Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 29 March 2016

ARTWORK | To be continued..

Ummul Azkee

Antara rutin harian dan Lukisan

       Semua orang ada rutin harian yang berbeza, sama seperti UA, Walaupun hanya suri rumah, mungkin ada yang fikir duduk rumah ini boleh relax dan tak banyak benda yang perlu di  tak ada dateline, tiada bos untuk pantau, hehe.. Hakikat nya kerja rumah memang takkan pernah habis lagi-lagi sejak anak sudah bersekolah, pengurusan masa memang perlu untuk pastikan kerja tak bertangguh. 

   Boleh tahan juga lelahnya di rumah ini, terkejar-kejar buat segala benda. Sehinggakan nak luangkan masa untuk hobi dan minat sendiri pun tak sempat. Banyak yang tergendala..termasuklah melukis.huhu.. Rasanya walaupun tak berapa nak tenang sangat dan masih ada kerja rumah menanti esok UA perlu juga sambung perancangan UA dengan lukisan.

    Minggu lepas UA sudah mulakan lukisan ini dengan melukis bentuk sahaja dahulu, selepas siap sahaja bentuk itu, memang belum lagi mula mewarna. Esok mesti dan mesti juga mulakan mewarna walau macam mana pun.

    Sebenarnya sudah lama UA rancang nak lukis foto cengkerang dan siput yang UA capture di rumah umi, tapi tak buat-buat.hehe.. banyak benar alasan kan hikhik.. So, esok perlu mulakan juga..
Tujuan UA mahu hasilkan lukisan ini adalah untuk mencabar diri sekali lagi dalam menghasilkan lukisan realismmenggunakan pensil warna selepas percubaan pertama dengan lukisan bertajuk 
Lily Umi rasa seronok gunakan medium ini walaupun agak lambat. Lukisan Lily umi itu pun UA ambil masa sebulan untuk siapkan.
  Lily umi tu pun UA hasilkan dengan rujukan foto yang UA capture hanya menggunakan Smartphone. Harapnya tak kecundang lah UA kali ini..huhu.. Wish me luck!

lily umi
pencil colour on paper

Sunday, 27 March 2016

Mencandat sotong T-shirt Giveaway

Ummul Azkee

    Selamat tengahari semua.. di hari ahad ini mari kita mencuba nasib dengan menyertai giveaway..
tulis-tulis di entri dapat hadiah kalau bertuah kan..hehe..jom sertai giveaway ini di bawah ini..

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Friday, 25 March 2016

Yusmizee Naturopathic Centre merawat secara alami

Ummul Azkee

Rawatan tanpa ubatan di Yusmizee naturopathic centre 

   Apabila kita sakit, selalunya  tempat pertama dalam fikiran kita pastinya klinik kan? Jarang sekali kita terfikir untuk menjalani rawatan secara semulajadi seperti mengunakan bahan alami atau gunakan kaedah rawatan seperti bekam,akupuntur atau rawatan secara tradisional seperti urutan tradisional mahupan mengamalkan pengunaan herba berbanding ubat.

  Dahulu UA pun kurang ilmu tentang rawatan secara natural ini. Dari kecil UA megalami masalah kulit sensitif, ekzema dan juga masalah resdung yang agak serius hingga menganggu urusan seharian UA. Hingga hari ini UA masih alami masalah yang sama. Jujurnya dari dahulu UA banyak bergantung pada ubat-ubatan yang tidak diketahui bahan nya,ada yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Namun atas kesedaran tentang bahaya ubat dan steroid hingga menyebabkan kematian dalam satu artikel menyebabkan UA sedar bahawa selain ubatan-ubatan masih ada alternatif lain yang lebih selamat seperti kaedah naturopati.

   Sejak dari hari tersebut, UA menghadkan pengambilan ubat-ubatan bagi mengelakkan diri terlalu bergantung pada ubat. Kalau dulu sakit sikit pasti akan pergi klinik dan dapatkan ubat untuk rawatan. Kini tidak lagi. UA lebih amalkan pengambilan bahan-bahan semulajadi dan sunnah untuk merawat ekzema seperti madu. Selain itu UA juga mendapatkan rawatan resdung di pusat rawatan resdung
terdekat.

  Bagi yang mengalami sekecil-kecil masalah kesihatan seperti selsema,resdung,
atau alahan kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kencing manis,sakit jantung tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan secara perubatan bolehlah cuba rawatan secara semulajadi di Yusmizee Nuropathic Centre yang terletak di Melaka.

  Di Yusmizee Nuropathic Centre terdapat pelbagai rawatan semulajadi di sediakan seperti rawatan resdung, rawatan bekam,rawatan sakit pinggang,terapi pembetulan sakit tulang belakanh,akupuntur sinergi , urutan tradisional dan juga penawar herba hemopati.

Untuk maklumat lanjut boleh lah lihat di bawah ini

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre

Wednesday, 23 March 2016

Foto kenangan 1stEFGathering sentuhan NIZAR FAEZ STUDIO

Ummul Azkee

FOTO KENANGAN MANIS di 1stEFGathering

     Selamat petang semua! Entri hari ini masih berkisahkan tentang 1stEFGathering..hehe. UA masih dalam mood gathering lagi minggu ini, Bukan UA sahaja gathering, semua yang ada pada 1stEFGathering pun sama, masih lagi berborak dan bercerita dalam group whasapps tentang hari bersejarah kami itu. ada yang kata tak puas lah berjumpa lagi, tak puas menyakat lagi dan ada yang rindu suasana hari itu. Semua masih tak boleh move on lagi.haha..

ceria!hahaha..

     Tapikan semuanya terubat bila melihat gambar-gambar kenangan pada hari itu. Kalau tak adaphotographer hari itu mesti kami tak boleh nak mengimbas balik kenangan pada hari itu dengan senyuman. Terima kasih  Nizar Faez Studio yang bagi idea untuk pastikan gambar kami semua best. UA kalau belek-belek balik semua foto itu mesti tersenyum-senyum dan teringat balik suasana pada hari itu. Kami semua memang seronok sangat, lagi-lagi bila photographer dia memang jenis selamba dancool. Hilang sekejap malu UA nak bergambar.Yang paling tak boleh lupa tagline 'ceria!'hahaha.. 

    Jadi pada sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk perkahwinan, pra perkahwinan, events atau potret diri bolehlah gunakan perkhidmatan Nizar Faez Studio. memang terbaik servis dia. Untuk tahun 2016 ini Nizar Faez studio ada menyediakan pakej perkahwinan menarik dengan had masa selama 8jam bersama outdoor photo session secara percuma! Menarik kan? Dan yang paling best kalau kita mahu photograher ketika percutian ke luar negara pun Nizar Faez ada sediakan. Seronok lah kita berjalan tanpa perlu risau tentang gambar kan. Gambar pun mesti cantik punya! 

     Kalau nak lihat lebih banyak hasil foto Nizar Faez Studio boleh kunjungi laman web Nizar Faez Studio di http://www.nizarfaezstudio.com/ atau kunjungi page facebook di Nizar Faez Studio. Instagram pun ada @nizarfaez

FOTO KENANGAN 1STEFGATHERING SENTUHAN NIZAR FAEZ STUDIO

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib