Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 14 October 2016

Resepi Aglio olio ayam,tanpa seafood pun sedap juga!

Ummul Azkee


RESEPI MUDAH | AGLIO OLIO AYAM



     Salam pagi jumaat semua!lamanya UA tak share resepi di sini. Sebenarnya lama dah fikir nak share resepi ini, tapi tak tulis-tulis. hehe. Jadi kali ini kita beralih sekejap dari lukis melukis. Kita berceloteh bab resepi,masak-masak dan makan-makan pula. Bagi UA, dunia masakan ini pun seni juga,Kalau tak, takkan ada coss seni kulinari kan? huhu..

   Sepertimana yang diketahui, UA nak share resepi Aglio olio lain dari biasa. Selalunya kan orang masak oglio olio ini menggunakan makanan laut sebagai bahan utama . UA punya special sikit! UA guna ayam, jadi adalah  option lain bagi mereka yang alah pada seafood macam UA ini, dan manalah tahu kalau di rumah tak ada stok makanan laut macam udang ke.. kepah ke kan? Ayam pun jadilah, sedap juga! UA tak tipu, memang betul sedap! Jadi kalau nak cuba jom tengok resepi nya.

 


   RESEPI AGLIO OLIO AYAM


   BAHAN-BAHAN

   FETUCHINI/ SPAGHETTI     1bungkus untuk hidangan 4 orang

   ISI AYAM                                 sebanyak mana yang dsukai, 

    CENDAWAN TIRAM             setengah paket

   CAPSICUM                            1biji  potong dadu

   BAWANG PUTIH                   1 biji dicincang halus

   THYME/DAUN SELASIH    ikut citarasa,letak banyak lagi sedap
   
   MINYAK ZAITON                2sudu besar

   OREGANO KERING           1sudu kecil

   KIUB PATI AYAM               1kiub




   CARA-CARA MEMASAK

   1. Rebus spaghetti/ fetuccini bersama garam dan minyak zaiton.

   2. Gaulkan isi ayam bersama serbuk kunyit dan lada hitam.Kemudian panggang atas kuali leper
       sehingga  ia separuh masak.

   3. Panaskan kuali sederhana, masukkan minyak zaiton secukupnya.dan tumis bawang putih.

   4. Setelah itu, masukkan satu sudu oregano, tnyme/daun selasih. Kacau rata.

  5. Masukkan isi ayam tadi diikuti dengan cendawan tiram dan kiub ayam.Gaul rata.

  6. Kemudian, masukkan spaghetti/ fettucini dan kacau hingga sebati.

  7. Akhir skali, boleh masukkan capsicum yang dipotong dadu. dan gaul sebentar. Siap!
      (Capsicum dimasukkan akhir sekali untuk elakkan ia terlalu layu dan lembik)


     Mudahkan? Cuma banyak bahan sikit, tapi kalau tak nak letakkan cendawan pun sedap juga. Thyme dan daun selasih itu sebagai perasa tambahan, tapi memang sedap tau kalau letak dalam resepi aglio olio ini. Capsicum itu kalau kita letak tiga warna lagi cantik dan menarik Aglio Olio kita, bertambah semangat nak makan!

 Pada yang suka pedas bolehlah makan dengan chili flakes, yang ada dijual siap di Pasaraya seperti Tesco. Selamat mencuba!










Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. sedap tuh..sy nih peminat setia aglio olio.

    ReplyDelete
  2. Simple ajerk. Hari tuh menung jap tengok spaghetti yg belum dimasak. Nak buat apaaaaaa lagi ni...hahah..asyik2 yg bolognese and krim tuh. UA punye resepi siap kena marinate jap dengan kunyit. Patut warna die kuning sket. Jadi...kena la cuba. Thanks for sharing. Ada masa InshaALLAH buat. Kids suka gak spaghetti ni..hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyeee oglio....nak ciketttt..

    ReplyDelete
  4. Nampak macam sedap... adehh lapar.. nak cuba la nanti.. singgah sini n follow done..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib