Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 31 May 2016

First Giveaway by Izzatie suhaide

Ummul Azkee
      
 Selamat bercuti sekolah pada semua anak-anak kita diluar sana, cuti sekolah UA agak sibuk sikit menyusun aktiviti untuk anak-anak..Jadinya terbengkalai sekejap blog ini. hehe..Lama sudah berjanji dengan rakan blogger UA ini untuk sertai giveaway dia baru hari ini berkesempatan, hari terakhir pula itu. sorry zatie.heehe..sempat lagi pada yang belum sertai, ada masa sampai 11.59 malam ini.. hihi..

First Giveaway By Izzati Suhaide


First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:

3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom

4) Like Page:



5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+
+Izzati Suhaide 
+Amanda Suria 

8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm

Wednesday, 18 May 2016

Majlis penghargaan pemenang dan Kejutan hari Ibu dari IKEA.

Ummul Azkee

Kenangan manis hari Ibu   


      Rasa macam terlambat sudah nak kongsi cerita dan kegembiraan UA pada hari Ibu tahun ini, tapi cerita jugalah.hihi. Semuanya tidak dirancang dan alhamdulilah rezeki dari Allah s.w.t sememangnya tidak terjangka.

     Seperti mana yang semua ketahui Afrina memenangi Soft Toys Drawing competition, jadi rupanya pihak IKEA sengaja memilih tarikh hari ibu untuk mengadakan Majlis penghargaan buat pemenang Soft Toys Drawing competition 2015. Suprise katanya, untuk ibu-ibu pemenang competition ini.

Seawal pagi kami sudah berada di IKEA. Rasa pelik jugalah kenapa awal pagi sangat diadakan majlis ini,kul 8! hari ahad memang longlai la kan pagi-pagi. Nasib anak-anak tak cranky pagi itu, Kalau bab berjalan memang lah semudah Abc. Sabar je lah ibu dia. Kejutan pertama IKEA adalah kami kena bangun awal di pagi ahad. Hahaha.

   Sampai di sana, terus lah ke Restoran IKEA kerana majlis berlangsung di situ. Tiba di situ tersedia bufet sarapan yang bermacam-macam, ok! ini kejutan ke dua. Kami satu family berpeluang menikmati Sarapan yang disediakan oleh pihak IKEA.Terima kasih IKEA! Jadi nya sebelum majlis bermula kami pun bersarapan. Bermacam-macam makanan disediakan. Kebanyakkan nya makanan ala barat dari sweden seperti meatballs,kek, crosaint dan macam-macam lagi lah,tak dilupakan nasi lemak!pun ada.. Yang paling teruja masa ini semestinya si pemenang, Afrina! hahaha..dia memang suka makan..huhu.. Segala makanan yang ada tak sempat nak capture gambar nya sebab sibuk melayan anak-anak.haha.. #Alasan.



orang di belakang tengah sibuk-sibuk,dia makan tak habis-habis.haha.

       Sedang kami menikmati sarapan, pihak IKEA sibuk lah mengatur majlis dan acara dimulakan dengan pemberian bunga ros pada ibu-ibu. Yang tak boleh lupa UA orang pertama dapat ros hari itu sebab duduk meja depan sekali hikhik..Itu kejutan ketiga! kihkih..Ada lagi tau kejutan.. Sampai rasa ini majlis penghargaan pemenang ke majlis perghargaan untuk ibu.haha..

     Selepas dari itu bermula penyampaian hadiah pada semua 20 pemenang Soft Toys Drawing Competiton 2015. Masa ini mesti lah Afrina paling seronok dapat hadiah, dapat jumpa Sarah. Siapa Sarah? itu dia tengok gambar bawah, makhluk berwarna merah yang gebus itu. hahaha...Adriana punya teruja nampak Sarah sampai terus berhenti makan.




   Dan selepas itu UA dapat lagi kejutan dari IKEA.haha..kejutan paling best untuk ibu-ibu pemenang adalah dapat voucher dan gift card dari IKEA. Yeah!! Boleh shopping!! Dan untuk hadiah bagi Soft Toys Drawing Competition, Macam-macam pihak IKEA bagi untuk mengalakkan semua pemenang untuk terus berkarya. 








         To be a good designer, they should start from now!!

   Jadi jangan sekat minat dan kreatiiviti anak-anak. kita sememangnya  takkan tahu bagaimana masa depan mereka, apa yang kita sebagai ibubapa perlu lakukan adalah sentiasa bagi sokongan dalam setiap minat mereka. Pastinya setiap yang ada di dunia bermanfaat jika kita melihat dari sudut pandnagan paling positif.

SEKIAN.





Friday, 6 May 2016

Top 20 winners of IKEA Soft Toy Competiton 2015,Tahniah sayang!

Ummul Azkee


IKEA Soft Toy Competiton 2015, Cuba teka siapa yang menang top 20?


      Selamat malam semua, terasa cepat minggu ini berlalu,jumaat akhirnya. Esok cuti!yeahh!hehe.. Sejak Afrina dan Adriana sekolah tahun ini, bukan Afrina dan Adriana sahaja yang tertunggu-tunggu hari sabtu, ibu pun sama. Nak berehat kononnya..Tahun ini tahun paling mencabar bagi UA dan suami, macam-macam dugaan kami hadapi, terasa lelah tak terkata rasanya. Minggu ini pun dugaan dia maha kuat, Allah sahaja yang tahu, dan UA sedaya upaya bersabar dan positif. Dalam hati berkata-kata 'mungkin ada hikmahnya'. Dan mahu sebolehnya bersangka baik dengan setiap dugaan yang datang.
   
    Dalam keadaan hati gundah gulana dan diselubungi kerisauan hari Isnin yang lalu, tiba-tiba suami bersuara membaca mesej pada phone dia. UA terpinga-pinga, terkejut dan bertanya berkali-kali, betul ke? siapa yang menang? Baru sahaja UA berkata-kata dalam hati, memujuk hati untuk sabar, terus Allah s.wt  bagi  beri gembira ini.




  Rupanya salah seorang gegirl UA menang top 20 dalam IKEA Soft Toy Competition 2015.Ya Allah syukur sangat! Terasa hilang sikit bebanan yang kami tanggung waktu itu. Sungguh UA tak sangka dan rasa tak percaya, waktu itu UA hampir terlupa competition ini dan kami ke sana pada hari terakhir pertandingan itu berlangsung, Semata-mata mahu anak-anak join  competition itu kami ke IKEA. Tak sia-sia kami ke sana.

    



   Jujurnya UA gembira sangat walaupun competition ini untuk kanak-kanak yang mungkin bagi orang lain hanya perkara kecil, bagi UA ini langkah pertama untuk anak-anak lebih berusaha untuk
mencapai apapun yang mereka cita-cita kan. Dan insyallah kami akan raikan kegembiraan ini pada 8may, hari ahad ini bersama-sama. Nak tengok drawing nya dan siapa yang menang? tengoklah gambar dibawah.. 


Fadlyn Afrina!!!! yeah!

Sebenarnya IKEA Soft Toys competition 2015 adalah tahun ke dua diadakan dan terbuka pada semua kanak-kanak seluruh dunia. Dan hanya 20 lukisan dipilih untuk bertanding ke peringkat dunia mewakili negara masing-masing. Dianjurkan IKEA bersama UNICEF sebagai satu kempen bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik akibat daripada peperangan dan kekurangan dari segi pendidikan. Tahun ini ada lagi tau competition ini, jangan lepaskan peluang bagi ya ada anak kecil.

    untuk lebih maklumat tentang kempen flush toys ini boleh klik :


dan untuk maklumat mengenai competition ini boleh klik :

Monday, 2 May 2016

Kotak Lensa, servis instant photobooth terbaik!

Ummul Azkee

 Instant Photobooth Kotak Lensa pelengkap Majlis

    Zaman sekarang Photobooth semacam jadi satu kemestiaan bagi sesuatu majlis, pelbagai majlis yang kita hadiri kini seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari sukan, gathering, majlis akikah pasti ada photobooth.

  Selain sebagai memori sebenarnya photobooth ini juga memeriahkan lagi majlis dan membuatkan mood tetamu lebih gembira dan secara spontan kita akan lebih mesra dengan sanak saudara dan rakan taulan yang hadir. Mereka yang pemalu pun boleh jadi selamba apabila bergambar di photobooth.




      Sebenarnya kan UA ini agak kurang selesa bab bergambar, lebih-lebih lagi di photobooth tapi    kerana perkhidmatan servis yang baik dari Kotak Lensa, setelah mula bergambar di Photobooth  Kotak Lensa di 1stEFGathering yang lalu, lama kelamaan rasa janggal itu hilang, dan kami lebih  mesra, seronok dan selesa apabila bergambar bersama-sama.














 Keistimewaan Instant Photobooth Kotak Lensa




    Terdapat banyak keistimewaan pada servis photobooth Kotak Lensa yang membuatkan UA rasa bertuah dan puas hati kerana berpeluang menggunakan khidmat mereka iaitu.


 . Kualiti kertas yang amat baik dan gambar yang sangat cantik dan jelas

 . Logo, corak, tagline dan juga tulisan pada photo strips boleh kita pilih mengikut majlis.

 . Proses print gambar yang pantas, 7saat dan terus siap untuk simpanan kita.

 . Tiada had printing, kita boleh snap seberapa banyak yang kita mahu kerana pakej di kira
   brdasarkan tempoh masa dan bukan bilangan gambar.

 . Setiap mereka yang bergambar, tidak kira berapa ramai akan memperolehi photo strips
   kerana photobooth ini membolehkan gambar di print mengikut jumlah yang diperlukan.

 . Soft copy disediakan bagi pakej premium dan standard, jadi sekiranya gambar kita rosak
   atau hilang. kita boleh print sendiri dan print seberapa banyak yang kita mahu.

 .  Props dan backdrops yang menarik dan lucu disediakan untuk bergambar.


PAKEJ DAN TAWARAN ISTIMEWA HINGGA DISEMBER 2016

    Kotak Lensa menyediakan pelbagai pakej bagi memudakan kita membuat pilihan mengikut bajet.
Untuk mengetahui pakej yang disediakan oleh Kotak Lensa bolehlah klik kotaklensa.com dan pilih pakej yang bersesuaian.

    Untuk tawaran menarik iaitu  diskaun rm200, anda boleh gunakan CODE : EFGKBBA untuk dapatkan harga yang lebih rendah berbanding harga pakej asal. Buat pengetahuan semua, tawaran ini sah sehingga Disember 2016.

    Untuk lebih testimoni tentang servis Kotak Lensa, boleh lawati laman sosial mereka di


                                           FACEBOOK    : Kotak Lensa

                                           INSTAGRAM @kotaklensa

                                           WEBSITE      :  kotaklensa.com



Terima Kasih Kotak Lensa, terima kasih sahabat,
untuk kenangan yang indah..
.   .
\____/

   

 


    













Sunday, 1 May 2016

Serum Fennelle | serum kecantikan wanita dan juga lelaki.

Ummul Azkee

FENNELLE ENVIOUS BEAUTY 

SERUM KECANTIKAN DENGAN HABBATUS SAUDA UNTUK SEMUA

    Kini tak kira wanita mahupun lelaki, semua mahu kelihatan cantik dan menarik. Penampilan menjadi antara salah satu perkara terpenting bagi menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan
 dengan orang ramai. Tak kira lah bidang apapun pekerjaan, hatta seorang suri rumah pun mahu kelihatan cantik kan? Namun cantik sahaja tanpa rawatan lama kelamaan akan menimbulkan permasalahan lain juga pada kulit wajah. Jadi kita perlukan rawatan yang berpanjangan bagi mengekalkan  kesihatan kulit wajah kita.



   Dengan adanya serum pelbagai masalah kulit wajah dapat diatasi. Dengan lambakan produk serum di pasaran UA cadangkan penggunaan serum dari Fennelle Envious beauty yang merupakan produk tempatan yang diyakini kesuciannya dan mengandungi ekstrak Habbatus Sauda. Selain itu serum ini juga mengandungi Aqua, Hyaluronic Acid, Iris Forentine Extract, Root Extract, Witch Hazel Extract dan Fomes Officiant Alis (Mushroom) Extract yang tidak membahayakan kulit.

   Serum ini sememangnya mampu merawat pelbagai masalah kulit wajah. Dan yang paling mengujakan bukan hanya boleh digunakan oleh wanita sahaja, lelaki juga boleh menggunakan serum ini. Jadi bolehlah kita gunakan bersama dengan pasangan kita, sama-sama cantik,sama padan :) 

 Kebaikan Serum Fennelle Envious beauty


 
   . Merawat masalah kulit wajah seperti jerawat dan jeragat

   . mengatasi masalah bintik hitam (blackhead) dan putih(whitehead) 

   . menjadikan kulit wajah sentiasa lembap dan menganjalkan kulit wajah

   . mencerahkan menjadikan warna tona kulit sekata 

   . memperbaiki sel kulit yang rosak akibat daripada sinaran matahari


   Buat pengetahuan semua serum ini bukan sahaja boleh digunakan pada kulit wajah, tapi juga boleh digunakan pada seluruh badan yang mempunyai masalah seperti parut, kekeringan dan juga warna kulit tidak sekata.
Pengalaman UA menggunakan serum fennelle ini sangat mengujakan,terasa sejuk wajah apabila pertama kali mengunakan serum ini, dan kelembapan pada wajah berkekalan sepanjang hari. Setelah sebulan mengunakan Serum fennelle bintik-bintik putih di keliling mata semakin hilang dari hari ke hari.



   Pada yang berminat untuk cuba menggunakan serum fennelle ini bolehlah kunjungi laman sosial Fennelle di 


                     FACEBOOK : fennellebeauty atau INSTAGRAM :@fennelle_beauty
  

 







Adriana | Akhirnya dia mencuba!

Ummul Azkee


Cerita Adriana dan sukan memanah


    Selamat bercuti semua! Sedar tak sedar kita sudah menginjak ke bulan mei di tahun ini. Moga bulan ini  baik-baik sahaja buat UA, bulan April sememangnya dugaan terasa sangat mecabar buat UA, Terima kasih pada teman-teman blogger yang sentiasa bagi kata-kata semangat dan sokongan. UA hargai sangat!




     Bermula minggu lepas, hujung minggu UA padat dengan aktiviti, memang tak lekat di rumah dan kurang rehat. Memandangkan walid UA ada buka kelab memanah dan berkuda, di hujung minggu walid UA akan sertai event di merata tempat, bukan kerja yang mudah dan agak memenatkan jadi suami UA  bantu walid. Alang-alang ke sana, anak-anak UA pun main sama apabila tiada orang.
Mulanya hanya Afrina yang ecxited memanah ini. Adriana langsung tak heran, bila di tanya sukan apa yang dia suka, Golf katanya. Golf gitu, tak mampu ibu dan babah sayang. hihi..












   Dari minggu ke minggu lihat ibu, babah dan kakak dia memanah, baru minggu lepas dia bersuara kata nak main, Sebelum ini kami memang bercerita lah pada dia kata lah suka memanah ini bagus, ikut sunnah, tak di pedulinya.hehe.. akhirnya terjebak juga dia minggu lepas dan babah pun ajarlah dia. Seronoklah bila da mula mencuba. UA dulu pun begitu.mula-mula tak rasa nak main pun, apabila sudah mencuba tak nak berhenti, nak main, main dan main lagi. hehe..





  Tapi yang tak syoknya apabila dia mahu ibu ajar jadi satu masalah, maklumlah ibu dia ni kidal. Memang jadi satu masalah apabila orang tangan kidal nak ajar orang yang menggunakan tangan kanan. Menulis pun begitu.hihi. Sabar je la.. Sampaikan dia naik marah sasaran tak mengena, lepas itu merajuk, haha..

  Bercerita bab sukan ini UA rasa elok kita dedahkan pada anak-anak seawal usia 5tahun. Bersukan boleh membuatkan anak-anak fokus, selain mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah, bersukan juga menyihatkan badan. Pilihlah satu sukan yang sesuai dengan anak-anak kita, dan yang lebih penting patuh syariat, menutup aurat barulah selari dengan cara hidup kita sebagai muslim.

Selain membuat kan badan sihat, sukan juga boleh dijadikan kerjaya, bersukan untuk negara yang sekaligus boleh memupuk semangat cintakan negara dan menaikkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

Insyallah, memandangkan suami UA dulu pun bersukan wakil negeri, jadi suami memasang berniat untuk melibatkan Afrina dan Adriana dalam bidang sukan memanah ini, UA pun menyokong 100%, mana tahu boleh jadi ahli sukan profesional satu hari nanti , memberi sumbangan pada negara. Insyallah doakan ya.


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib