Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 17 October 2016

Printcious.my| seronoknya pilih hadiah & design ikut citrasa sendiri.

Ummul Azkee
   
  

Printcious.my | Jadikan pemberian hadiah lebih istimewa dan bermakna


     Hai, Salam pagi Isnin! Mulakan minggu ini dengan ceria! Pagi-pagi ini UA nak bercerita tentang satu online gift shop yang best! Hari ini sudah masuk hari ke 17 dalam bulan oktober dan UA sudah terfikirkan tentang bulan November. Ada apa dengan bulan November tu? Ada birthday seseorang bulan depan dan namanya Adriana.hihi.

   Satu rumah kakak Afrina  pukul canang kata birthday adik dia da dekat dan hari-hari juga lah Adriana tanya..

 "Ibu, birthday adik dah dekat ke ibu? " excited dia! capek nak menjawab. Tau-tau jela kan. Kalau birthday apalagi yang di harap? mesti lah hadiah! Dalam kepala UA ini hari-hari berfikir "hadiah apa nak berikan Adriana untuk birthday dia nanti."hm..

  Kalau UA mestilah UA mahukan something yang special and sentimental value.dan memandangkan sekarang ini UA tengah gila shopping online, terfikir nak cari hadiah Adriana di Printcious.my. Dengan tagline Printcious, "Precious Gift From Your Heart" memang sesuai lah dengan UA yang ada sentimental value ni, hihi..

  Macam pernah dengar kan Printcious.my ini? Ala, UA pernah join contest digital drawing dia beberapa bulan lepas. Siapa selalu singgah blog ini mesti tahu punya.





    Printcious.my ini sebenarnya adalah online gift shop yang menjual pelbagai jenis hadiah dan cenderahati yang sesuai untuk bermacam -macam keraian seperti hari lahir, perkahwinan,graduation, Anniversary dan juga majlis korporat.

    Dan yang paling menyeronokkan ialah kita boleh design hadiah pilihan kita dari segi warna, bentuk dan juga design mengikut citarasa kita sendiri. Jadi kita boleh pilih samada nak letak gambar atau design yang kita suka,logo atau words yang kita mahukan untuk hadiah yang ingin kita beli. Best kan? 

    UA dah try, memang best! Semalam, sepanjang malam UA godek laman web Printcious ini cari hadiah yang menarik dan idea untuk design hadiah pilihan UA. Bab design mendesign ini UA suka! hihi. UA nak tunjuk sikit macam mana satu-satu hadiah itu kita boleh design ikut citarasa kita sendiri.

    Di Printcious.my ini ada jual pelbagai hadiah tau! jadi kita boleh pilih mana yang kita berkenan. Antara produk yang ada adalah seperti t-shirt, mugs, cushions , phone cases , ceramics tiles, puzzles, mousepads, mini tees, Baby rompers, coasters, caps dan canvas. Ada dua pilihan untuk kita samada beli hadiah dengan design yang sediada atau design sendiri.



  Kalau kita nak design sendiri hadiah klik perkataan create dan senarai akan keluar seeprti gambar di bawah. UA pilih dan klik cushions dan akan keluar pilihan bentuk 
Cushions.





     Setelah kita pilih bentuk, kita boleh pilih warna yang kita mahukan untuk hadiah. Kalau nak berikan hadiah pada seseorang, kita bolehlah  pilih warna favourite si penerima hadiah, mesti dia seronok kan?betul tak?





   Selepas pilih warna, kita bolehlah mulakan design cushions itu mengikut citarasa kita dengan klik perkataan customise it.




    Kita boleh pilih samada mahu letakkan image atau text, atau kedua-duanya sekali pun boleh..





  Ada pelbagai jenis font disediakan jadi kita boleh mulakan rekaletak dan pilih jenis tulisan yang kita suka dan bersesuaian.





    Warna font boleh kita pilih ikut citarasa kita. best kan? Masa design inilah yang paling syok! pilih-pilih dan tukar-tukar warna. huhu..



       Dan setelah menghadap beberapa jam dan cuba-cuba design inilah hasilnya. cantik tak?tukarlah perkataan sayang tu. Macam jiwang sangat. hihi..



  
   Jadi macam mana? Best kan laman web printcious.my ? Pada sesiapa yang masih tercari-cari hadiah sesuai, menarik, unik dan paling bermakna untuk yang tersayang boleh dapatkan hadiah di Printcious.my dan design hadiah pilihan ada dari hati yang tulus ikhlas, mesti terharu si penerima hadiah itu.confirm! 😊

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Memang menarik! Nany pun suka bende2 macam ni. Hari tuh buat kat Photobook ajer. Tapi tak banyak pilihan la. Yang UA share ni ade pelbagai pilihan. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. nanti nak order bantal tu laa..cantik..nk buat untuk kawen..upssss..hahaha

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib