Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 28 January 2016

Semuanya kerana sayang

Ummul Azkee

ILHAM DARI MATA HATI


    Pernah tak sesiapa menghayati lirik lagu  Sayang , nyanyian  Faizal Tahir ? UA sangat sukakan lagu itu. Lirik nya penuh makna dan indah. Tahu tak yang Faizal Tahir memperolehi ilham menulis lagu ini semasa anak nya sakit dan di masukkan ke hospital. UA ketahuinya tentang hal ini pun melalui radio.hehe..

    Begitulah hikmahnya dari setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita.Tanpa kita sedari kadangkala ia menghasilkan sesuatu yang indah dan luar biasa. Cuba hayati lirik lagu Sayang ciptaaan Faizal Tahir pasti kita boleh rasakan kasih sayang seorang ayah pada anak nya. Keikhlasan seorang ayah menyayangi anaknya terserlah pada lirik ini. Setiap perkataan dari lagu ini bermakna.

LIRIK LAGU SAYANG - FAIZAL TAHIR

Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia ku disini menjagamu
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap airmata hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Setia ku disini menjagamu
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang Sayang

Sayang

Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam

Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Sayang tidur saja sayang

 
     Semasa mendengar lagu ini siapa lagi yang UA akan ingat kalau bukan Afrina dan Adriana. Kasih sayang sememangnya memberikan impak dalam hidup kita. Hasilnya boleh kita lihat dengan terciptaanya lagu ini. Jadi pada yang kehilangan idea dan ilham untuk menghasilkan karya dari segi penulisan mahupun seni lukis , perhatikan  sekeliling kita dan lihatlah dengan mata hati pasti kita akan temui inspirasi

    Selamat Malam, Sayang... ;)


 

Apa itu DDEC?

Ummul Azkee

APA ITU DDEC ?

     Minggu lepas En.Suami ada bagi sesuatu yang UA sangat suka , UA tertarik sangat dengan apa yang UA dapat walaupun barang itu barang percuma. Hahaha.. Haruslah hargai apapun yang orang lain berikan pada kita kan walaupun ia hanya kalendar dan  sebuah buku. hehe.. Apa yang buat UA lebih teruja adalah rekaan pada kalendar dan buku itu. Cuba lihat  gambar buku kalendar dan buku dibawah ini. Tahu tak apa yang menarik hati UA? Tahu tak sebab apa? Sebab.. rekaan dia berkonsepkan Doddle lah. Hihi..





     Belek punya belek , perasaan ingin tahu UA tentang apa itu DDEC  makin menebal gitu.Selama ini tak tahu pun apa DDEC ini.Haha..Jadi UA mahulah kongsikan pada semua apa itu DDEC dan fungsi pusat ini pada usahawan di Malaysia terutamanya Bumiputera.

     DDEC adalah singkatan bagi Design Development Centre atau dalam bahasa malaysia nya Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia. DDEC ini merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

     Tujuan utama DDEC ini ditubuhkan adalah bagi membantu usahawan di Malaysia memajukan perniagaan mereka. DDEC berperanan sebagai pusat rujukan usahawan untuk memajukan perniagaan mereka dari segi membina jenama, reka bentuk logo serta pembungkusan produk, pemasaran dan juga program latihan. Selain  itu DDEC juga menyediakan perkhidmatan pengurusan acara.

    Mungkin apa yang UA terangkan ini tak begitu jelas. Jadi UA akan senaraikan perkhidmatan DDEC secara ringkas untuk memudahkan pemahaman semua.UA ambil ringkaan ini dari Kalendar DDEC yang UA dapat.

PERKHIDMATAN DDEC

- PEMBANGUNAN JENAMA

- REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

- LATIHAN DAN KONSULTASI

- REKA BENTUK PEMBINAAN 

- REKA BENTUK INDUSTRI

- PENGURUSAN ACARA / MAJLIS

   Dengan slogan berbunyi 'INOVASI MELALUI KREATIVI ' UA rasakan DDEC ini sememangnya satu pusat yang tepat untuk para usahawan mendapatkan ilmu perniagaan serta perkhidmatan yang sepatutnya dan wajib dikunjungi oleh mereka yang mempunyai impian untuk memajukan perniagaan mereka. 

 Jadi tunggu apa lagi kunjungi laman web DDEC di www.ddec.my untuk maklumat lanjut.



Wednesday, 27 January 2016

Fenomena ' COLOURING BOOKS FOR ADULTS '

Ummul Azkee

Fenomena ' COLOURING BOOKS FOR ADULTS '


   'Colouring books' atau dalam bahasa malaysia disebut buku mewarna, sejak dari dulu lagi buku ini ada di pasaran dan golongan sasaran bagi buku mewarna ini pastinya kanak-kanak. Lumrah kanak-kanak sememangnya sukakan warna kan?. Akan tetapi tanpa disedari sejak beberapa tahun lepas buku mewarna ini turut diminati golongan dewasa sehingga terlahirnya "Colouring books for Adults".

   Reka corak bagi buku berwarna untuk dewasa juga lebih rumit dan berbeza daripada buku mewarna  kanak-kanak yang lebih tertumpu pada gambar kartun. Buku mewarna kini menjadi fenomena sehinggakan UA lihat banyak dijual di kedai buku terkemuka seperti POPULAR.,MPH dan juga KINOKUNIYA. 

   UA pun sukakan buku mewarna ini. Apabila sudah mula mewarna memang agak sukar nak berhenti.hehe.. Memandangkan Afrina dan Adriana pun suka melukis dan mewarna UA ada belikan mereka colouring card yang dijual di KAISON. Di KAISON ada pelbagai jenis bentuk  dijual seperti Buku, Kad dan juga poskad. Lebih menarik dan agak murah. Contoh colouring card yang UA beli di KAISON boleh dilihat di bawah. Menarik kan?





      Yang menariknya Colouring card ini kita boleh pilih mahu gunakan pensil warna atau pen berwarna kerana kualiti kad ini agak tebal dan licin.

'COLOURING BOOKS' BOLEH HILANGKAN STRESS?






    Ada pendapat mengatakan buku colouring book ini boleh menghilangkan stress.betul ke? Pada pendapat UA ada betulnya. Berdasarkan pengalaman UA sendiri, apabila sudah mula mewarna, kita akan seronok dan teruja mahu lihat hasilnya. Melihat Afrina dan Adriana mewarna colouring card ini pun menyeronokkan juga bagi UA. Mereka berdua bersemangat mewarna dari satu kad ke satu kad tanpa jemu. Colouring cards ini membuatkan mereka lebih fokus dan skill mewarna mereka bertambah baik dari semasa ke semasa.

  Pada yang berminat dengan colouring books ini mulakan lah sekarang, Cari di kedai buku berhampiran. Percayalah! mesti seronok tak ingat apa..masalah apapun boleh lupa.hehe..Tak ada bakat mewarna? Tak kira lah siapa,kanak-kanak mahupun dewasa.Pandai melukis ke atau tidak, Tak perlu risau, ikut sahaja kata hati itu dan teruskan warna dan mewarna. Moga yang membaca terpengaruh! :)


   

Peneman setia

Ummul Azkee



PENEMAN SETIA 


   Tahun ini rutin harian UA berubah, memandangkan Afrina sudah memulakan persekolahan di tahun 1 pada waktu pagi dan petang, Adriana pula memulakan pra sekolah dia. Kini, setiap pagi suasana rumah memang riuh tidak seperti tahun lepas, Sibuk pun ia juga UA di pagi hari menyiapkan persiapan sekolah Afrina dan Adriana serta suami. 


  Biasanya selepas mereka semua ke sekolah dengan babah mereka, Sunyi lah rumah.Hihi. Pada mulanya UA rasa canggung juga, maklumlah sudah terbiasa dengan riuh rendah mereka bermain dan bercakaran. hihi.. Walaupun sendirian di pagi hari, UA sibuk juga uruskan segala kerja rumah dan memasak. awal pagi sudah siap sedia untuk masak memandangkan Afrina akan ke sekolah sesi petang pula.



   Tapikan bukan hanya UA sahaja yang canggung, Adriana pun sama, hihi..Oleh kerana setiap hari dia tamat sesi persekolahan pada pukul 12, maka waktu petang Adriana tiada kawan bermain dan berebut mainan, memandangkan kakak Afrina ke sekolah sesi petang pula. Terserlah kesunyian dia apabila kakak Afrina tiada di rumah. Maka ibulah jadi peneman setia dia.haha..


   Setiap hari selepas siap makan tengahari dan menonton kartun, Adriana akan sertai ibu tidur. huhu.. Ataupun menolong ibu di dapur dan buat perkara yang paling disukai,iaitu membuat cupcake. Kalau tak pun dia akan menemani ibu dia ke mana sahaja. Perkara yang Adriana paling seronok setiap petang adalah  ke taman permainan bersama-sama kawan patung dia.






















    Harap awak dan kakak jadi peneman setia ibu sampai bila-bila. BFF ok? even we are mother and daugthers. Love two of you!

Sunday, 24 January 2016

DIY | tutorial bunga ros felt

Ummul Azkee


DIY | TUTORIAL BUNGA ROS FELT


PROJEK DIY

      Selamat petang dan selamat bercuti semua, Buat pengetahuan semua, tahun ini UA dapat idea untuk kongsikan projek kraf UA di blog ini. Ramai orang kata "Sharing is Caring"kan? Ada pula yang kata ilmu itu jika kita kongsikan, dan bagi kebaikan pada orang insyallah akan dipermudahkan rezeki kita.

    
      Jadi, untuk projek DIY pertama UA tahun ini di sini adalah tutorial bunga ros felt. Pada yang sukakan kraf bolehlah cuba buat selepas ini. Bunga felt ini boleh dijadikan bunga untuk hiasan rumah, hiasan pada hantaran, bunga telur mahu pun bunga tangan (hand bouquet) untuk perkahwinan seperti yang UA kongsikan pada entri yang lepas. Kos, bahan dan cara membuat bunga felt ini mudah saja. Untuk mengetahui bahan yang diperlukan dan cara nya boleh lah baca dan lihat gambar di bawah ya.





TUTORIAL BUNGA ROS FELT



  BAHAN YANG DIPERLUKAN  :




  Kain Felt (jenis keras)yang ada dijual di kedai menjual barang hantaran 

  Mutiara tiruan 

  Dawai (yang agak keras) cth: warna silver dan gold

  Gam UHU

  Gunting

  Cutter

  kertas keras



CARA-CARA



1. Lukiskan bentuk bunga seperti gambar di bawah di atas kertas keras, kemudian gunting mengikut bentuk bunga tersebut. Jika mahukan bunga pelbagai saiz, boleh lukiskan tiga bentuk bunga yang berlainan saiznya seperti gambar di bawah.


  




  2. Setelah siap bentuk bunga yang dimahukan, pinkan bentuk bunga pada kain felt seperti gambar       dibawah ini dan guntingkan seberapa banyak yang anda mahukan.






 3. Selepas siap menggunting bentuk bunga itu, guntingkan lagi bentuk bunga itu dalam pusingan bulatan seperti gambar di bawah.








4. Setelah siap, fokuskan pula pada batang bunga ros. Masukkan dawai pada lubang mutiara tiruan dan lilitkan dawai seperti bawah. Panjang dawai bergantung pada panjang sesebuah hiasan itu dimahukan.






5. Setelah itu letakkan gam sekeliling mutiara di bahagian bawah yang berdekatan batang bunga tadi.







6. Siap saja letakkan gam, terus lekatkan hujung luar kain felt yang digunting secara bulatan tadi dan
lilitkan sehingga hujung kain felt itu. Pastikan lilitan kemas dan ketat supaya ros terbentuk cantik.






7. Setelah siap melilit kain felt tersebut dan berpuas hati dengan bentuk bunga ros,terbalikkan bunga felt itu dan letakkan gam sekali lagi di bahagian bawah lilitan tadi dan tampalkan hujung lilitan felt tersebut dan tekan agar ia melekat dan kemas.





8. Siap sudah sekuntum bunga ros felt. Mudah kan?




   Sekiranya ada yang tak faham dengan tutorial bunga felt yang UA kongsikan bolehlah komen di bawah ya.. Sebolehnya UA akan tolong. Maklumlah ini pertama kali kongsikan tutorial..Kesulitan amat dikesali... :) Kalau mahu buat tempahan dari UA pun boleh juga. Email UA ok!  ;)

Wednesday, 20 January 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Ummul Azkee



   Sebagai tanda sokongan pada keluarga EFG, UA sertai GA ini, mari sertai ramai-ramai,hadiah menarik tau!





Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-





Tuesday, 19 January 2016

ILMU PENULISAN DAN SKILL MELUKIS | tiada alasan lagi!

Ummul Azkee

ILMU PENULISAN DAN SKIL MELUKIS

PENULISAN BUKU KANAK-KANAK

   Selamat petang semua, moga ceria-ceria selalu walaupun apapun cabaran yang kita lalui. Tabah kan hati ya kalau mahu berjaya.  Tahu tak selain fokus pada keluarga, UA ada perancangan besar tahun ini. Fokus lain adalah untuk mencabar kemampuan diri dengan menyertai pertandingan ilustrasi kanak-kanak di peringkat Antarabangsa.Insyallah!

   Apabila bercerita tentang buku kanak-kanak, mungkin ramai yang beranggapan mudah untuk menghasilkan penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak ini.Tanggapan  pertama UA waktu mula-mula ingin menceburi penulisan dan ilustrasi ini juga begitu. Namun begitu setelah menyertai bengkel dan berpeluang merasai pengalaman dalam penghasilan buku kanak-kanak ( anjuran Karangkraf, bidang ini sememangnya sangat mencabar dan memerlukan minat yang mendalam.

  Mengikut kata Sifu yang pengalaman dalam bidang ini, iaitu Pak Yusof Gajah, Di luar negara,
bidang penulisan dan ilustrasi kanak-kanak merupakan antara silibus yang ada ditawarkan di Universiti dan kolej. Jadi, dari situ UA ketahui yang dengan hanya menyertai bengkel selama 2hari tidak memadai untuk pelajari ilmu penulisan dan lustrasi buku kanak-kanak.

  Masih banyak lagi yang UA perlu pelajari tentang ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak. Selain membaca dan melihat ilustrasi buku kanak-kanak yang terdapat di pasaran, rasanya salah satu inisiatif lain yang perlu UA lakukan adalah melalui pembacaan dan mengasah skil melukis agar jadi lebih baik lagi.

  Walaupun bajet untuk memiliki buku-buku ilmiah tentang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak
tidak begitu ada,  tetapi alhamduliah Allah Swt telah permudahkan perancangan UA dengan menemukan buku-buku tentang ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak di perpustakaan awam berdekatan dengan rumah.

  Kini tiada alasan lagi untuk UA ngomelkan untuk menambah ilmu dan memperbaiki skill melukis UA. Insyallah, UA akan usaha sehabis baik dan takkan putus asa. Doakan UA ya! Sesiapa yang berminat untuk menulis buku kanak-kanak boleh lah ikuti cara UA, kita cari ilmu sama-sama dengan meluangkan masa di perpustakaan dan lebih baik lagi kita pinjam setiap bulan! Memang seronok pada UA.

  Hujung minggu lalu UA terjumpa buku yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak.Apalagi terus pinjam!Rasa seronok dan teruja mahu mulakan apa yang dirancang. Nak tahu buku apa yang UA pinjam bolehlah lihat di bawah.












WHERE THE WILD THING ARE karya maurice sendak
,antara buku yang digemari kanak-kanak dan telah memenangi Anugerah.

Friday, 15 January 2016

Idea Photo booth perkahwinan

Ummul Azkee

IDEA PHOTO BOOTH PERKAHWINAN


      Pagi! Entri kali ini khas buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan tapi kalau belum lagi pun boleh je baca dan simpan idea ini untuk hari perkahwinan nanti. UA ada sesuatu nak kongsikan, mana la tahu kalau ada yang berminat dengan idea ini.

     Zaman sekarang di kebanyakan majlis perkahwinan pasti ada photo booth. Seperti sudah menjadi satu kebiasaan atau kemestian di majlis perkahwinan sekarang, tak macam dulu kan,mana ada Photo booth bagai, ambil je gambar di mana-mana, paling biasa atas pelamin.hihi. Photo booth pada pendapat UA dipengaruhi dari dunia barat, tapi rasanya tak salah mahu adakan ruangan ini bagi menyimpan kenangan sekali dalam seumur hidup asalkan tidak berlebihan dan membebankan.





photo booth pertama adik UA, pokok tu  UA tolong lukiskan.hehe..



    Ceritanya tentang Photo booth ni, sebenarnya bulan lepas UA ada ambil tempahan lukisan kanvas untuk Photo booth. Adik UA yang minta tolong UA lukiskan untuk photo booth perkahwinan kawan dia. Idea asal memang dari dia, cuma UA bagi pendapat dari segi warna dan gambar.

     Tahun sebelum ini adik UA ada juga buat Photo booth ini untuk kawan dia dan adik UA yang berkahwin beberapa tahun lepas. Props  semua idea dia dan dia buat sendiri. DIY gitu! Di bawah UA ada sertakan gambar sebelum dan selepas lukisan kanvas ini. Adik UA pilih untuk dilukiskan gambar pengantin  hitam putih yang diedit mengunakan photoshop.






   
   Lukisan ini mungkin nampak ringkas tetapi bab gambar pengantin memang sangat mencabar untuk dilukis dan memerlukan kesabaran. Alhmadulilah UA berjaya juga hasilkan gambar itu.Di tepi lukisan itu memang di kosongkan untuk diisi dengan cap jari tetamu yang datang berserta ucapan.
Yang seronoknya tentang lukisan kanvas ini adalah kita boleh gantungkan di dinding rumah sebagai kenangan.Sesekali boleh baca ucapan kawan-kawan di kanvas itu pasti membuatkan kita mengimbau kembali di hari perkahwinan.








 Jadi pada sesiapa ada idea lukisan kanvas untuk photo booth perkahwinan masing-masing dan tak mampu atau tak tahu melukis boleh buat tempahan dengan UA ya! tapi UA tak ambil tempahan lukisan potret tau! Kalau gambar edit seperti di atas insyallah boleh. Kalau boleh tempahan perlulah di buat 1 bulan sebelum perkahwinan. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh email UA. 

 Akhir sekali, UA belanja satu gambar  hari perkahwinan adik UA beberapa tahun lepas.huhu..Props yang dipegang tu semua DIY, adik UA buat sendiri.hihi..Pengantin hilang!!pengantin lama sahaja ya ada!hihi..



Tuesday, 12 January 2016

Projek DIY Januari 2016

Ummul Azkee


PROJEK DIY JANUARI 2016 | 

     Pagi semua! Walaupun awal januari kebanyakkan orang sibuk dengan pekerjaan dan persekolahan anak-anak, UA yang bergelar suri rumah ini sebenarnya ada juga projek lain yang dirancang dan perlu diselesaikan dalam bulan ini. Insyallah, hujung bulan ini adik perempuan UA akan melangsungkan  perkahwinan.
  Jadi dia ada permintaan, dia minta UA hasilkan bunga tangan dari kain felt untuk hari perkahwinannya nanti. Tahun sebelum ini pun UA ada hasilkan bunga tangan dan hantaran bertemakan bunga felt untuk  adik yang lain. Jadi apabila adik yang ini juga nyatakan permintaan dia pada UA, sebolehnya UA tak menolak.

Bunga tangan felt yang UA hasilkan beberapa tahun lepas


DIY BUNGA TANGAN UNTUK PERKAHWINAN

DIY BUNGA ROS FELT


   Bahan- bahan yang dperlukan untuk menghasilkan bunga dari kain felt tidak lah begitu rumit, hanya memerlukan mutiara tiruan, dawai yang sedikit keras (dawai berwarna silver atau gold), gam UHU kain felt dan pemegang bunga. Akan tetapi kain felt yang dipilih tak boleh yang terlalu lembut seperti yang ada di jua di DAISO. UA beli kain felt yang agak keras di kedai menjual barang hantaran perkahwinan. UA biasanya beli di Kuala Lumpur, di kedai BUNGA REBEN yang terletak di Jalan Haji Taib. Kos untuk menghasilkan bunga tangan dari kain felt tidaklah begitu tinggi cuma untuk menghasilkannya memerlukan kesabaran dan ketelitian.Berminat untuk menghasilkan bunga tangan dari kain felt? Nanti UA kongsikan di entri akan datang ya!







Friday, 8 January 2016

Misi,Visi dan Impian

Ummul Azkee


Misi ,Visi dan Impian


        Misi? Visi? Impian? rasa macam dasyat kan bunyinya tajuk entri UA kali ini.hihi..Menulis bab tajuk di atas ini , UA yakin kita semua pasti ada misi, visi dan impian yang mahu kita capai dalam hidup ini kan. Lebih-lebih lagi di awal tahun baru ini, pasti masing-masing lebih bersemangat dan ada target atau wishing list perkara yang ingin dilakukan ataupun impian memiliki sesuatu. Betul tak?

      Seperti orang lain UA pun ada misi ,visi dan impian untuk tahun ini. Banyak sebenarnya impian, misi dan visi UA tahun ini tapi tak ditulis pun. Dalam kepala sahaja.hehe.. Misi, visi dan impian UA pastinya tertumpu  pada keluarga iaitu anak- anak. Selain itu ada juga misi dan impian lain untuk kemajuan dan kepuasan  diri sendiri.

      Misi pertama UA tahun ini untuk anak-anak, UA sebolehnya mahu sediakan bekal makanan untuk anak bawa di sekolah. Hehe.. terpengaruh dengan trend lunch box yang dikongsikan di facebook dan bento dari jepun yang sangat popular, UA ambil keputusan untuk lakukan perkara yang sama memandangkan UA tak bekerja. Lagipun banyak faedahnya. Nanti UA kongsikan kebaikan nya pula. Lagipun UA rasa seronok nak masak dan anak-anak bawa bekal ke sekolah. 

     Jadinya bermula semalam UA bangun awal pagi dan sediakan sarapan dan bekalan makanan untuk anak-anak. UA mulakan misi ini semalam bersempenakan hari pertama Adriana ke tadika. hehe...Dahulu waktu Afrina pertama kali ke tadika pun UA semangat sediakan bekal makanan..Felling ibu-ibu sungguh kan.hehe...

  Adriana bab makanan dan sarapan memang agak mudah,dia sukakan makanan yang tak berapa berat untuk sarapan seperti roti. Walaupun kadang-kadang agak memilih. Afrina pula agak susah untuk sarapan, bab bawa bekal pun memilih juga kadang-kadang tapi nasi lemak memang favourite, hehe..   Selalunya malam sebelum ke sekolah UA bertanyakan pada anak-anak mahu bawa apa untuk bekalan esok hari..selalunya UA akan bagi cadangan supaya anak-anak boleh pilih. Jadi nak tahu sarapan dan bekalan pertama Adriana? hehe..boleh scroll ke bawah. ahahaha.. simple sahaja.


  Adriana, Hari pertama ke sekolah semalam.. mood dia ceria dan seronok sahaja setelah 3 hari  ikut ibu dan babah dia menghantar dan ambil kakak dari sekolah. Stress dan penat dia dua tiga hari lepas."Adik penat la ibu hantar kakak.." hehe..kesian.. Sampai juga hari dia ke sekolah.haha..Semua barang pinky. Dari beg sampaikan botol air. warna favourite katanya.Tu yang semangat, barang sekolah baru!haha..


hehe..posing dengan kakak sebelum ke sekolah

    Taraaaaa...ini lah bekal pertama Adriana, roti telur sahaja .hihi.UA saja bekalkan banyak untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.hehe. biasa sahaja bekal nya belum tahap comel-comel macam bento. Insyallah nanti UA mahu mencuba juga buat bento yang comel tu...Afrina pagi tu dia tak bawa bekal sebab sekolah agama tiada rehat dan balik pukul 10.30 pagi.



   


Adriana dan kawan-kawan baru. Adriana makan bekalan ibu..hihi..seronok tengok!!

Wednesday, 6 January 2016

Cabaran tahun 2016

Ummul Azkee

 

CABARAN 2016

    Selamat petang semua.Diam tak diam, tanpa UA sedari rupanya sudah hampir sebulan lebih UA tak mencoret di sini. Sepanjang dua bulan lepas macam-macam dugaan UA hadapi menjadikan UA hilang semangat  untuk menulis di sini. Maaf..terutamanya pada rakan blogging UA, Aishah K sebab tak dapat tunaikan janji untuk sertai giveaway Aishah yang berakhir pada bulan disember lepas, juga pada rakan-rakan blogger EFG yang lain. Maaf sangat.

    Dikala ini UA sedang buat dua kerja,masak rendang sambil mencoret di sini.hehe..
 Sebenarnya hari ini sudah tiga hari Afrina memulakan persekolahan di Sekolah rendah, tahun ini Afrina darjah satu. Jadi nya dua hari lepas UA dan suami sibuk menguruskan hal persekolahan dia. Esok Adriana pula memulakan hari pertama dia di Sekolah Tadika. Entah macam mana lah esok .huhu..

   Hari ini sudah hari ke enam di 2016, tahun ini cabaran utama bagi UA adalah menguruskan masa dengan baik. Walaupun UA ini suri rumah tapi bukan mudah mahu uruskan rumah dan persekolahan 2 anak ini.Lebih-lebih lagi Afrina sekolah di waktu pagi dan petang dan Adriana pun akan bersekolah jadi, agak kelam kabut sebab pertama kali dua anak sekali akan bersekolah. Tunggu esok pagilah macam mana suasananya di rumah. Hehe.. Bertabahlah ibu!  

   Dan satu lagi cabaran untuk UA pada tahun 2016 ini adalah melakukan satu perkara yang paling UA takutI dan sebolehnya UA cuba elakkan tapi nampaknya kali ini takkan mampu ditolak lagi dan perlu juga hadapi juga.Huwaaaa... Kalau nak tahu nanti UA cerita di entri akan datang ya. 

   Sebelum itu,mari layan gambar Afrina di hari pertama persekolahannya di tahun 2016.Sambil-sambil membebel di sini, siap sudah rendang UA.hehe..kejap lagi Afrina nak balik sekolah,maka tamatlah entri pertama 2016 UA.huhu..


ini waktu hari orientasi pada 31hb Disember,nak balik da masa ini


hari pertama di sekolah agama,Afrina yang sengih di belakang tau!bkn depan,hehe..








Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib