lama kelamaan dia jadi hilang sabar juga sebab tak siap-siap, jadi UA pun bantu lah dia tampal menampal tu. Lastly UA pula syok buat kolaj ni dan terdapatlah idea dan rasa nak buat satu artwork kolaj nant.hehe.. tunggu ya nnti UA buat satu.



      Bahagian paling mencabar nak buat adalah di bahagian bulan sabit itu, UA bantu Adriana part tu saja. Dan hasil kerjasama kami berdua terhasillah kolaj bendera Malaysia yang tercinta. Maka senyum bangga lah Adriana, Sengih sampai ke telinga. hehe..





   Sekian, itulah saja perkongsian aktiviti seni cuti sekolah kali ini, nanti UA kongsikan lagi aktivit lain ya. Moga memberi manfaat pada mereka yang tercari-cari aktviti yang menyeronokkan anak-anak di cuti sekolah kali ini.

Sunday, 19 March 2017

PROJEK SENI | Persediaan untuk April

Ummul Azkee


PROJEK SENI 2017





       Hai.rasanya dalam entri Januari lalu  UA ada mentions tentang fokus UA untuk tahun ini, Kalau ada baca entri itu mesti masih ingatkan yang UA majukan diri dalam bidang yang UA minati sejak dari kecil, SENI LUKIS. Jadi UA sedang mencari ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang ini dan UA sedang memulakan langkah untuk terus mencapai impian UA.


    Sebenarnya skarang ni UA tengah sibuk siapkan painting, insyallah UA akan sertai satu charity exhibition pada bulan hadapan,tak lama lagi. Tu yang UA pulun siapkan artwork dari bulan lepas, di tambah pula dengan nervous nya bercampur baur perasaan, tapi UA usaha juga tenangkan diri sebab kalau nak melukis ini memang tak boleh nak rushing alamatnya tak menjadilah nanti. Jadi berperang lah dengan diri sediri ibarat berperang di medan perang.huhu.



ARTWORK FEBRUARI




    Pada yang mengikuti Instagram UA pasti tahu yang UA ada hasilkan satu lukisan yang agak besar bulan lepas. Alhamduliah lukisan sudah 90% siap. Mencabar ya nak hasilkan sesuatu lukisan, selain 
memerlukan fokus dan pemerhatian yang tinggi, masalah dari segi penggunaan medium dan juga lapisan warna membuatkan proses menghasilkan sesuatu lukisan memakan masa.


     Untuk Lukisan ini UA menggunakan cat minyak /Oil paint di atas kanvas. Oil paint merupakan satu medium yang tersangat  popular dan hampir semua pelukis menggunakkan medium ini untuk berkarya  termasuk pelukis terkenal seperti Leonardo Di Vincci, Piccasso , Vincent Van Gogh dan ramai lagi.

    Setiap lukisan yang dihasilkan tak kira apapun medium yang digunakan sebenarnya perlu di warna lapisan demi lapisan,menjadikan lukisan itu perlu di hasilkan sedikit demi sedikit dengan penuh ketelitian lebih lagi jika ia melibatkan anggota badan manusia.

 


    Ketepatan struktur anggota badan itu perlu sempurna jika kita ingin menghasilkan lukisan yang real.
UA sukakan lukisan berbentuk real/ realism tapi tak cenderung pada hype realism yang mana penggunaan warna yang digunakan dalam aliran seni hype realism lebih tepat dengan warna sebenar kulit manusia.

  UA lebih suka bereksperimen dengan bentuk dan bermain dengan  warna  pada sesuatu subjek dalam lukisan, juga effect sapuan berus pada kanvas. Jadi boleh lihat ,penggunaan warna yang dipilih oleh UA , terang dan kontra.

   Setelah setiap hari berusaha untuk melengkapkan lukisan ini, siap juga subjek tangan seperti yang UA mahukan.Cuma masih ada sedikit lagi yang perlu diperbetulkan dan ditambah pada lukisan ini.




     Doakan semuanya berjalan lancar ya. Entri akan datang UA akan bercerita dengan lebih lanjut tentang Oil Paints,sifat dan bahan sampingan yang diperlukan untuk menggunakannya.
 

Thursday, 16 March 2017

Ulangtahun ke-3 blog, dan sejarahnya

Ummul Azkee

Blog | bagaimana semuanya bermula..












   Sedar tak sedar hari ini  hari ke 15 di bulan mac, dan bersempena bulan bersejarah ini bagi UA sebagai blogger, UA terimbaulah bagaimana permulaan perjalanan UA dalam dunia blog ini dan nak juga berkongsi bagaimana semuanya bermula.

PERKENALAN DENGAN DUNIA BLOG



     Sebenarnya UA mula diperkenalkan dengan blog ini pada tahun 2007 kalau tak silap. Waktu itu belum berkawen lagi. Suami lah yang masa itu tunangan UA, cadangkan UA buat satu blog untuk promosikan artwork UA. Masa itu memang kosong pasal blog. Lepas dicadangkan waktu itu, UA adalah sign up blogger, tapi selepas itu memang blur , tak tahu macam mana nak mulakan blog itu, dan waktu itu juga tak begitu berminat dengan penulisan, jadi terbengkalailah blog itu dan akhirnya terhenti di situ saja.

   Dan beberapa tahun selepas berkawen, sekali lagi suami UA galakkan untuk buat blog tapi kali ini cadangkan UA berkongsi cerita tentang anak-anak pula. Waktu itu Adriana masih baby lagi. Suami UA berikan keratan akhbar tentang Red Mummy yang aktif berblog dan dapat side income dari blog yang dibinanya.

   Selain dari itu adik UA juga blogger suatu ketika dulu tapi sekarang tak aktif, dan ada juga seorang kenalan juga blogger menggalakan UA aktif kembali berblog,

  Waktu tu berkobar la, dan UA create lagi blog untuk Afrina dan Adriana pada tahun 2012. boleh
baca di sini .Adalah beberapa entri yang UA tulis tentang mereka tapi akhirnya terbengkalai juga kerana tak ada laptop mahupun komputer di rumah dan UA agak terbatas disitu dan tak konsisten menulis . Waktu itu tak ada lagi aplikasi dan smartphone yang canggih macam sekarang, yang ada pun Blackberry yang aplikasi nya agak terbatas, jadi sekali lagi ia terhenti di situ.






SEJARAH BLOG ARTYAZKEE.COM





  UA kembali menulis blog pada  4 mac 2014, yang mana blog ini dibina dengan nama url lain pada mulanya,housewifearts.blogspot.my. Waktu itu UA sudah mula cintakan dunia penulisan dan berjinak-jinak dengan penulisan buku kanak-kanak. Pada tahun yang sama UA ada sertai bengkel penulisan dan merupakan antara perkongsian pertama UA tulis di blog ini. Tahun yang sama suami UA beri sokongan dengan membeli laptop yang UA gunakan sehingga kini dengan harapan UA serius menulis di blog.dan sehingga lah tahun lepas UA decide untuk rebranding blog ini dengan menghasilkan rekaan logo blog ini sendiri dan memilih  artyzkee sebagai nama baru blog dan beralih ke .com dan
akhirnya  terhasillah www.artyazkee.com dengan bantuan seorang rakan blogger.




   Setiap ilmu blog, UA perolehi dengan belajar sendri,try and error dan selain dari itu UA juga mula  menyertai satu group blogger  pada 2015 yang dulunya dikenali sebagai EFG (kini dikenali sebagai AFB)

  Disini UA berkenalan dengan blogger lain yang dari pelbagai bidang dan latarbelakang. Banyak ilmu tentang blog UA pelajari, dari segi pengisian blog, template, coding dan macam-macam lagi untuk menjadikan blog ini lebih baik. dan alhamdulilah ukhuwah masih terjalin hingga kini dan 2015 merupakan tahun paling UA bersemangat menulis di blog. Terima kasih Afbians!

   Itulah dia sejarah blog UA ini, punyalah panjang kan perjalanan dia dan akhirnya ditahap seperti yang dilihat kini. Harapan UA blog ini akan menjadi satu platform terbaik untuk UA mempromosikan hasil seni UA, juga berkongsi cerita tentang ilmu seni yang UA perolehi waktu bergelar pelajar Fine art suatu ketika dulu dan berkongsi juga tentang kehidupan UA sebagai seorang pelukis, blogger, ibu dan pengurus rumahtangga yang ingin berjaya dalam dunia seni!


Sekian. Selamat Malam.






Wednesday, 22 February 2017

Taman tersembunyi di Taman Botani & Musim sejuk di Rumah 4 musim

Ummul Azkee

TAMAN CANTIK TERSEMBUNYI DI TAMAN BOTANI & RUMAH 4 MUSIM




     Entri kali ini masih berkisahkan Taman Botani, Shah Alam. Jangan bosan baca entri UA ya, Huhu.. Taman Botani kalau kita betul explore macam-macam ada, dan macam-macam aktiviti boleh dilakukan. UA 3 kali pergi pun tak habis lagi jalan semua tempat. Rasanya tahun ini UA akan ke sini lebih kerap, maka bolehlah UA explore lagi dan lagi dan kongsikan di sini sampai yang rasa tempat ini tak menarik pun akan rasa memang menarik datang sini. Jadi nak mempengaruhi semua orang ke sini. Haha..



       Ha, cuba tengok pemandangan gambar di atas ini, cantik kan? Rasanya tak ramai tak tahu tentang tasik ini tersembunyi di Taman botani, shah alam. UA pun tak tahu pada mulanya, Jumpa taman ni masa jalan-jalan outdoor sketching dengan Adriana, Waktu itu kali kedua ke sini. Jauh ke dalam Tasik ini, cantik sangat! Sempat la UA posing kali ke 3 ke sini. Sila tengok gambar di bawah.haha.. 




  Waktu ini jalan dengan Umi, adik perempuan bongsu, Afrina dan Adriana selepas ke Rumah 4 musim. Taman tersembunyi ini kalau nak cari boleh lihat di map yang diberi di kaunter. Cari lah LAMAN KONSERVASI TANAMAN HERBA & UBATAN.

        
   Lalu sahaj menerusi tangga laman ini, tersergamlah rumah seakan rumah pokok dibawah ini, boleh naik dan nikmati pemandangan dari aras yang tinggi dan dibawah rumah ada buaian. Memang best lah untuk bersantai. Tak ramai orang datang sini, ramai yang mungkin tak tahu. Dan seterusnya bertemulah UA dengan taman bunga-bungaan favourite UA dan menggila lah UA snap gambar bunga yang cantik di sini.











RUMAH 4 MUSIM


    Sebelum ke Taman tersembunyi hari itu, kami ke rumah 4 musim. UA tak pernah ke sini, jadi niat hari itu nak bawa anak-anak sahaja merasai musim sejuk di Malaysia. Afrina dan Adriana memang ada hasrat tu nak ke overseas, nak main salji katanya tapi belum ada rezeki lagi. Jadi ibu bawa pergi Rumah 4 musim ni..Kita ambil feel dulu ya. hihi..



    Dengan suhu 2'c di situ, memang sejuk hingga ke tulang rasa nya. mengigil la juga Afrina dan Adriana masa ini. hehe.. Macam mana nak pergi main salji di Overseas ini kalau tak tahan sejuk di Malaysia anak-anak lahai hehe.. Tengok saja lah riak muka Afrina dan Adriana memang tak tahan la kot.huhu..





       Kalau ada yang nak merasai macam mana sejuknya musim salji, jom datang ke Taman Botani, Shah alam, Tiket pun tak mahal mana, dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Tiket perlu dibeli di kaunter masuk di main entrance. Ramai yang tak tahu bab ni, jadi UA beritahu awal.
    



       Jadi, itulah sahaja pengalaman kali ketiga kami di Taman Botani, Shah alam. Nanti kalau ada pengalaman lain lagi di sini akan dikongsikan lagi di lain entri. Bertabahlah sepanjang tahun baca coretan UA tentang aktiviti di sana. hihi... Terima kasih sudi singgah dan baca.


Monday, 13 February 2017

Artwork | Teknik pointillism menggunakan oil pastels

Ummul Azkee


POINTILLISM MENGGUNAKAN OIL PASTELS



        Hi, entri kali ini UA nak berkongsi serba sedikit tentang artwork yang UA hasilkan pada bulan lepas, Cactus yang UA hasilkan menggunakan medium oil pastels. Oil pastels merupakan salah satu medium paling mudah digunakan untuk menghasilkan artwork kerana berbentuk stick. Oil pastel ini merupakan antara medium paling menjimatkan kos dan sesuai untuk kanak-kanak juga. 







     UA pelajari teknik menggunakan oil pastel ini waktu zaman belajar dulu masa itu part 2 di dalam subjek drawing. Masa itu ada dua teknik yang diajar tapi UA memilih teknik pointillism untuk assignments waktu itu. Sebenarnya ada banyak teknik menggunakan oil pastels ini. Kalau berminat boleh google, ada banyak info tentang teknik in oil pastels.

      Pointillism ini merupakan antara teknik yang popular dan ada beberapa artist barat yang menggunakan teknik ini dalam menghasilkan oil painting. Antara yang paling popular adalah Georges Seurat. Antara karya Seaurat yang paling popular ialah Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)

 Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)

    Teknik pointillism ini sebenarnya memakan masa untuk menghasilkannya dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Walaupun memakan masa tapi menyeronokkan bagi UA sebab kita bermain dengan banyak warna untuk hasilkan ton pada artwork. Walaupun agak rumit untuk menghasilkan puluhan dot tapi hasil nya memang sangat menarik jika betul teknik yang digunakan. UA memang sukakan teknik ini. Waktu belajar dulu puas juga UA mengetuk siang malam tapi hasilnya memang buatkan UA sangat berpuas hati, sayangnya UA tak ada gambar artwork UA itu, kalau tak boleh share di sini.


TUTORIAL |  Teknik pointillism menggunakan oil pastels





BAHAN YANG DIPERLUKAN 

   Antara bahan yang diperlukan untuk hasilkan pointillism menggunakan oi pastel ini adalah

    - Board
    - masking tape
    - Sugar Paper
    - Oil pastels (UA guna brand buncho sbb mudah lekat pada kertas)
    - cutter


CARA MENGHASILKAN POINTILLISM ARTWORK MENGGUNAKAN OIL PASTELS


1. Ukur dan gunting sugar paper mengikut saiz yang diingini. Saiz besar lebih baik sebab kalau kecil sangat agak sukar untuk menghasilkan dot apabila saiz oil pastel semakin mengecil. Saiz paling kecil paling elok adalah sebesar A4. Kalau telah sediakan frame, ukur kertas mengikut saiz frame agar artwork itu tidaklah terlebih atau terkurang pada frame,baru cantik.



2. Setelah itu lekatkan sugar paper pada board menggunakan masking tape. Board mestilah yang keras seperti playwood atau papan kek yang lebih dikenali sebagai MDF. Sebab kenapa kena keras? sebab untuk memudahkan proses dot atau dalam bahasa UA ketuk. hihi.


3. Setelah itu bolehlah pilih subjek apa yang ingin dilukis. dan lukis menggunakan pensel terlebih dahulu.



  4. Selesai melukis boleh mulakan memilih warna yang paling sesuai dan mulakan menghasilkan dot secara berselerak terlebih dahulu. Campur dua warna berbeza untuk pastikan dot kelihatan dengan jelas.



5. Setelah dot memenuhi permukaan kertas sehingga tidak menampakkan warna sugar paper, bolehlah fokus pada ton dan detail subjek.


     Mungkin ada yang rasa rumit sangat kan, tapi yang rumit tulah yang best pada UA. Jadi kalau ada yang betul-betul berminat,bolehlah mencuba ya! UA ada buat video pendek cara buat dot diinstagram,
bolehlah tengok di @ummulazkeearts. Kalau ada pula yang berminat tapi rasa tak mampu nak buat, bolehlah beli atau buat tempahan dari UA. Boleh lah deko rumah dengan artwork , mesti bertambah berseri rumah apabila kita hias rumah dengan lukisan selain dari gambar family kan? betul tak?



     Jadi sampai sini saja bebelan UA buat kali ini, Nanti UA share lagi tentang oil painting artwork yang UA hasilkan bulan ini.Tunggu!!! Good nite. Assalammualaikum.

 
     












Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib