Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 28 April 2016

Jus Orlin menyelesaikan pelbagai permasalahan dalaman wanita

Ummul Azkee

JUS ORLIN MINUMAN KESIHATAN UNTUK WANITA


   Kehidupan harian wanita zaman kini amat mencabar lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibu, walaupun bergelar suri rumah kesibukan menjalankan tanggungjawab menguruskan keperluan suami, anak-anak dan juga rumah sememangnya memenatkan. UA sendiri akui kesibukan itu, kadangkala rasa letih dan lesu. Dengan keadaan lesu dan letih membuatkan mood kita tidak menentu. Jadi bagi mengatasi masalah ini makanan kesihatan yang memberikan tenaga tambahan amat diperlukan oleh wanita seperti UA. Selain kecantikan luaran, kesihatan dalam juga perlu dititikberatkan, jadi UA mengamalkan pengambilan Jus Orlin sebagai makanan tambahan.





   Jus Orlin adalah produk keluaran Alludra International yang berasaskan Madu, Habbatus sauda dan juga Garcinia Cambogia yang mempunyai pelbagai khasiat dan terbukti keberkesanannya. Jus Orlin diformulasikan khas buat wanita yang sentiasa sibuk dengan rutin harian, wanita bekerjaya juga bagus untuk wanita yang menyusukan yang ingin memulihkan tenaga dalaman mereka.





   




    KHASIAT DAN KEBAIKAN JUS ORLIN

          Meningkatkan tenaga dalaman
          Meningkatkan keinginan seksual
          Menaikkan, menegangkan & menganjalkan payudara
          Menambahkan susu badan
          Mencantikkan pinggul
          Mengetatkan otot faraj
          Menstabilkan masalah hormon wanita
          Mengurangkan keputihan
         Awet muda
         Meremajakan kulit & berseri
         Menghasilkan bentuk badan ideal



   Setelah sebulan pengunaan Jus Orlin secara konsisten, UA akui keberkesanan Jus Orlin ini. Dengan mengamalkan 2 sudu setiap hari sebelum sarapan UA dapat rasai perubahan pada badan, walaupun sibuk dan aktif seharian, apabila bangun pagi keesokan paginya badan terasa lebih segar, tidak lesu seperti selalu dan jika dahulu UA kerap alami sakit-sakit sendi pada kaki, kini tiada lagi. Pada yang sentiasa lesu dan tak bertenaga, yang tercari-cari makanan kesihatan untuk dalaman bolehlah mencuba Jus Orlin ini.

  Untuk pembelian dan maklumat lanjut serta lebih testimoni boleh lah kunjungi 

                             FACEBOOK :  alludrainternational

                            INSTAGRAM@jus_ketat



Wednesday, 27 April 2016

Biobax Cool theraphy selamat digunakan dan terbukti berkesan!

Ummul Azkee


BIOBAX COOL THERAPHY SETANDING PRODUK ANTARANBANGSA

    Baru-baru ini UA berpeluang mencuba produk Biobax cool therapy yang merupakan produk luaran pada tubuh badan keluaran bumiputera yang sangat berkualiti. Produk tempatan yang berasaskan bahan semulajadi seperti minyak zaitun dan habbatussauda yang kita ketahui merupakan antara makanan sunnah membuatkan UA tidak was-was menggunakannya.
     
     Biobax berfungsi sebagai rawatan sakit otot dan sakit sendi yang biasa kita alami apabila melakukan rutin harian lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Duduk terlalu lama pun boleh
mengundang sakit sendi dan sakit otot seperti sakit belakang dan ketegangan.

     Selain daripada merawat sakit belakang dan ketegangan, biobax juga mampu merawat kecederaan ringan pada kaki seperti terseliuh dan juga lenguh-lenguh seperti yang kerap UA alami selepas mengemas dan menguruskan kerja rumah.



  UA bukan cakap kosong ya.. Pertama kali menggunakannya UA sudah rasai keberkesanan biobax ini, sememangnya bertepatan dengan tagline nya " membantu melegakan kesakitan dengan
cepat."
   Ingat lagi UA waktu pertama kali menggunakan biobax ini adalah setelah seharian bersosial di 1stEFGathering, sakit kaki dan bahu semua huhu.. Sebelum tidur malam, UA spray dan sapukan pada bahu, memang terasa lega dan UA tidur lena malam itu. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan stress dan memberikan ketenangan yang sekaligus membuatkan kita relax dan mudah untuk melelapkan mata.



    Satu lagi fungsi biobax yang buat UA teruja untuk menggunakannya adalah ia boleh digunakan oleh mereka yang selsema dan mempunyai resdung. UA memang dari kecil mengalami resdung yang agak teruk. Jadi setelah mencuba biobax ini, resdung UA dapat diatasi dan kegatalan hidung yang kerap mengganggu tidur UA juga hilang setelah menggunakannya setiap hari.

    Pada UA biobax ini sangat lah berguna pada golongan warga tua terutamanya yang kerap mengalami sakit sendi, sakit lutut,sakit pinggang dan lenguh-lenguh kerana biobax mampu membantu mereka menlegakan kesakitan yang kerap di alami oleh mereka. Sesuai sangat untuk anak-anak menghadiahkan biobax ini sebagai tanda sayang kita pada mereka. Pada yang berminat bolehlah ikuti  Facebook biobax cool theraphy atau Instagram @biobax_official untuk pembelian.

Fotografi | Taman Wetland,cipta momen indah bersama!

Ummul Azkee

Taman Wetland | Lokasi menarik untuk outdoor fotografi


        Seperti yang janjikan, UA ingin kongsikan foto- foto yang UA capture semasa Afrina main bubbles di Taman Wetland yang terletak di Putrajaya, hari yang sama Sport Days Adriana beberapa minggu lalu. UA hanya gunakan smartphone sahaja, al maklum tak ada kamera canggih hehe.. Smartphone pun jadi lah, janji dapat simpan momen indah dengan keluarga itu pun satu kenikmatan pada UA. Insyallah ada rezeki satu hari nanti mahu juga miliki kamera canggih. Amin, moga termakbul sebab UA sangat sukakan fotografi. Fotografi juga merupakan satu cabang seni, ini diakui kerana fotografi termasuk dalam salah satu jurusan Seni lukis dan seni reka di Universiti.

       Betul, semua orang mampu capture gambar menggunakan kamera..tapi merakamkan gambar secara kreatif tak semua orang mampu. setuju tak? Apabila kita memegang kamera, satu perkara yang kita perlu peka adalah sudut maana yang paling menarik untuk kita rakamkan.

       Selain dari itu faktor lokasi dan cahaya sangat memainkan peranan bagi menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Teringat dulu UA pernah ikut rakan sebilik yang ambil subjek Fotografi keluar seawal pagi hanya kerana inginkan gmabar yang cantik.Ternyata cahaya matahari sangat menyumbang kepada cantiknya sesuatu gambar itu.

  Terima Kasih Allah, atas cahaya matahari ini yang sangat bermanfaat buat kami.

  "Matahari, Walaupun kadangkala meresahkan, tapi ia dicipta untuk memberi manfaat pada kita,
menjadikan hidup kita bercahaya, terang dari kegelapan dan menjadikan momen indah kita lebih bermakna."

 Selamat menikmati momen indah UA dan suami bersama Afrina, walaupun tak seindah mana.. akan UA simpan kenangan ini hinggan ke akhirnya... 





























































Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan UA... :)


Tuesday, 26 April 2016

Qaseh Zamri Collection | Butik pilihan pakaian untuk wanita yang suka mix & match.

Ummul Azkee

Qaseh Zamri | Butik pilihan wanita masakini


     Wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Naluri wanita yang sukakan kecantikan sememangnya menjadikan dunia fesyen berkembang maju di serata dunia termasuklah malaysia.
Jika dulu agak sukar bagi wanita muslimah membuat pilihan dalam pemilihan pakaian mengikut syariat, kini masalah itu tidak lagi wujud berikutan dunia fesyen muslimah yang semakin lama semakin diminati.




     Antara butik yang UA rasakan menarik untuk dikunjungi jika ingin mencari pakaian muslimah adalah Butik Qaseh Zamri yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang. Asalnya perniagaan butik Qaseh Zamri yang dimiliki oleh Puan Haslina dijalankan hanya secara online, namun dari tahun demi tahun berkembang maju hingga wujudnya butik ini. 


  Melihatkan kepelbagaian pilihan pakaian warna dan corak pakaian untuk wanita muslimah dibawah ini, semuanya tersedia dari hujung rambut hingga hujung kaki yang sememangnya menarik hati UA dan lengkapnya pilihan yang ada memudahkan seseorang wanita seperti UA untuk membuat pilihan tanpa perlu berjalan dari satu kedai ke satu kedai.


pilihan warna blouse yang pelbagai dan menarik hati

     
     Blouse, skirt, shawl adalah antara pakaian yang menjadi pilihan kebanyakkan pelanggan yang ingini mix dan match mengikut warna kesukaan mereka. Corak dan warna yang pelbagai lebih memudahkan pemilihan, dan mix dan match dapat dilakukan dalam masa yang singkat, 

berkenan dengan skirt ala english ini, cantik!

shawl yang cantik dari qaseh zamri 

  Selain daripada pakaian readymade, kain ela seperti english cotton, kain sulam bandung, batik songket sarawak juga ada dijual di Butik Qaseh Zamri ini. Sambil membeli pakaian readymade, boleh juga buat pilihan kain untuk raya akan datang juga kan? Perkhidmatan tukang jahit baju yang berpengalaman turut disediakan bagi yang ingin membuat tempahan jahitan di butik ini.







       Selain perkhidmatan tempahan jahitan, perkhidmatan sewa pakaian bridesmade untuk majlis perkahwinan turut disediakan. Menarik kan? Jadi pada yang akan berumahtangga dan inginkn bridesmade dengan pakaian sendondon boleh ke butik Qaseh Zamri untuk dapatkan perkhidmatan sewa pakaian ini. Jadi pada sesiapa yang berminat untuk dapatkan koleksi Qaseh zamri bolehlah ke alamat yang tertera di bawah. Dan whaspp no. di bawah untuk sebarang pertanyaan. Untuk melihat lebih banyak koleksi dari Butik Qaseh Zamri, kunjungi facebook :Qaseh Zamri atau Instagram: @qaseh_zamri_collection .


Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan Desa 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang
WA 013 3240813

SKETCHBOOK | Wacon Bamboo Fun sketching

Ummul Azkee

Berjinak-jinak dengan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch


     Dari 2 minggu yang lepas UA baru sahaja berjinak-jinak menggunakan Wacon Bamboo,salah satu gadjet untuk designer dan digital artist gunakan untuk hasilkan digital artwork secara freehand tanpa gunakan mouse. Sebenarnya UA lebih suka gunakan cara tradisional,hasilkan karya menggunakan pensel, watercolour, arcylic dan  pelbagai lagi bahan. Feeling dalam menghasilkan karya mengunakan gadjet dan peralatan lukisan berlainan sama sekali bagi UA. Apabila kita gunakan peralatan lukisan tiada batasan dari segi ruang dan lebih selesa, berbeza apabila kita menggunakan gadjet yang agak terbatas dan perlu mengawal tangan dan tumpuan mata lebih terarah pada skrin komputer. Akan tetapi setelah mencuba Wacon Bamboo Pen & Touch ini, UA rasa seronok pula.
hehe.. Disebabkan permintaan hasil karya dalam bentuk digital amat menggalakkan UA rasa tak salah UA beralih arah pada cara digital. Tapi cara tradisional tetap di hati UA,maklumlah UA ini bekas pelajar Seni halus, walau macam manapun cinta pada gaya yang agak tradisional itu masih di hati.




   Semuanya bermula apabila ada satu pihak yang menghubungi UA, mencari ilustrator untuk satu projek buku cerita dan mereka mahukan hasil karya berbentuk digital. Dan beliau mnecadangkan UA menggunakan Wacon. Jadi UA pun bertanyakan adik UA tentang gadjet ini dan kebetulan adik ada, jadi dia pinjamkan pada UA memandangkan dia tak gunakan lagi.




   Percubaan pertama agak lama dan tak berapa jadi lukisan UA, maklumlah masih baru tak berapa biasa dengan pen dan pad wacon Bamboo ini. Agak janggal, tapi rasa seronok sebab perkara baru kan. Sebelum ini masa belajar kami hanya gunakan mouse untuk buat rekaan di photoshop, agak leceh dan memerlukan tumpuan sepenuhnya. Dengan adanya wacon bamboo ini rasa sangat memudahkan UA sebab cara melukis masih sama mengunakan pen.




      Apabila sudah rasa agak selesa UA beralih pada page baru dan cari gambar menarik untuk cuba melukis dengan lebih baik menggunakan  bamboo ini. Jadi UA pilih gambar bunga raya dan mula hasilkan  lakaran sebagai permulaan. Selepas ini mahu prakits mewarna pula dengan harapan skill melukis dan mewarna UA menggunakan wacon bamboo pen akan lebih baik dari hari ke hari. Terima kasih pada adik pinjamkan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch yang sememangnya sangat best! Doakan UA dapat peluang untuk hasilkan karya yang di tawarkan ya..Sekian

Monday, 25 April 2016

Forever Living produk kesihatan dari bahan semulajadi

Ummul Azkee

FOREVER  LIVING | Memperbaiki kualiti kesihatan dalaman dan pemasalahan kulit. 


       Dari hari ke hari semakin ramai sedar akan kebaikan bahan semulajadi pada kesihatan tubuh badan. Tak dapat dinafikan lagi, setiap yang diciptakan oleh Allah swt di bumi ini bermanfaat pada kita sebagai hambaNya. Ini dibuktikan dengan lambakan pelbagai produk berasakan tumbuh- tumbuhan dan juga buah-buahan. Antara tumbuhan yang telah terbukti mampu membantu memberikan penyembuhan adalah seperti Aloe vera, Avacodo, buah delima yang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan padanya. UA sendiri mengamalkan Aloe vera bagi penyakit Ekzema yang UA alami sejak dari kecil, juga digunakan untuk penyembuhan luka.selain lain daripada itu UA juga amalkan Aloe vera gel sebagai makanan tambahan untuk proses detoks.Antara syarikat yang banyak menghasilkan produk berasaskan bahan semulajadi  adalah Forever Living yang semakin dikenali dikalangan rakyat malaysia akan keberkesanannya.


     Forever living merupakan antara syarikat yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dari bahan semulajadi, samada untuk kegunaan luaran mahupun makanan tambahan. Aloe vera, Avacado, buah delima, madu adalah antara bahan-bahan yang digunakan dalam setiap produk Forever.

     Antara produk kesihatan, makanan tambahan Forever yang paling popular adalah Aloe vera gel kerana ia boleh diamalkan seisi keluarga dari pelbagai peringkat umur yang membantu proses detoksfiaksi. Selain daripada itu, Artic sea, Garlic Thyme dan Bee polin yang mampu menbantu menyelesaikan permasalah dalaman seperti obesiti dan strok.

 

    
        Forever living juga ada menyediakan produk penjagaan dan kecantikan kulit seperti lips balm yang berasakan dari aloe vera yang memberikan perlindungan dari cahaya matahari dan juga kekeringan. Mengandungi SPF 30 yang bertindak sebagai perlindungan dari cahaya matahari  dan Aloe vera sebagai pelembap semulajadi. Selain dari pelindungan bibir, produk pelindungan kulit dari cahaya matahari juga ada.









  Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif seperti ekzema, proasis,panau mahupun luka akibat kemalangan mahupun parut akibat minyak, UA cadangkan penggunaan Alo vera gelly. Dengan pemakaian gelly ini secara konsistan, insyallah akan sembuh.


    Produk pembersihan diri daripada Forever Living turut menarik perhatian UA, seperti Face and Body Soap yang berasakan buah Avacoda yang dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin, Juga ubat gigi Aloe vera yang unik.




Pada yang berminat untuk dapatkan produk Forever Living boleh lawati ...

FACEBOOK :  Fara Hana

INSTAGRAM :   @farahamzah.my





Demi Izzati | Kisah benar seorang gadis.

Ummul Azkee

Demi dia, Izzatie Suhaide


   Demi Izatie. ok tak buat tajuk novel pertama UA? Terasa mahu cuba menulis novel pula rasanya. hehe..Sebenarnya UA ada juga cuba menulis satu cerpen tapi  tak pernah lagi hantar di mana-mana. Rasa nak buat novel la tentang gadis bernama, Izzati Suhaide ni..base on true story. Mesti laris di pasaran nanti kan. haha..

Izzatie suhaide


   Ok, tak nak mengarut lagi. Entri kali ini ditujukan khas buat rakan blogger UA, Izzatie Suhaide. Sesuailah kan tajuk dia, DEMI IZZATI. hehe.. UA bertemu izzatie di EFG, Kami setiap hari berbual mesra di whatsapp tapi tak pernah pun bersua muka lagi. Walaupun tak pernah berjumpa, Dia sudah UA anggap seperti adik. Kerap kali kami berbual tentang hidup dan kadangkala UA jadi tempat dia mengadu masalah hehe.. Dia selalu minta pandangan UA dalam sesuatu perkara, dan sebagai kakak UA selalu nasihatkan dia.

  Mengetahui tentang kisah hidup dia sebagai remaja, mengingatkan UA pada zaman remaja UA.
Tentang apa? Itu rahsia! hehe.. Gadis comel dan genit ini berasal dari Kelantan dan merupakan Alumi Uitm yang berkelulusan Ijazah Statistik dan kini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian muslimah secara Online. Siapa berminat boleh lah lawati instagram : @iz_hijabist .



       Izzatie atau lebih mesra dengan panggilan 'zati' oleh kami di EFG ni sudah lama berblogging, sejak dari tahun 2010 lagi dan blog nya banyak berkisarkan tentang kehidupan nya dan juga banyak mengupas persoalan hati dan perasaan sebagai seorang perempuan. UA kagum dengan penulisan jujurnya tentang hati  dan perasaan seorang perempuan. Dia berani meluahkan pendapat dan isi hati dia sebagai seorang perempuan yang mungkin tak dapat difahami oleh kaum lelaki.

 Sejujurnya tak semua perempuan mampu lakukan seperti yang dia luahkan pada blognya. Jadi sesiapa yang teringin baca penulisan gadis genit ini bolehlah ke http://izatie91.blogspot.com/ dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Sebelum itu nak beritahu, dia masih single.. but not available.. hehe.. Sekian, buat kali ini. Sampai jumpa lagi di entri akan datang. Insyallah :)



   




Saturday, 23 April 2016

Menu kambing yang lazat hanya di CAFE CERITA KAMBING!

Ummul Azkee

CAFE CERITA KAMBING | BUAT SI PENGEMAR MENU KAMBING DAN NASI BERIANI


     Sedapnya Kambing! Teringat-ingat makan kambing bakar di 1stEFGathering hari itu. Memang serius sedap sangat!  Tengok gambar pun sudah terliur ni! gulpp! Dulu sebelum UA kawin UA bukan lah penggemar kambing, tengok kambing tak ada pun terliur, macam tak ada perasaan. hehe..berlainan sangat dari sekarang, kini mengilai sangat menu kambing, selepas kawin selera UA berubah. Suami UA suka makan dan kambing adalah salah satu favourite dia, jadi lama-lama dari merasa sedikit teruslah tersuka tanpa sengaja.hehe..




       Nak masak kambing kena pandai, kalau tak pandai dan tak kena caranya memang akan berbau. Sejujurnya UA tak pernah menu masakan berasaskan kambing, selalu kalau teringin makan di kedai sahaja atau makan di kenduri. Tak pandai nak masak dan tak berani nak cuba lagi.. Selalu pergi makan kari kambing di Kedai mamak sahaja. Lepas ni boleh lah perg makan di Cafe Cerita Kambing. Taklah jauh mana dari pj ni.


  
     Dimana lokasi Cafe Cerita Kambing ini? Berita baik buat mereka yang tinggal lembah klang dan warga shah alam yang termengidam kambing bakar selepas nampak gambar di atas ini, Cafe Cerita Kambing ini terletak di Anggerik Mall di Shah Alam. Siapa yang berdekatan boleh lah singgah makan di sini. Rugi kalau tak merasa, memang sedap kambing bakar dia. Selain kambing bakar, menu Nasi beriani, kambing masala dan juga ayam merah juga ada disediakan.







  Menu utama Cafe Cerita Kambing adalalah briyani Kambing Masalla. Sesiapa yang belum pernah merasa bolehlah datang kesini dan merasai sendiri keenakkan kambing bakar beserta briyani Kambing Masala. Menu minum petang juga ada disediakan yang terdiri dari makanan tradisional melayu seperti ubi rebus sambal tumis, pengat pisang, lepat dan banyak lagi. Cafe Cerita Kambing di buka setiap hari dari 7pagi sehingga 6 petang. Dengan tiga hidangan, Sarapan pagi,dari pukul 7pagi hingga 10.30pagi. Makan tengahari pula bermula dari pukul 4petang dan juga minum petang dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Sedapnya lah tengok gambar, lepas ini nak ajak suami UA ke sini la, terliur sudah! ;)

  Oh ya sebelum terlupa, Cafe Cerita Kambing juga ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis.




Cara dapatkan kembali ENTRI yang hilang di Blogger

Ummul Azkee

CARA MUDAH DAPATKAN KEMBALI ENTRI YANG HILANG


    Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu..Sebenarnya tak nak cerita pasal ni sebab UA tak nak lah bagi aura negatif pada orang lain, rasa tak seronok..Tapi tak apalah, mana tahu boleh jadi pengajaran kan. Seminggu ni UA rasa down. Semuanya bermula dari ahad lepas,masa itu tengah semangat nak menulis di blog. Tengah semangat nak menulis tiba-tiba tengok banyak entri UA hilang..lebih 20 entri. Puncanya sebab UA delete draft di apps blogger. ingatkan tak effect pada entri blog sebab ada senarai publish entri. Rupanya relate, jadi hilang semua entri UA.


 Hm.. sedih tak payah cakap lah, terus tak ada mood nak menulis entri. Faham tak sedihnya macam mana apabila kita memang all out untuk setiap entri, lebih-lebih lagi dengan masa yang terbatas tahun ini. UA curi masa menulis di sini kerana kekangan masa dan tanggugjawab sebagai isteri dan ibu. Menulis sudah menjadi passion UA selain seni, bila jadi macam ni UA memang frust la juga.

    UA rasa agak kecewa, dan dalam delima samada nak tulis balik atau tak..sebab banyak  20 entri. Feeling dan ayat pasti tak akan sama apabila kita perlu buat kali kedua kan. Dalam tengah sedih-sedih tu seorang kawan blogger cakap lah, cuba google , rasa ada cara untuk dapatkan kembali entri publish yang hilang di Blogger. Sebab sedih memang UA tak terfikir langsung nak google. Lepas kawan blogger tu bagi cadangan, UA terus google dan alhamdulilah UA temui juga cara dapatkan kembali entri UA yang hilang.Tapi ada juga 2 entri yang UA tak dapat jejaki. :(

   Banyak juga langkah dia, tapi UA guna cara paling mudah, copy &paste. sebab melalui pembacaan
blog yang UA dapat itu, katanya entri yang hilang takkan ada dalam tempoh masa yang lama. Jadi UA ambil jalan yang paling mudah, supaya cepat UA boleh kembalikan entri itu pada blog UA. UA jumpa lah entri UA yang hilang itu, nak mengingat kembali kesemua entri yang hilang itu. Nasib baik lah ada detail komen terdahulu dalam blog, UA jadikan rujukan di situ.. Terima kasihlah kawan-kawan yang rajin komen, kamu semualah penyelamat, walaupun komen-komen itu takkan ada lagi di dalam entri UA. Sedih! UA seorang sahaja yang boleh baca.. hm.. 

  Jadi UA nak kongsikan cara paling mudah kita nak cari Entri Publish yang hilang..manalah tahu kalau rakan-rakan blogger perlukannya satu masa nanti..





1. Mula-mula taip https://www.google.co.id/ 






2. Selepas itu masukkan link blog kita cth : www.housewifearts.blogspot.my di kotak google search
    bersebelahan link blog masukkan pula tajuk entri kita yang hilang (pastikan tajuk penuh). Setelah 
    tu klik enter.





imej dari ujangyoyo.blogspot.my

3. Jika entri tersebut masih masa klik pada anak panah kecil di tepi link entri tersebut dan klik cache.





imej dari blog ujangyoyo.blogspot.com

4. Detail entri akan muncul setelah itu dan boleh di copy &paste pada new post blog. Sekiranya mahu gunakan tarikh entri publish bolehlah lihat di bawah link entri carian awal tadi (no.2)




  Semoga bermanfaat buat semua.. :)








Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib