Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 12 December 2016

Dua barangan pilihan Ua dalam box of joy

Ummul Azkee


Dua barangan pilihan hati dalam box of joy




Jadi entri kali ini,UA ingin kongsikan dua favourite item dalam box of joy yang UA rasakan sangat menarik hati iaitu  pertamanya SanDisk Ultra Dual OTG (on  the go) Drive 3.0 64GB yang sangat comel dan sangat berguna untuk blogger seperti UA.

   




       Yang bestnya dengan barang ini ia boleh digunakan pada android,smartphone dan tablet. Ia memudahkan kita move dan share files atau tranfer gambar/lagu dari smartphone terus ke drive 
ini,dan juga boleh gunakan pada dekstop atau laptop.

   SanDisk Utra dual drive Otg ini sangat berguna buat para pemilik smartphone,tablet dan pengguna android kerana dengan satu saat mereka boleh  free up space pada gajet tanpa perlu tranfer pada laptop/ desktop terlebih dahulu. Sememangnya berguna pada UA sebagai blogger kerana selalu menggunakan smartphone untuk capture gambar di entri blog sehinggakan selalu  full space dan memerlukan UA untuk tranfer gambar pada laptop untuk edit gambar tersebut. Dengan adanya SanDisk Ultra Dual Otg ini memang memudahkan kerja UA. 

  SanDisk ini ada dijual di laman web Lazada. Jadi kalau berminat untuk dapatkannya boleh klik link SanDisk untuk pembelian.


   Barang kedua yang menarik hati UA dalam kotak misteri, Box Of Joy adalah White Coffee, Perasa Pandan dalam tin yang cantik. First time UA tahu tentang perasa ni. Mula-mula rasa pelik tapi sebab UA memang sukakan White Coffee, UA tertarik hati untuk mencuba. dan rasanya memang sedap. Minum panas-panas pun sedap, sejuk-sejuk pun lagi sedap. Memang terbaik rasa dia, setiap pagi UA mesti minum white coffee ini. Kalau terasa nak cuba boleh je beli di Lazada,lebih mudah boleh klik di link white coffee pandan

   


LAZADA ONLINE REVOLUTION dengan potongan harga 95%!


   Sesiapa yang berminat ingin dapatkan barangan kesukaan UA dalam box of joy boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kerana mulai hari ini sehingga 14.12.2016, LAZADA telah melanjutkan kempen online Revolution yang menawarkan diskaun sehingga 95%. Jadi bolehlah dapatkan barangan yang kita inginkan pada harga yang lebih murah. sangat-sangat berbaloi kan?dan tempoh m jadi tunggu apalagi, terus ke laman web lazada ya! klik banner di bawa, pilih barangan pilihan anda sambil berjimat. Kerana diskaunnya tersangatlah menarik!


 online revolution






Box Of Joy, Kotak misteri yang menarik hati

Ummul Azkee

BOX OF JOY SEMPENA KEMPEN ONLINE REVOLUTION



Beberapa minggu lepas UA dikejutkan dengan kedatangan abang si penghantar barang. Mulanya ingatkan hadiah yang UA beli untuk Adriana di satu laman web itu, rupanya bukan. Besar bungkusan nya, apabila buka rupanya tiga barang dan ada satu kotak yang bertulis Find A Joy In Every Parcel.
    



    Masa itu barulah UA tahu bungkusan itu dari Lazada, sebab ada tengok blogger lain juga dapat kotak yang sama di instagram. UA Buka je kotak itu macam-macam barang ada dan of cause mestilah rasa seronok sebab semua barangan sangat menarik hati.




  Jenama barang yang terdapat dalam kotak box of joy semuanya terdiri daripada jenama popular dikalangan kita semua seperti Nestle seperti Nescafe, Loreal, SanDisk, FoodPanda, Maggi, MamyPoko, Milo dan Tefal.

  Kesemua barangan yang terdapat dalam box of joy ini boleh dibeli di laman web lazada dan ia boleh diperolehi dengan harga yang lebih rendah kerana lazada biasanya akan mengadakan jualan murah setiap bulan.

LAZADA ONLINE REVOLUTION dengan potongan harga 95%!


   Buat pengetahuan semua, LAZADA kini sedang mengadakan kempen online Revolution yang bermula dari 11.11.2016 sehingga 12.12.2016 dengan jualan murah yang sangat-sangat berbaloi dan tempoh masa jualan telah di lanjutkan hingga 14.12.2016, jadi cepat-cepatlah terjah laman web lazada ya! klik banner di bawa untuk shopping, Selamat menjamu mata dan happy shopping! :)


 online revolution






Sunday, 11 December 2016

Kriteria & langkah pertama sebelum menjadi Seorang Penulis Buku Kanak-kanak

Ummul Azkee

Kriteria & Langkah pertama sebelum menjadi seorang penulis buku kanak-kanak


      Lama dah UA nak share tentang kriteria dan langkah pertama yang perlu di ambil untuk menjadi seorang penulis buku kanak-kanak, tapi mood tak sampai-sampai. ( alasan sangat)

     Jadi harini UA bercerita tentang kriteria untuk menjadi seorang penulis buku kanak-kanak dan kongsi apa persediaan atau langkah pertama yang perlu kita siapkan sebelum menjadi penulis buku kanak-kanak.




google image

Kriteria utama untuk menjadi penulis buku kanak-kanak



1. Sukakan kanak-kanak

    Perkara pertama dan terpenting bagi menjadi seorang penulis buku kanak-kanak semestinya anda seorang yang sukakan kanak-kanak, suka memerhati tingkahlaku mereka, terhibur dengan telatah mereka, memahami sikap, memahami bagaimana mereka melihat dunia dengan imaginasi mereka,tingkahlaku dan juga tahu apa yang mereka sukakan.




2. Cintakan buku dan dunia penulisan

    Untuk menjadi seorang penulis buku, semuanya bermula dengan minat , Jika kita sukakan buku, selalu menghabiskan masa dengan membaca dan mempunyai habit membaca itu sangat membantu kita untuk menjadi penulis buku yang hebat. Adalah lebih elok jika kita memilikinya dan mempunyai koleksi sendiri, kerana menghasilkan buku kanak-kanak memerlukan pemahaman yang mendalam.



LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI PENULIS BUKU KANAK-KANAK



1. Sertai bengkel penulisan buku kanak-kanak

    Menulis buku kanak-kanak bukan semudah yang disangka. Ada langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum sesebuah buku kanak-kanak diterbitkan. Proses nya agak merumitkan kerana untuk memastikan kualiti dari segi penulisan dan ilustrasinya. Buku kanak-kanak mempunyai konsepnya terrsendiri yang perlu kita pelajari dan ikuti.








2. Mula mengumpul koleksi buku kanak-kanak
    
    Mulakan membaca dan membeli buku kanak-kanak, Buku-buku ini bertindak sebagai rujukan kita dalam proses penghasilan buku kanak-kanak tulisan kita. Jumlah yang paling digalakan untuk seorang penulis buku baca adalah 100 buah buku. Ini penting bagi seseorang penulis buku kanak-kanak memahami tentang konsep buku kanak-kanak yang sebenar dan memghasilkan cerita yang membuatkan kanak-kanak sukakannya.







3. Sertai kumpulan atau komuniti penulis

    Untuk sentiasa bermotivasi dan menambah ilmu tentang penulisan buku kanak-kanak, sertai komuniti penulis. Dengan penyertaan ini kita boleh bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu.







 4. Jadikan menulis sebagai habit 

   Sekiranya ingin serius dalam bidang penulisan buku kanak-kanak, jadikan aktiviti menulis sebagai habit. Tulis setiap hari, pastikan kita bawa pen dan note book ke mana sahaja kita pergi kerana idea boleh diperolehi di mana saja, dan kita boleh catatkan sebelum terlupa.






5.Pencarian idea  

 Mulakan langkah dengan pencarian idea, ada banyak cara untuk dapatkan idea penulisan kanak-kanak, antaranya adalah pemerhatian kita pada kanak-kanak kerana mereka lah sumber iham dalam penulisan buku kanak-kanak. Menjadi satu bonus sekiranya kita bekerja di tempat yang dikelilingi kanak-kanak, terutamanya guru tadika atau guru sekolah rendah dan adalah lebih menarik jika kita adalah seorang ibu atau bapa pada kanak-kanak. Dengan pengalaman membesarkan mereka membolehkan kita menghasilkan cerita yang menarik tentang mereka.


   Moga sedikit perkongsian ini bermanfaat. UA akan kongsikan pula proses penghasilan buku kanak-kanak di entri akan datangp pula nnti, insyallah. terima kasih sudi baca dan singgah.




Friday, 2 December 2016

Bagaimana Friso Gold menjadikan Afrina & Adriana bebas gembira meneroka dunia tanpa halangan

Ummul Azkee








FRISO GOLD |  membina kekuatan badan anak-anak dari dalam dengan nutrisi yang diperlukan




      Pengalaman menjadi seorang ibu pada dua anak perempuan sememangnya momen terindah bagi UA, dan UA pasti ia juga merupakan pengalaman berharga bagi semua wanita bergelar ibu mahupun bakal ibu yang akan melahirkan bayi. Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali dari aspek kesihatan.



  Sejak bergelar ibu, UA sedar nutrisi makanan untuk anak-anak sangat penting bagi memastikan mereka membesar dengan sihat. Tiada apa yang lebih melegakan hati seorang ibu selain dari melihat anak-anak sihat .

  Mempunyai dua anak perempuan,, Afrina dan Adriana yang sedang membesar dan kini sedang aktif  meneroka dan mempelajari dunia sekeliling mereka, sememangnya saat paling mencabar buat UA dan suami. Dengan tabiat pemakanan yang kurang seimbang kerana sikap "Picky eater" mereka kadang-kadang membuatkan UA bimbang tentang nutrisi yang diperlukan mereka seharian.



  Jadi sebagai alternatif lain untuk  memastikan anak-anak kuat dari dalam dan mendapatkan nutrisi yang sempurna, UA pastikan anak-anak dapatkan nutrisi seimbang dengan pengambilan susu Friso Gold setiap hari yang kini telah dipertingkatkani dengan teknologi LocNutri.

  LocNutri merupakan Teknologi baru yang digunakan dalam penghasilan susu Friso Gold yang bertindak mengekalkan nutrisi asal pada sewaktu proses pengeluaran supaya ia mudah diserap oleh tubuh anak-anak dan senang dihadamkan.






   Anak-anak UA, Afrina dan Adriana sememangnya aktif dan sangat gemarkan aktiviti luar, hampir setiap hujung minggu UA dan anak-anak akan menghabiskan masa beriadah di taman tasik berhampiran rumah kami.

  Sikap ingin tahu dan kegembiraan mereka pada persekitaran luar sememangnya mendedahkan mereka pada pelbagai kotoran dan kuman. Sekiranya mereka tidak kuat dari dalam,mereka akan mudah sakit.Jadi dengan pengambilan Friso Gold, UA tidak terlalu bimbang kerana sekiranya sistem penghadaman anak-anak dalam keadaan sihat, sistem imun badan mereka akan kuat dan mereka tidak akan mudah dijangkiti kuman dan jatuh sakit.

   Apabila mereka lebih kuat dari dalam, tiada lah lagi halangan untuk mereka berdua bebas gembira meneroka dunia sekeliling mereka dan UA dapat menikmati setiap momen  indah bersama mereka dengan lebih gembira, tanpa sebarang kerisauan.




FOTO EKSPLORASI AFRINA DAN ADRIANA 



 
 

       












 
 

       






Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib