Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 30 July 2016

Mencari barangan hantaran dan kraf di Kuala Lumpur?

Ummul Azkee


    " Mana nak cari barang hantaran dan kraf di KL?," Ha, itulah soalan yang bermain dibenak fikiran UA apabila nak mencari barang untuk buat hand bouquet seminggu selepas hari raya hari itu. Sebenarnya tahu satu kedai sahaja kedai menjual barang hantaran di KL iaitu BungaReben yang terletak di Jalan TAR tapi tidak menjual hand bouquet holder  dan UA memang tak tahu langsung ada kedai menjual barang hantaran lain di KL.

  Hidup tak tenteram sekejap masa itu sebab tak dapat lagi cari hand bouquet holder yang sangat di perlukan. Tpi cuba bertenang dan berfikir. Sebab sebelum ini umi yang belikan di klang. Kalau di klang UA tahu lah mana nak cari tapi dari pj nak ke klang memang jauh, memang tak boleh nak pergi sebab suami pun kerja dan anak-anak sekolah.

   Dalam tengah berfikir-fikir masa itu, tergerak hati untuk cari di google, nasib baik jumpa satu blog ni bagi info yang hand bouquet holder ini ada dijual di kedai selain kedai Bunga Reben. Rasa lega masa tu dan esoknya UA pun ke KL dan cari semua barang yang diperlukan untuk membuat Felt hand bouquet untuk tempahan perkahwinan.

  Kedai pertama UA mesti pergi kalau mahu mencari barangan hantaran atau kraf adalah kedai Bunga Reben. Biasanya untuk kain felt untuk bunga UA akan hanya beli di sini sebab jenis kain dia lain dan keras, senang untuk dibentuk. Di sini pun ada jual pelbagai jenis barang hantaran, manik,pearl,reben pelbagai saiz dan warna. juga kain net dan bekas bunga telur dan macam-macam lagi, cuma hand bouquet holder sahaja tidak dijual.

 

   Dengan selamba hari itu, UA redah ke KL dengan Adriana naik Lrt ke KL dan turun di Masjid Jamek. Berjalan lah kami satu hari itu. Menurut blog yang UA baca itu hand bouquet holder itu ada di jual di Semua House tapi di level berapa dan nama kedai pun tak diberi spesifik, Jadinya UA pun tawaf satu bangunan Semua House itu mencari. Sampai satu kedai yang agak fancy barangan hantaran nya. UA pun bertanya, rupanya ada 2 kedai menjual barang hantaran dan kraf di Semua  house yang terletak di B1, berhampiran dengan food courts dan alhmdulilah jumpa juga barang yang di cari.



  UA ada snap beberapa gambar barang untuk doorgift dan hantaran. Kebetulan adik masa itu suruh snap, alang-alang UA kongsikan juga di sini.Manalah tahu ada yang mencari idea doorgift untuk majlis perkahwinan, akikah ataupun hari lahir.

  Buat pengetahuan semua, kedai Bunga Reben ni berdekatan dengan Semua house, dari semua house, terletak di sebelah kiri. Di Semua house ini pun banyak butik perkahwinan. Kalau nak tempah baju perkahwinan sekali pun boleh. :)

   Sekian, semoga semua maklumat yang di tulis di sini berguna pada mereka yang mencari.


botol kaca!barang paling UA suka!


ini boleh buka dan diisi.vintage kan?

inipun boleh di isi dalamnya,tradisional looks

klasik!

lain dari yang lain untuk dulang hantaran, untuk hiasan rumah pun menarik ni!

simple tapi menarik.

   





Thursday, 28 July 2016

DIY 3D ALPHABET| projek seni untuk anak-anak & juga dekorasi

Ummul Azkee


        Cuti Sekolah yang lepas,sebelum bulan puasa..UA dan anak-anak ada buat projek diy. Afrina dan Adriana memang suka buat kraf dari barang terbuang, setelah terpengaruh dengan rancangan Art Atacck dan ibu dia pula memang rajin simpan macam-macam sampah di rumah.hehe.

 Kami anak beranak memang selalu tonton rancangan ini, selalu ada rancangan ini di channel Disney. Idea seni dan kraf dalam rancangan ini memang superb. Memang anak-anak kagum dan teruja tengok rancangan ini dan selalu lah dia ajak ibu dia buat kraf macam dalam rancangan itu. Disebabkan tak nak hampakan anak-anak dan mahu mereka ini berseronok, maka cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk jalankan projek ini.

 Ibu bagi lampu hijau saja, terus dua-dua bersorak yeah! haha..Jadi projek DIY kami masa itu adalah buat recycle art berbentuk 3D menggunakan kadbod, kotak terbuang dan surat khabar lama. Tema bagi projek ini adalah alphabet untuk dekorasi di pintu. Memandangkan anak-anak pun nama panggilan bermula dari huruf A , jadi UA pilih huruf A untuk projek ini.



DIY 3D ALPHABET

Bahan-bahan yang diperlukan

kadbod
kotak kecil seperti kotak ubat gigi/sabun
surat khabar lama ( gunting empat segi saiz sederhana)
masking tape
gam
gunting
berus lukisan
warna arcylic

 CARA-CARA DAN LANGKAH MEMBUAT 3D ALPHABET

1.Pilih satu huruuf yang kita mahukan kemudian lukis huruf  yang kita mahukan pada kadbod yang tidak digunakan lagi, seperti kotak pembungkusan yang berwarna coklat.Lukis dua huruf yang sama, dan pastikan kedua-dua huruf itu sama saiz.


2.Kemudian, gunting mengikut bentuk huruf tersebut seperti gambar di atas.

3.Setelah itu lekatkan kotak kecik diantara dua huruf yang di gunting dan lekatkan dengan masking tape. Letakkan dan lekatkan 3 kotak kecil di atas dan dibawah menggunakan masking tape dan pastikan alphabet itu boleh berdiri.



4. Selepas itu bolehlah tutup lubang pada bahagian tepi huruf dengan melekatkan suratkhabar lama menggunakan gam seperti yang Afrina dan Adriana buat di dalam gambar di bawah.





5. Setelah gam kering dan tampalan itu keras dan kukuh bolehlah warnakan dengan warna yang disukai dengan menggunakan warna akrilik.Siap! 

 Jom buat projek seni dari bahan terbuang..sambil berseronok kita boleh jimatkan duit untuk dekorasi dan selamatkan bumi dengan mengurangkan pembuangan sampah. Sampah pun berguna kalau kita kreatif!.. Selamat mencuba!! :)











Monday, 25 July 2016

Minyak Herba Asma Mujarab | berkesan untuk Batuk,Lelah dan Asma

Ummul Azkee

Minyak Herba Asma Mujarab, Minyak untuk seisi keluarga




           Batuk, Lelah dan Asma di kalangan penduduk di Malaysia dari hari ke hari makin bertambah, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak. Kebanyakkan keluarga rakan-rakan UA,anak-anak mereka senang terkena batuk dan ada yang mengalami asma dan lelah sejak dari bayi. Keluarga UA pun tak terlepas dari batuk ini. Kerap sangat suami dan anak-anak batuk sampaikan risau dibuatnya.
   
     Sejak dari hari raya pertama awal bulan ini, bermula dengan Afrina yang demam dan batuk-batuk dan kemudian diikuti pula suami dan Adriana. Minggu lepas Adriana demam panas dan batuk tak berhenti membuatkan UA susah hati sampai tak tidur malam. Dari rawatan dengan minuman madu suam, ubatan doktor lagi, demam Adriana tak juga kebah dan batuk masih juga tak berkurangan,
malah makin teruk apabila dia batuk tak berhenti sehinggakan dia menangis sebab tak tahan sakit.

 Waktu tengah rungsing pasal kesihatan anak, UA dapat massage dari rakan supaya mencuba Minyak Herba Asma Mujarab. Mulanya risau juga Adriana tak mahu tapi mungkin kerana tak tahan sangat sakit dia termakan juga pujukan UA. Dia suka pula dengan minyak ini,kalau tak sebelum ini anti betul dengan sebarang minyak. Wangi katanya. Selepas sapukan pada dada, belakang badan,kaki dan betis malam sebelum tidur, keesokkan harinya barulah kahak keluar, jika tidak dia batuk berterusan tanpa kahak.



 Minyak Herba Asma Mujarab.

   Buat pengetahuan semua, Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah produk tradisional kampung yang merupakan minyak warisan turun temurun dari seorang Pak cik yang menghasilkan minyak ini secara sendiri. Dan pastinya bahan-bahan yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di kampung yang diyakini kandungannya dan Halal.

 Yang menariknya tentang minyak ini ia pelbagai guna, dan bukan hanya sekadar untuk batuk,lelah dan asma sahaja. Minyak ini boleh digunakan bagi mereka yang selsema, resdung, sakit perut, luka, terkena api,  digigit serangga berbisa,  sakit gigi dan juga boleh digunakan pada bayi untuk meghilangkan perut kembung. Minyak Herba Asma Mujarab ini sememangnya sesuai digunakan semua peringkat umur dan seisi keluarga.

  Bagi yang khuatir untuk gunakan pada anak-anak, sebenarnya minyak ini seakan minyak gamat tapi ia sedikit berangin seperti methol dan tidak panas seperti minyak angin yang selalu ada dipasaran.


KENALPASTI PERBEZAAN ANTARA PRODUK ASLI DAN TIRUAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

    Disebabkan pembungkusan secara tradisional, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan produk tiruan Minyak Herba Asma Mujarab. Jadi,hati-hati dan kenalpasti perbezaan antara produk tiruan dan asli agar kita tak tertipu. Lihat video dibawah untuk lebih teliti tentang produk Minyak Herba Asma Mujarab.



ANTARA CIRI-CIRI PRODUK TIRUAN

1.Warna pada Seal botol yang berbeza. 

    Produk asli seal botol berwarna hijau, dan produk tiruan berwarna merah.



2. No.tel seakan Hologram

    Setelah produk tiruan di kenal pasti dengan seal berwarna merah, mereka menukar warna seal yang sama dengan produk asli,namun masih dapat dikenalpasti dengan no.tel seakan-akan hologram.





CARA MENGENALPASTI PRODUK ASLI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB 

  Produk asli minyak herba asma mujarab boleh dikenalpasti dengan :-

1.Tampalan hologram berserta no.siri yang berlainan.



2. Pembaharuan dari segi gambar, Logo halal dan juga logo Herba Asli original.
    kenalpasti produk asli melalui pemerhatian gambar di bawah.



3. Pelekat hologram beserta QC code
     Bagi mengelakkan penipuan, pelekat hologram beserta QC code telah disediakan pada setiap produk asli minyak herba asma mujarab yang asli. Jadi pengguna bolehlah scan menggunakan smart phone untuk mengenalpasti keaslian minyak ini.






  TESTIMONI PENGGUNA

    Tanpa testimoni mungkin kita akan was-was untuk membeli, jadi UA sertakan testimoni dari pengguna minyak herba Asma Mujarab yang menggunakan minyak ini dan telah mengalami keberkesanannya.UA pun dah rasai keberkesanan produk ini, memang berkesan untuk batuk, ia memudahkan pengeluaran kahak dan baik untuk sengal-sengal badan yang UA alami.






 Untuk lebih testimoni boleh lah kunjungi laman facebook Minyak Herba Asma Mujarab

Bagi yang berminat untuk membeli,harga bagi sebotol minyak ini adalah RM39 dan tambahan kos pos RM10.

Untuk lebih maklumat, boleh kunjungi website Minyak Herba Asma Mujarab di http://herbaasma.com/

atau hubungi Nurul 017 6239935 ( Produk Owner)  atau En. Hafis  013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)









Sunday, 24 July 2016

Memori Raya 2016

Ummul Azkee




       Assalammualaikum semua,Hari ini 19syawal 1437h. Walaupun sudah hampir 19 hari kita dalam bulan syawal, mood raya mesti masih ada lagi, dengan rumah terbuka di sana sini, ye tak? UA pun agak sibuk di bulan raya tahun ini, macam-macam perkara lain perlu diselesaikan samada berkaitan raya ataupun tidak.




     Tahun ini UA beraya di sebelah keluarga suami di Perak. Asalnya mak dan ayah mertua tinggal di sekitar selangor sahaja tapi disebabkan mereka merantau beberapa tahun lalu maka kami pun merasalah balik kampung jauh di hari raya.

     Raya tahun ini agak suram sedikit sebab anak-anak kurang sihat di pagi Syawal. itupun nasib anak-anak ada mood nak berbaju raya dan sempat lah UA simpan gambar memori raya tahun ini walaupun tak banyak mana.


  Gambar di pagi raya, masa ini Afrina belum demam lagi jadi mood dia agak ok dan masih boleh senyum bila ibu suruh posing.


  Pagi raya sebelum bersiap-siap, adik inilah yang tolong isikan duit raya. seronok dia mengisi sampul raya. Biasanya tiap tahun memang kami satu keluarga sama-sama isi duit raya sebelum hari raya. Tahun agak lewat isi, pagi raya baru sempat dan cik adik ini jelah yang bantu ibu.


   Disebabkan tak kemana di satu syawal memandangkan kami tiada saudara mara di perak, maka petang raya UA dan suami penuhi permintaan si adik Adriana ni ke pantai. Memang lama tak ke pantai, Alang-alang sudah sampai perak dan dekat. Ke Teluk Senangin lah kami di petang raya.Masa ini Afrina tak ikut, dia demam petang itu. Kasihan dengan adik dia sudah berjanji, pergi juga lah kami ke pantai.

  Petang raya kedua, kami bertolak ke Klang ke rumah umi. Malam itu seronoklah Adriana main bunga api dengan auntie An dan Uncle dia, Kakak masih tak sihat masa ini. 



   Seterusnya malam raya ketiga baru lah UA  pergi beraya, itupun pergi dengan umi,adik-adik dan Adriana sahaja. Afrina masih tak sihat dan suami UA jagakan dia. Dan hari berikutnya baru Afrina ikut kami beraya.



  Itu sahaja coretan raya dari UA pada tahun ini. Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.

    PS : kisah lucu raya tahun ini sebelum terlupa, Adriana panggil ketupat palas,jadi Ketupat "Malas".
            hahaha.. ;)




Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib