Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 31 October 2016

Hadiah dari Printcious.my sebagai motivasi untuk diri sendiri

Ummul Azkee


HADIAH PRINTCIOUS.MY | PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK DIRI SENDIRI


        



       Hi semua, selamat kembali bekerja di hari isnin bagi yang bekerja, Pada yang masih bercuti, enjoys your holiday... Di petang isnin ini UA sahaja nak kongsi cerita tentang hadiah yang UA dapatkan untuk diri sendiri sebagai pembakar semangat untuk terus melukis. Maklumlah semangat dalam diri ini kan pasti ada turun naik. Jadi UA perlukan sesuatu untuk UA bangkit.





    Jadi UA pun dapatkan mug menarik dari Printcious.my . Ingat kan? minggu lalu UA ada kongsikan satu online gift shop  di blog ini. UA dapatkan di situlah. Memang UA cadang mahu cari hadiah untuk Adriana tapi rambang mata sangat. Rasa semua nak beli jadi UA tanggunhkan dulu. Akhirnya UA decide untuk cuba dapatkan untuk diri sendiri dahulu. Dalam minggu ini UA akan pilih juga sesuatu untuk Adriana, birthday dia 12hb November. hehe

Mug Pelbagai jenis & pilihan warna di Printcious.my 




   Lama juga lah godek laman web itu, tak tahu nak beli apa, akhirnya UA pilih mug. Sebenarnya ada 3 jenis mug di jual di Printcious.my tapi UA pilih yang berwarna sebab nampak menarik. Lepas dah decide nak dapatkan mug berwarna tu, terus UA fikirkan wording apa yang UA mahu letakkan pada ruangan mug tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus melukis. Lama juga berfikir hehe.. akhirnya dapat juga wording yang sesuai, lepas tu terus design di photoshop dan lastly reka letak di laman web printcious.my. .


  UA ada juga letakkan  design logo blog. angan-angan dulu ada produk design sendiri. Nama sendiri pun letak di mug. Its means officially mine! Orang lain tengok pun takut nak guna! kedek..hihi.
 Insyallah more design lepas ini sebab Printcious ada program for designer. Jadi UA boleh jana pendapatan dari rumah dengan melukis dan design pada produk pula! best kan?






    Ada pelbagai warna pilihan mug seperti merah, biru, kuning, pink, hitam dan oren. UA pilih warna favourite UA hijau! hehe.. mug ini diperbuat dari porcelin tau dan selamat digunakan pada microwave dan dishwasher juga. Ok sangat la kan, tahan lasak.




   Tak kecil sangat dan tak terlalu besar mug ni , just nice for having tea in morning and start my art and blog routine ! Perfect untuk UA. Best dan UA berpuas hati sangat. Tak sabar nak dapatkan hadiah untuk Adriana pula lepas ini. Siapa belum pernah dapatkan hadiah di printcious.my . Cubalah, memang puas hati sangat!







   

Tuesday, 25 October 2016

OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA | Sedap & berkhasiat !

Ummul Azkee

OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA | MINUMAN KESIHATAN BERASASKAN MANGGIS




    Siapa suka manggis? UA suka sangat buah manggis,manis,masam..memang sedap dan kena dengan selera UA. Tapi manggis ni ada musim nya dan tak dapatlah nak makan selalu kan.




    Baru-baru ini UA diperkenalkan dengan minuman kesihatan berasaskan manggis, OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA, produk keluaran Furley Bioextracts. Rasanya belum ada lagi kan minuman kesihatan berperisa manggis kan. Jadi UA berminat ingin mencuba memandangkan memang tercari-cari makanan tambahan untuk kesihatan dalaman untuk UA, suami dan anak-anak yang berperisa dan sedap seperti jus supaya tak ada lah anak-anak ini susah nak minum.





    Setelah mencuba, UA memang sukakan rasanya yang masam manis dan bertambah sedap bila diminum bersama ais.sejuk dan menghilangkan dahaga. Afrina dan Adriana pun sukakan rasanya. Jadi UA ingin kongsikan tentang Ostania, kandungan dan kebaikan nya.

KEISTIMEWAAN OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA



   Tahu tak istimewanya Ostania ini ia berasaskan keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya. Ia kaya dengan Xanthones. Xanthones adalah sejenis antioksidan yang lebih berkesan daripada Vitamin C dan Vitamin E berdasarkan fakta saintifik dan digelar kebanyakkan doktor sebagai "Super Antioxidants". Kebanyakkan Xanthones ini terdapat pada kulit Manggis yang mana selalunya kita buang.

     Selain manggis, Ostania juga mengandungi pelbagai campuran ekstrak yang telah terbukti khasiatnya seperti epal,roselle, acai beri, anggur dan delima.

    Ostania Mangosteen Amrita ini sesuai diminum semua peringkat umur kecuali ibu mengandung.


KEBAIKAN OSTANIA MANGOSTEEN AMRITA


   - mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga

  - membantu pergerakan sistem penghadaman

  - mampu mengurangkan berat badan

  - anti kanser kerana tinggi dengan antioksidan 

  - membantu sistem pencernaan dan meningkatkan sistem imun

  - anti bakteria dan anti fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis

  - tiada tambahan gula kerana ia berasaskan pemanis semulajadi dari buah


TESTIMONI

    Setelah hampir 2 minggu UA mengamalkan OSTANIA ini setiap hari, UA dapat rasakan perubahan pada kulit UA.Kulit makin lembap dan masalah eczema berkurangan. UA sebenarnya mempunyai eczema yang agak teruk. Jadi apabila ada perubahan memang akan nampak ketara sekiranya suplemen itu berkesan.

     Jadi pada sesiapa yang ada masalah kulit seperti UA, menghadapi masalah penghadaman,ingin meningkatkan sisitem imun atau tengah mencari suplemen untuk kesihatan dalaman pada badan boleh mencuba Ostania Mangosteen Amrita ini.


DISKAUN RM10 UNTUK SETIAP PEMBELIAN

    Produk ini boleh diperolehi secara online di laman web Furley Bioextracts dan istimewa pembaca blog UA ini, kalau berminat untuk dapatkan Ostania Mangosteen Amrita ini, anda-anda semua boleh dapatkan diskaun RM10 dengan klik di sini. 

Sebenarnya terdapat produk lain keluaran Furley Bioextracts jadi kalau inginkan maklumat lanjut mengenai produk mereka bolehlah ke laman web utama mereka atau boleh ikuti laman sosial Furley Bioextracts di FACEBOOK ,INSTAGRAM dan juga TWITTER.

    Kesemua produk dari Furley Bioextracts telah mendapat pensijilan halal oleh JAKIM, kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) juga kilang pemprosesan produk juga telah mendapat HACPP &GMP. Jadi bolehlah beli dan amalkan untuk kesihatan tanpa was-was. Selamat mencuba!








     




Thursday, 20 October 2016

ezbuy.my | Semua yang trendy dari luar negara ada dijual di sini!

Ummul Azkee

ezbuy.my |  memudahkan pembelian pelbagai barang dari luar negara


     hai buat penggemar shopping online seperti UA, kali ini UA nak wawarkan satu laman web, online shop yang lain dari yang lain, ezbuy.my. Pernah dengar tak? 
  
Memandangkan kini online shop begitu banyak tumbuh bagai cendawan, mesti ada yang tak tahu tentang laman web ini kan. Jadi mari UA cerita panjang lebar apa yang ada dijual di sini dan apa yang menariknya shopping di sini.



     Buat pengetahuan semua ezbuy.my merupakan online shop yang menjual pelbagai barangan dari luar negara. Bermacam-macam produk ada dijual disini dengan lebih daripada 20 kategori seperti fesyen pakaian wanita dan lelaki, perabot, peralatan menulis, barangan kraf, permainan kanak-kanak, aksesori handphone dan banyak lagi.



  Antara kategori barangan yang menarik perhatian UA adalah seperti di bawah, menarik dan unik semuanya



FALL IN KOREAN STATIONERY kategori yang ada bermacam-macam alat tulis, semua comel-comel belaka.

NEW HOME TRENDS SOFA BED KATEGORI tarikan untuk dekorasi rumah ini memang menarik hati sangat!

   

PERFECT TIMING KATEGORI . disini ada pelbagai jam dinding yang unik untuk dimilik..menarik!


STORAGE FOR DESK KATEGORI yang  ada banyak pilihan untuk kita organize meja kerja sebaik mungkin


  
    Menarik kan semua produk yang di ezbuy ini, tapi yang paling best ezbuy menawarkan kos penghantaran serendah rm4.50/500gm.


Hanya RM8.80 KOS PENGHANTARAN BAGI PEMBELIAN PELBAGAI PRODUK DENGAN PRIME SERVIS.

  Selain itu ezbuy juga ada menyediakan pakej penghantaran istimewa bagi yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak iaitu Prime servis. Prime servis ini sangat sesuai bagi mereka yang berniaga atau mahu berjimat dari segi kos penghantaran.

   Apa yang perlu dilakukan adalah sertai pakej Prime ini di Prime servis dan nikmati kos penghantaran RM8.80 untuk pelbagai saiz dan berat produk tanpa had.


 VOUCHER DAN DISKAUN DARI ezbuy.my

     Pada yang sudi membaca entri ini dan berminat nak shopping di ezbuy, dapatkan diskaun 15% untuk kos penghantaran dengan menggunakan code ezsh15.
   Dapatkan juga ezbuy voucher sebanyak RM15 apabila mendaftar di sini. Selamat mencuci mata dan shopping sakan ya  :)
























Tuesday, 18 October 2016

Bereksperimen dengan watercolours

Ummul Azkee

Bereksperimen menggunakan watercolours

   Hai semua, UA nak berkongsi rasa ni.Sebenarnya kan UA rindu nak bereksperimen dengan warna menggunakan watercolours. Life without colours actually so boring..hehe. Sebelum Inktober bermula, UA adalah beranikan diri bereksperimen dan hasilkan lukisan menggunakan watercolours, rasa dah jatuh hati dengan medium ini.

   Buat pengetahuan semua, UA sebenarnya tak berapa mahir gunakan medium ini sebab dulu masa study UA dapat subjek pastel (nanti UA share teknik pastel) sebab dia bahagikan dua kumpulan dan tak boleh pilih, So terlepas lah merebut ilmu tentang watercolours dengan lecturer.

   Memandangkan rasa tak puas hati tengok watercolours artworks, artists lain di Instagram, UA pun ambil inisiatif untuk cari ilmu dan belajar sendiri dengan membeli buku tentang watercolours atau dalam bahasa melayu di sebut cat air. Buku AIR,KERTAS & WARNA,terbitan ITBM. Lama dah beli buku ini dan hadamkan semua ilmu dan tips watercolours ini tapi baru beberapa bulan lepas UA berani bereksperimen.
   


      Sebenarnya watercolours adalah medium paling sesuai kalau kita nak belajar tentang campuran warna dan sesuai sangat untuk aktiviti anak-anak. Bahan penting yang  diperlukan untuk medium ini adalah watercolours, air,berus dan kertas lukisan. Watercolours ni juga mudah di cuci, tidak seperti cat minyak atau arkilik yang mana sifatnya lebih likat.

POKEMON DAN WATERCOLOURS



        Lukisan pertama UA lukis dan warna menggunakan watercolours adalah pikachu. haha..waktu ini tengah kecoh dengan Pokemon go. UA pun lukislah pikachu dan warnakan. Mewarna pikachu ini menggunakan watercolour tak berapa rumit sebab dia flat colour sahaja. UA ada buat video di instagram dan juga Youtube. First time  UA buat video, tak berapa bagus pun,pendek je videonya dan   sampai dua kali buat hehe. Saja mencuba..





TEKNIK MENGGUNAKAN WATERCOLOURS

       Banyak teknik kita boleh praktikkan menggunakan watercolours, lebih-lebih lagi untuk anak-anak sebab tak terlalu rumit dan tak terlalu messy. UA tahu pun melalui pembacaan buku di atas dan juga buku-buku kraf yang UA temui di perpustakaan. Dan salah satu teknik pertama yang UA pernah bersama dengan Adriana adalah artwork di bawah.

       Teknik ini macam Magic la kiranya kalau lakukan bersama kanak-kanak. hehe.. Cuma ada medium tambahan diperlukan iaitu wax crayon. Caranya lukis corak atau tulis font seperti gambar di bawah menggunakan wax crayon, kemudian warnakan menggunakan watercolours. Senangkan? 



  SUMBER INSPIRASI

    Tahu tak siapa sumber inspirasi UA untuk beranikan diri dan bereksperimen dengan watercolours? Adriana. sebab dia tak pernah pun rasa takut ataupun kecewa apabila melukis dan mewarna. Tenang je dia. No tension. Itu lah jadi inspirasi UA. Afrina dulu masa kecil pun begitu, cuma makin besar dia jadi mahukan sesuatu yang perfect dan mudah kecewa dengan hasil lukisan dia, Macam UA. haha.. nak perfect sahaja!






     But UA realise that I can't be perfect but can be better . Jadi UA Seboleh mungkin elakkan stress, sabar dan keep moving. Beranikan diri mencuba dan bereksperimen. 




    Lastly, UA berjaya lah juga mencuba sebaik mungkin bereksperimen menggunakan watercolours, perlahan-lahan dan langkah demi langkah walaupun tak sehebat mana.
 Not perfect, but I finished it. Jadi pada yang ada minat tu jangan takut nak mencuba, its ok kalau pada mulanya tak berapa menjadi, tapi kalau kita terus cuba dan cuba mesti hasilnya pasti takkan mengecewakan. 

Monday, 17 October 2016

Printcious.my| seronoknya pilih hadiah & design ikut citrasa sendiri.

Ummul Azkee
   
  

Printcious.my | Jadikan pemberian hadiah lebih istimewa dan bermakna


     Hai, Salam pagi Isnin! Mulakan minggu ini dengan ceria! Pagi-pagi ini UA nak bercerita tentang satu online gift shop yang best! Hari ini sudah masuk hari ke 17 dalam bulan oktober dan UA sudah terfikirkan tentang bulan November. Ada apa dengan bulan November tu? Ada birthday seseorang bulan depan dan namanya Adriana.hihi.

   Satu rumah kakak Afrina  pukul canang kata birthday adik dia da dekat dan hari-hari juga lah Adriana tanya..

 "Ibu, birthday adik dah dekat ke ibu? " excited dia! capek nak menjawab. Tau-tau jela kan. Kalau birthday apalagi yang di harap? mesti lah hadiah! Dalam kepala UA ini hari-hari berfikir "hadiah apa nak berikan Adriana untuk birthday dia nanti."hm..

  Kalau UA mestilah UA mahukan something yang special and sentimental value.dan memandangkan sekarang ini UA tengah gila shopping online, terfikir nak cari hadiah Adriana di Printcious.my. Dengan tagline Printcious, "Precious Gift From Your Heart" memang sesuai lah dengan UA yang ada sentimental value ni, hihi..

  Macam pernah dengar kan Printcious.my ini? Ala, UA pernah join contest digital drawing dia beberapa bulan lepas. Siapa selalu singgah blog ini mesti tahu punya.





    Printcious.my ini sebenarnya adalah online gift shop yang menjual pelbagai jenis hadiah dan cenderahati yang sesuai untuk bermacam -macam keraian seperti hari lahir, perkahwinan,graduation, Anniversary dan juga majlis korporat.

    Dan yang paling menyeronokkan ialah kita boleh design hadiah pilihan kita dari segi warna, bentuk dan juga design mengikut citarasa kita sendiri. Jadi kita boleh pilih samada nak letak gambar atau design yang kita suka,logo atau words yang kita mahukan untuk hadiah yang ingin kita beli. Best kan? 

    UA dah try, memang best! Semalam, sepanjang malam UA godek laman web Printcious ini cari hadiah yang menarik dan idea untuk design hadiah pilihan UA. Bab design mendesign ini UA suka! hihi. UA nak tunjuk sikit macam mana satu-satu hadiah itu kita boleh design ikut citarasa kita sendiri.

    Di Printcious.my ini ada jual pelbagai hadiah tau! jadi kita boleh pilih mana yang kita berkenan. Antara produk yang ada adalah seperti t-shirt, mugs, cushions , phone cases , ceramics tiles, puzzles, mousepads, mini tees, Baby rompers, coasters, caps dan canvas. Ada dua pilihan untuk kita samada beli hadiah dengan design yang sediada atau design sendiri.



  Kalau kita nak design sendiri hadiah klik perkataan create dan senarai akan keluar seeprti gambar di bawah. UA pilih dan klik cushions dan akan keluar pilihan bentuk 
Cushions.





     Setelah kita pilih bentuk, kita boleh pilih warna yang kita mahukan untuk hadiah. Kalau nak berikan hadiah pada seseorang, kita bolehlah  pilih warna favourite si penerima hadiah, mesti dia seronok kan?betul tak?





   Selepas pilih warna, kita bolehlah mulakan design cushions itu mengikut citarasa kita dengan klik perkataan customise it.




    Kita boleh pilih samada mahu letakkan image atau text, atau kedua-duanya sekali pun boleh..





  Ada pelbagai jenis font disediakan jadi kita boleh mulakan rekaletak dan pilih jenis tulisan yang kita suka dan bersesuaian.





    Warna font boleh kita pilih ikut citarasa kita. best kan? Masa design inilah yang paling syok! pilih-pilih dan tukar-tukar warna. huhu..



       Dan setelah menghadap beberapa jam dan cuba-cuba design inilah hasilnya. cantik tak?tukarlah perkataan sayang tu. Macam jiwang sangat. hihi..



  
   Jadi macam mana? Best kan laman web printcious.my ? Pada sesiapa yang masih tercari-cari hadiah sesuai, menarik, unik dan paling bermakna untuk yang tersayang boleh dapatkan hadiah di Printcious.my dan design hadiah pilihan ada dari hati yang tulus ikhlas, mesti terharu si penerima hadiah itu.confirm! 😊

Friday, 14 October 2016

Resepi Aglio olio ayam,tanpa seafood pun sedap juga!

Ummul Azkee


RESEPI MUDAH | AGLIO OLIO AYAM



     Salam pagi jumaat semua!lamanya UA tak share resepi di sini. Sebenarnya lama dah fikir nak share resepi ini, tapi tak tulis-tulis. hehe. Jadi kali ini kita beralih sekejap dari lukis melukis. Kita berceloteh bab resepi,masak-masak dan makan-makan pula. Bagi UA, dunia masakan ini pun seni juga,Kalau tak, takkan ada coss seni kulinari kan? huhu..

   Sepertimana yang diketahui, UA nak share resepi Aglio olio lain dari biasa. Selalunya kan orang masak oglio olio ini menggunakan makanan laut sebagai bahan utama . UA punya special sikit! UA guna ayam, jadi adalah  option lain bagi mereka yang alah pada seafood macam UA ini, dan manalah tahu kalau di rumah tak ada stok makanan laut macam udang ke.. kepah ke kan? Ayam pun jadilah, sedap juga! UA tak tipu, memang betul sedap! Jadi kalau nak cuba jom tengok resepi nya.

 


   RESEPI AGLIO OLIO AYAM


   BAHAN-BAHAN

   FETUCHINI/ SPAGHETTI     1bungkus untuk hidangan 4 orang

   ISI AYAM                                 sebanyak mana yang dsukai, 

    CENDAWAN TIRAM             setengah paket

   CAPSICUM                            1biji  potong dadu

   BAWANG PUTIH                   1 biji dicincang halus

   THYME/DAUN SELASIH    ikut citarasa,letak banyak lagi sedap
   
   MINYAK ZAITON                2sudu besar

   OREGANO KERING           1sudu kecil

   KIUB PATI AYAM               1kiub




   CARA-CARA MEMASAK

   1. Rebus spaghetti/ fetuccini bersama garam dan minyak zaiton.

   2. Gaulkan isi ayam bersama serbuk kunyit dan lada hitam.Kemudian panggang atas kuali leper
       sehingga  ia separuh masak.

   3. Panaskan kuali sederhana, masukkan minyak zaiton secukupnya.dan tumis bawang putih.

   4. Setelah itu, masukkan satu sudu oregano, tnyme/daun selasih. Kacau rata.

  5. Masukkan isi ayam tadi diikuti dengan cendawan tiram dan kiub ayam.Gaul rata.

  6. Kemudian, masukkan spaghetti/ fettucini dan kacau hingga sebati.

  7. Akhir skali, boleh masukkan capsicum yang dipotong dadu. dan gaul sebentar. Siap!
      (Capsicum dimasukkan akhir sekali untuk elakkan ia terlalu layu dan lembik)


     Mudahkan? Cuma banyak bahan sikit, tapi kalau tak nak letakkan cendawan pun sedap juga. Thyme dan daun selasih itu sebagai perasa tambahan, tapi memang sedap tau kalau letak dalam resepi aglio olio ini. Capsicum itu kalau kita letak tiga warna lagi cantik dan menarik Aglio Olio kita, bertambah semangat nak makan!

 Pada yang suka pedas bolehlah makan dengan chili flakes, yang ada dijual siap di Pasaraya seperti Tesco. Selamat mencuba!










Thursday, 13 October 2016

Cabaran melukis INKtober !

Ummul Azkee

INKTOBER 2016



  Hai, apa khabar semua yang rajin singgah blog UA ni. Lamanya tak berceloteh, merapu di sini. Busy nya lah saya, terabai blog ni, Padahal rindu! Ni pun curi masa tidur sebab rindu sangat nak taip dan terus menaip.tap..tap..tap


  Bulan ini UA sedang menyahut cabaran melukis 31hari di bulan Oktober. Apalagi kalau bukan INKTOBER yang sudah lebih tiga tahun diadakan yang mana ideanya dicetuskan oleh kartunis/
ilustrator antarabangsa bernama jakeparker. Siapa yang tak kenal dan tahu siapa dia, bolehlah rajinkan diri stalk instagram dia di @jakeparker



 Berikut adalah list tema untuk 31hari di bulan oktober 2016, dan hari ini masuk hari ke 13 cabaran ini berlangsung. 





OBJEKTIF INKTOBER

  Tujuan inkober ni diadakan adalah untuk mengalakkan mereka yang minat bidang lukisan, menjadikan melukis sebagai satu rutin atau kebiasaan. Juga satu cara untuk tingkatkan skill, sepertimana yang UA kongsikan pada entri yang lepas. 



PERATURAN DALAM INKTOBER

 -  Peraturan dalam cabaran ini tak adalah teruk sangat, cuma kena pastikan kita pakai ink! Tak kisah lah ink dari botol kah, ball pen kah, brush pen asalkan ia ink.

- Post lukisan mengikut tema, kalau setiap satu hari satu tema lagi bagus! Kalau seminggu post 7 lukisan dalam satu minggu terus pun boleh, yang penting terus melukis. Post ini bukan niat nak menunjuk ke apa ya, ini salah satu cara untuk berkongsi minat dan memberi semangat antara satu sama lain.

- Pastikan ada hastag #inktober #inktober2016, barulah kita boleh share lukisan sesama sendiri.


    Jadi, pada siapa yang berminat nak join cabaran ini dipersilakan sempat lagi nak bermula, baru tema ke-13. UA pun tengah pulun dan main kejar-kejar ini. Harap dapat sahur cabaran ini. Lukisan UA nanti kalauuuuuuu..... cukup 31 UA post di sini ya hihi. Jomlah kita melukis beramai-ramai dan  have fun! tak nak stress ok! Melukis ini sepatutnya satu cara untuk kita realese stress bukan jadi bertambah stress (kata pada diri sendiri :p)

Ok, Sampai jumpa lagi di lembaran yang lain...








Friday, 7 October 2016

Buku Disney Edisi Bahasa Melayu, Buat Afrina&Adriana teruja!

Ummul Azkee

KOLEKSI BUKU DISNEY UNTUK AFRINA DAN ADRIANA

   Hai semua!Rasanya sudah lama UA tak bercerita tentang buku, terutamanya buku kanak-kanak kan. UA sebenarnya sangat-sangat seronok apabila bercerita bab buku, sebab UA dan anak-anak terlalu sukakan buku. Pantang ada jualan buku, teruja nak membeli dan UA ada impian mahukan perpustakaan mini di rumah. Dan kini UA giat mengumpul pelbagai jenis buku untuk bacaan bersama kami sekeluarga. 

   Bercerita tentang buku kanak-kanak, sememangnya koleksi buku kanak-kanak lah paling banyak ada di rumah. Hampir lebih 60 buah buku kanak-kanak dalam koleksi UA untuk anak-anak dan rujukan UA juga  yang masih ada impian untuk  menulis dan terus menghasilkan ilustrasi buku kanak-kanak.

   Kali ini UA teruja nak berkongsi tentang koleksi buku kanak-kanak terbaru milik UA dan anak-anak, Koleksi buku Disney!dan yang paling menariknya,edisi bahasa melayu, Buat pertama kalinya kami memiliki Koleksi Buku Disney yang popular di seluruh dunia. Yang paling teruja mestilah anak-anak UA, Afrina dan Adriana.Tapi UA pun teruja juga apabila melihat ilustrasi yang cantik, secantik animasinya di dalam filem.




dua buku favourite UA, Karakter kartun popular zaman berzaman,Cinderella dan snow white


BUKU DISNEY EDISI BAHASA MELAYU TARIK MINAT ANAK-ANAK MEMBACA 







    Memandangkan anak-anak  peminat kartun Disney seperti INSIDE OUT, DORY, MICKEY MOUSE dan juga FROZEN yang sangat diminati oleh kanak-kanak kini, anak-anak bertambah-tambah lagi teruja bila dapat memiliki koleksi buku disney ini. Seronok tak terkata Afrina dan Adriana.

    Dengan adanya  koleksi buku disney edisi bahasa melayu terbitan Advantage Quest ini, Afrina lebih berminat untuk membaca.Tanpa disuruh kini dia dengan sukarela mahu UA dengar bacaan dia. Baguskan,bolehlah memperbaiki dan melancarkan pembacaannya dalam bahasa melayu. Satu perubahan positif yang UA sangat suka!




    Buat pengetahuan semua, Advantage Quest merupakan penerbit utama buku-buku disney di Malaysia dan telah menerbitkan lebih 60 buah buku disney edisi bahasa melayu, Dan kualiti buku terbitan Advantage Quest ini sememangnya sama dengan kualiti buku dari luar negara.

BUKU AKTIVITI DAN INTERAKSI DISNEY BANTU ANAK FOKUS & ERATKAN HUBUNGAN KAMI


buku INSIDE OUT favourite Afrina & adriana pula sukakan aktiviti handy book Frozen

    Selain buku cerita, buku aktiviti dan interaksi disney juga menarik minat UA, di zaman gadjet ini UA rasa buku aktiviti dan interaksi sebegini  sangat sesuai untuk anak-anak.

. Selain membuatkan anak-anak seronok dengan aktiviti di dalam  buku,  sebenarnya dalam masa yang sama ibubapa boleh luangkan masa bersama dan berseronok. Dengan aktiviti sebegini boleh jadikan anak-anak sukakan buku dan penggunaan gadjet dan tv boleh dihadkan pada ana-anak. Serius, keterujaan mereka menyiapkan setiap aktiviti di dalam buku yang mempunyai unsur pembelajaran dan keseronokkan menjadikan mereka lupa pada gadjet dan tv.


BUKU AKTIVITI FROZEN & DORY



      Melalui pemerhatian UA, aktiviti di dalam buku aktiviti Frozen dan Dory ini sememangnya menarik minat kanak-kanak dengan adanya aktiviti menampal sticker, pelekat puzzle dan ada juga aktiviti menampal sticker yang diselitkan pada buku cerita. Ini menjadikan aktiviti membaca tidak membosankan untuk anak-anak, dan lebih menyeronokkan.

      Buku-buku ini juga jadikan Afrina dan Adriana saling bantu membantu untuk selesaikan setiap aktiviti.Keterujaan untuk sama-sama siapkan aktiviti buatkan hubungan mereka lebih baik dari selalu. UA pun turut serta dalam selesaikan aktiviti ini dan tentulah kami berseronok. :)





Adriana dengan favourite game dia Jigsaw puzzle tapi yang lebih menyeronokkan jigsaw puzzle ini dalam bentuk stcker!






Senyum sampai ke telinga sebab seronok dengan aktiviti membaca sambil menampal sticker.

buku mewarna pun ada untuk asah skill mewarna anak-anak,kusyuk adriana mewarna gambar anna



BUKU INTERAKSI DISNEY

SIRI LIHAT DAN CARI



       Mesti ramai yang tertanya-tanya buku interaksi ini bagaimana kan? Contoh buku interaksi ini adalah seperti buku di atas, Buku yang memerlukan ibu bapa berkomunikasi, membacakan arahan dan sama-sama  membantu anak-anak menyelesaikan pencarian di dalam setiap halaman. Pada UA buku ini sangat sesuai untuk anak-anak berumur dari 3-5 tahun. Buku ini memang menyeronokan seperti permainan mencari barang tersembunyi dan dalam masa yang sama boleh mengajarkan anak-anak tentang nama setiap benda,fungsinya, bentuk,warna dan kegunaanya.







    Lihat sahaja gambar halaman buku di atas, sememangnya menarik dan berwarna warni. Kanak-kanak mana yang akan menolak buku sebegini!Adriana pun sukakan nya dan biasanya UA gunakan buku ini bersama adriana sebagai aktiviti santai sebelum tidur.




 Jadi jika berminat boleh dapatkan buku disney terbitan advantage quest ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia termasuk kedai buku Popular. Jom jadikan amalan membaca dikalangan anak-anak kita.



BELI BUKU DISNEY  DAN BERPELUANG KE DISNEYLAND HONGKONG

         Sebelum terlupa, pada yang ada niat untuk dapatkan buku buku disney ini dan ada impian untuk ke Disneyland,Bolehlah dapatkan buku-buku disney di Kedai Buku Popular seluruh Malaysia kerana Popular sedang mengadakan peraduan " Percutian ke Disneyland Hong Kong". Dengan pembelian buku disney RM50 akan melayakkan penyertaan dalam peraduan ini. Jadi tunggu apalagi kan, pergi dapatkan buku-buku disney di Popular, Mana tahu bertuah memenangi percutian ke Disneyland Hongkong,bestnya!


 #BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib