Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 29 June 2016

Cerita lucu bulan Ramadhan - Air Selangor.

Ummul Azkee

Cerita Lucu anak-anak di bulan ramadhan

Air Selangor


      Bahang betul hari ni, menduga kita yang berpuasa ni kan. Dalam cuaca panas begini tiba-tiba teringat kisah lucu Afrina dan Adriana minggu lalu waktu nak berbuka, dan UA tergerak pula hati nak kongsikan di sini. Kelakar pula dengan anak-anak ni. hehe..

      Dari  awal ramadhan tahun ini, macam biasa setiap hari, Afrina dan Adriana ni tak terkecuali lah menumpang sekaki berbuka bersama UA dan suami, walaupun tak puasa. haha.

    Ada lah satu hari ini tak ingat hari apa, suami UA buatlah air untuk berbuka, suami UA buatlah air selangor. Tahu tak air selangor air apa? hehehe.. air selangor adalah campuran oren sunquick dan sirap pada yang tak tahu. warna oren kemerahan airnya, dan sedaplah kalau jarang-jarang minum.

google image

  Ceritanya.

 Tengah tunggu waktu berbuka tu Afrina pun tanya lah.. "ibu, air apa ini? tak pernah minum pun,".

UA pun katalah " inilah Air selangor ," Afrina buat muka pelik. hahaha..

"Air Selangor?Na nak rasa lah," gitulah ayat berbasa basi dia nak nyendeng air orang berbuka puasa.

huhu..

Lepas berbuka Afrina dengan teruja cakaplah " Sedapnya Air sarawak ni ibu!," 

Sarawak pulak dah! haha.. UA kata "bukan Air sarawak lah!, Air Selangor!,"

Lepas itu saja je lah tanya adik dia, Adriana,air apa yang dia minum tu, Jawapan dia lagi best!

Dengan confident Adriana jawab "Air Malaysia...,"

tergelak-gelak UA dengan suami masa tu.. hahaha..


Sekian cerita lucu anak-anak di bulan ramadhan, kalau tak lucu maaflah ya! hehehe..

Thursday, 23 June 2016

PHOTOGRAPHY | Lokasi menarik untuk 'outdoor photography'

Ummul Azkee

 Menghayati ciptaanNya di Taman Tasik Aman


TAMAN TASIK AMAN, PETALING JAYA


    Berdekatan dengan rumah UA, ada tasik yang sangat cantik dan sangat menarik hati UA. Tasik ini
besar (taklah sebesar tasik shah alam)dan cantik sangat. Selalunya hujung minggu kalau tiada perancangan apa-apa. UA dan suami selalu bawa anak-anak ke sini. Kebiasaan nya hujung minggu pasti ramai orang ke sini, ada yang bawa keluarga, ada juga yang beriadah. Peralatan untuk workout pun ada disediakan.

     Anak-anak suka ke sini sebab ada playground yang agak besar, dan UA suka ke sini sebab ada bermacam jenis bunga dan pokok yang cantik. Selalunya UA leka ambil gambar bunga di sini. hehe.
Gambar dibawah ini adalah antara gambar di Taman Tasik Aman ini. UA gunakan smartphone je, tak ada kamera canggih lagi. heehe.. Ada yang guna Samsung kepunyaan suami sebab gambar cantik jadi cantik dan sharp. 














        Tak ada lah sehebat mana gambar nya. hehe..UA ini amatur lagi, tak ada ilmu fotografi pun,ambil gambar ikut kata hati sahaja. Insyallah nanti ada rezeki nak beli kamera yang bagus dan sertai bengkel fotografi dan tambah ilmu mesti seronok belajar. Belajar selagi kita boleh, usia bukan penghalang kan.Ilmu itu sangat luas kan?

         Entri akan datang UA akan kongsikan lagi keindahan tasik ini secara keseluruhan dan keunikannya sampai ada yang buat weeding photography di tasik ini.Bagi UA capture dulu gambar tasik ini dari angel yang paling menarik ok.

Tuesday, 21 June 2016

Digital Art contest by Printcious | artwork

Ummul Azkee

Printcious Art Contest 


        Dua bulan lepas printcious.com, online shop yang menjual cenderhati/hadiah telah mengadakan Art Contest dan UA ada sertai. saja mencuba-cuba, tidak lah berharap sangat untuk menang memandangkan UA masih baru dalam dunia lukisan digital ini.Tambahan pula semua pelukis digital yang sertai hebat-hebat belaka, UA picisan sahaja. huhu..

        Lukisan di bawah ini lah yang UA submit untuk art contest tersebut. Biasa-biasa sahaja kan.Tapi insyallah dari hari ke hari UA akan perbaiki untuk jadi lebih baik.







Senarai pemenang Printcious Art Contest






     Sedar tak sedar semasa tengah menulis entri ini, rupanya nama Top 10 winner sudah diumumkan 16hb jun yang lepas. Dan UA tak pun menang. Hehe.. UA tak ada lah sedih sebab tahu banyak mana usaha dan tahu tahap mana skill sendiri. Insyallah akan datang takkan putus asa untuk sertai Art Contest yang lain. Buat pengetahuan semua salah satu cara untuk hasil seni seseorang pelukis mendapat pengiktirafan adalah dengan menyertai pertandingan. Menang adalah satu bonus, kalau kalah itu tak bererti tak berjaya, tapi kesungguhan yang paling dipandang  pada seorang pelukis itu.






Wednesday, 8 June 2016

Penangan bulan Ramadhan 2016

Ummul Azkee

Kejutan di bulan ramadhan 2016


    Masih belum terlambat untuk UA ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa pada semua pembaca blog dan semua rakan blogger yang selalu singgah di blog UA. Terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog UA yang biasa-biasa ini.





      Hari ini hari ketiga kita berpuasa, semoga kita semua tabah menghadapi dugaan di bulan ini. Bulan puasa sememangnya bulan paling meriah dan bulan paling sibuk buat ibu-ibu di luar sana kan?
Yela, Nak sediakan juadah buka puasa, sahur, terawih lagi. Bagi yang sibuk bekerja mesti penat dia 2kali lebih pada bulan ini. Tapi paling mencabar nak cari idea untuk hidangan berbuka dan bersahur kan? hehe..  

Entri paling banyak  di cari pada bulan Ramadhan


    Dari hari pertama puasa tahun ini, UA agak terkejut dan tak sangka UV blog UA naik mendadak. Ini semua gara-gara semua mencari resepi hidangan sahur. hehe..Tahun lepas, EFG ada aktiviti cabaran 20hari bulan puasa, dan resepi hidangan sahur yang UA kongsikan menjadi carian terbanyak sejak dua tiga hari ini. Rasa seronok pula. Selain daripada entri itu, entri resepi ringkas lain pun menerima kunjungan. Jadi pada sesiapa yang masih tercari-cari resepi hindangan ringkas untuk bersahur, sudi-sudikanlah melawat entri resepi UA di sini. >>HOMEMADE RECIPES


Selamat berpuasa semua!



Saturday, 4 June 2016

Percutian yang panjang ke Jepun!

Ummul Azkee

PERCUTIAN YANG PANJANG | Long Vacation


    Jepun! Siapa yang tak mengenali negara asia tenggara yang terkenal dengan kecantikan bunga sakuranya, Keindahan negara Jepun sering menjadi sebutan, perhatian. Malahan mendapat pujian setiap kali tibanya musim bunga itu,dan sekaligus menjadi destinasi impian sesetengah orang termasuklah UA. Akan tetapi itu bukanlah sebab utama UA mahu ke sana. Jepun  seringkali mendapat pujian atas ketinggian adab dan displin mereka, Dengan begitu banyak pujian tentang sikap dan adab masyarakat jepun membuatkan UA ingin melihat sendiri dan melalui pengalaman itu.



   Bercakap mengenai Percutian panjang ke jepun, sebenarnya bukanlah UA akan bercuti panjang ke jepun, Akan tetapi minggu ini UA terimbas memori lama tahun 90an, terlayan drama tv jepun tahun 90an, Long vacation. hehe. Sesiapa sezaman dengan UA mesti tahu drama ini dan tahu lah nama hero jepun terkenal zaman itu, Takuya kimura.hensem lah jugak.hahaha..




  UA memang peminat drama jepun waktu zaman sekolah lagi.Dan drama jepun pertama yang UA tonton adalah Long Vacation atau dalam bahasa melayu bermakna percutian panjang. hehe..Jadi semua jangan salah faham, bukan lah UA akan bercuti panjang ke jepun tapi menikmati cuti sekolah yang panjang dengan menonton drama ini. huhu.tapi insyallah satu hari nanti kalau ada rezeki ingin ke sana, tapi tak mungkin lah percutian yang panjang kan, kaya sangat ke bercuti panjang ke sana hehe..

 Percutian panjang kita bagi UA adalah setelah kita di syurga nanti, memang bercuti panjangggg..
kita semua senang lenang di sana, tak fikir apa, bahagia je sentiasa, tak ada rasa penat, tak lapar, tak risau duit yang terbang apabila pergi bercuti. best kan? hehe..




        Berbalik pada cerita drama Long Vacation ini, macam biasa lah tema dia CINTA, hehe..
cinta yang unik hehe..tapi kan tarikan utama yang buat UA suka drama ini adalah petikan piano yang semamangnya indah dan UA memang sukakan lagu instrumental dari piano, sedap halwa telinga mendengar. Sesiapa berminat nak tengok boleh cari di youtube. Sampai sekarang UA layan lagu-lagu dan petikan piano dalam cerita ini. Bagi mempengaruhi semua orang tengok cerita ini dan jatuh cinta
dengan petikan piano yang indah UA upload sedikit drama ini huhu..nikmatilah














Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib