Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 31 October 2016

Hadiah dari Printcious.my sebagai motivasi untuk diri sendiri

Ummul Azkee


HADIAH PRINTCIOUS.MY | PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK DIRI SENDIRI


        



       Hi semua, selamat kembali bekerja di hari isnin bagi yang bekerja, Pada yang masih bercuti, enjoys your holiday... Di petang isnin ini UA sahaja nak kongsi cerita tentang hadiah yang UA dapatkan untuk diri sendiri sebagai pembakar semangat untuk terus melukis. Maklumlah semangat dalam diri ini kan pasti ada turun naik. Jadi UA perlukan sesuatu untuk UA bangkit.





    Jadi UA pun dapatkan mug menarik dari Printcious.my . Ingat kan? minggu lalu UA ada kongsikan satu online gift shop  di blog ini. UA dapatkan di situlah. Memang UA cadang mahu cari hadiah untuk Adriana tapi rambang mata sangat. Rasa semua nak beli jadi UA tanggunhkan dulu. Akhirnya UA decide untuk cuba dapatkan untuk diri sendiri dahulu. Dalam minggu ini UA akan pilih juga sesuatu untuk Adriana, birthday dia 12hb November. hehe

Mug Pelbagai jenis & pilihan warna di Printcious.my 




   Lama juga lah godek laman web itu, tak tahu nak beli apa, akhirnya UA pilih mug. Sebenarnya ada 3 jenis mug di jual di Printcious.my tapi UA pilih yang berwarna sebab nampak menarik. Lepas dah decide nak dapatkan mug berwarna tu, terus UA fikirkan wording apa yang UA mahu letakkan pada ruangan mug tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus melukis. Lama juga berfikir hehe.. akhirnya dapat juga wording yang sesuai, lepas tu terus design di photoshop dan lastly reka letak di laman web printcious.my. .


  UA ada juga letakkan  design logo blog. angan-angan dulu ada produk design sendiri. Nama sendiri pun letak di mug. Its means officially mine! Orang lain tengok pun takut nak guna! kedek..hihi.
 Insyallah more design lepas ini sebab Printcious ada program for designer. Jadi UA boleh jana pendapatan dari rumah dengan melukis dan design pada produk pula! best kan?






    Ada pelbagai warna pilihan mug seperti merah, biru, kuning, pink, hitam dan oren. UA pilih warna favourite UA hijau! hehe.. mug ini diperbuat dari porcelin tau dan selamat digunakan pada microwave dan dishwasher juga. Ok sangat la kan, tahan lasak.




   Tak kecil sangat dan tak terlalu besar mug ni , just nice for having tea in morning and start my art and blog routine ! Perfect untuk UA. Best dan UA berpuas hati sangat. Tak sabar nak dapatkan hadiah untuk Adriana pula lepas ini. Siapa belum pernah dapatkan hadiah di printcious.my . Cubalah, memang puas hati sangat!







   

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. wow..siap buat air teh dah..mug kite dok simpan dalam kotak lagi..hihihi

    ReplyDelete
  2. menarik ni...ok tq sudi snggah blog nadia..ok, nadia dah follow awak ye

    ReplyDelete
  3. Sy x rasmikan lagi mug yg sy beli...huhuhu

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib