Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 7 October 2016

Buku Disney Edisi Bahasa Melayu, Buat Afrina&Adriana teruja!

Ummul Azkee

KOLEKSI BUKU DISNEY UNTUK AFRINA DAN ADRIANA

   Hai semua!Rasanya sudah lama UA tak bercerita tentang buku, terutamanya buku kanak-kanak kan. UA sebenarnya sangat-sangat seronok apabila bercerita bab buku, sebab UA dan anak-anak terlalu sukakan buku. Pantang ada jualan buku, teruja nak membeli dan UA ada impian mahukan perpustakaan mini di rumah. Dan kini UA giat mengumpul pelbagai jenis buku untuk bacaan bersama kami sekeluarga. 

   Bercerita tentang buku kanak-kanak, sememangnya koleksi buku kanak-kanak lah paling banyak ada di rumah. Hampir lebih 60 buah buku kanak-kanak dalam koleksi UA untuk anak-anak dan rujukan UA juga  yang masih ada impian untuk  menulis dan terus menghasilkan ilustrasi buku kanak-kanak.

   Kali ini UA teruja nak berkongsi tentang koleksi buku kanak-kanak terbaru milik UA dan anak-anak, Koleksi buku Disney!dan yang paling menariknya,edisi bahasa melayu, Buat pertama kalinya kami memiliki Koleksi Buku Disney yang popular di seluruh dunia. Yang paling teruja mestilah anak-anak UA, Afrina dan Adriana.Tapi UA pun teruja juga apabila melihat ilustrasi yang cantik, secantik animasinya di dalam filem.




dua buku favourite UA, Karakter kartun popular zaman berzaman,Cinderella dan snow white


BUKU DISNEY EDISI BAHASA MELAYU TARIK MINAT ANAK-ANAK MEMBACA 







    Memandangkan anak-anak  peminat kartun Disney seperti INSIDE OUT, DORY, MICKEY MOUSE dan juga FROZEN yang sangat diminati oleh kanak-kanak kini, anak-anak bertambah-tambah lagi teruja bila dapat memiliki koleksi buku disney ini. Seronok tak terkata Afrina dan Adriana.

    Dengan adanya  koleksi buku disney edisi bahasa melayu terbitan Advantage Quest ini, Afrina lebih berminat untuk membaca.Tanpa disuruh kini dia dengan sukarela mahu UA dengar bacaan dia. Baguskan,bolehlah memperbaiki dan melancarkan pembacaannya dalam bahasa melayu. Satu perubahan positif yang UA sangat suka!




    Buat pengetahuan semua, Advantage Quest merupakan penerbit utama buku-buku disney di Malaysia dan telah menerbitkan lebih 60 buah buku disney edisi bahasa melayu, Dan kualiti buku terbitan Advantage Quest ini sememangnya sama dengan kualiti buku dari luar negara.

BUKU AKTIVITI DAN INTERAKSI DISNEY BANTU ANAK FOKUS & ERATKAN HUBUNGAN KAMI


buku INSIDE OUT favourite Afrina & adriana pula sukakan aktiviti handy book Frozen

    Selain buku cerita, buku aktiviti dan interaksi disney juga menarik minat UA, di zaman gadjet ini UA rasa buku aktiviti dan interaksi sebegini  sangat sesuai untuk anak-anak.

. Selain membuatkan anak-anak seronok dengan aktiviti di dalam  buku,  sebenarnya dalam masa yang sama ibubapa boleh luangkan masa bersama dan berseronok. Dengan aktiviti sebegini boleh jadikan anak-anak sukakan buku dan penggunaan gadjet dan tv boleh dihadkan pada ana-anak. Serius, keterujaan mereka menyiapkan setiap aktiviti di dalam buku yang mempunyai unsur pembelajaran dan keseronokkan menjadikan mereka lupa pada gadjet dan tv.


BUKU AKTIVITI FROZEN & DORY



      Melalui pemerhatian UA, aktiviti di dalam buku aktiviti Frozen dan Dory ini sememangnya menarik minat kanak-kanak dengan adanya aktiviti menampal sticker, pelekat puzzle dan ada juga aktiviti menampal sticker yang diselitkan pada buku cerita. Ini menjadikan aktiviti membaca tidak membosankan untuk anak-anak, dan lebih menyeronokkan.

      Buku-buku ini juga jadikan Afrina dan Adriana saling bantu membantu untuk selesaikan setiap aktiviti.Keterujaan untuk sama-sama siapkan aktiviti buatkan hubungan mereka lebih baik dari selalu. UA pun turut serta dalam selesaikan aktiviti ini dan tentulah kami berseronok. :)





Adriana dengan favourite game dia Jigsaw puzzle tapi yang lebih menyeronokkan jigsaw puzzle ini dalam bentuk stcker!






Senyum sampai ke telinga sebab seronok dengan aktiviti membaca sambil menampal sticker.

buku mewarna pun ada untuk asah skill mewarna anak-anak,kusyuk adriana mewarna gambar anna



BUKU INTERAKSI DISNEY

SIRI LIHAT DAN CARI



       Mesti ramai yang tertanya-tanya buku interaksi ini bagaimana kan? Contoh buku interaksi ini adalah seperti buku di atas, Buku yang memerlukan ibu bapa berkomunikasi, membacakan arahan dan sama-sama  membantu anak-anak menyelesaikan pencarian di dalam setiap halaman. Pada UA buku ini sangat sesuai untuk anak-anak berumur dari 3-5 tahun. Buku ini memang menyeronokan seperti permainan mencari barang tersembunyi dan dalam masa yang sama boleh mengajarkan anak-anak tentang nama setiap benda,fungsinya, bentuk,warna dan kegunaanya.







    Lihat sahaja gambar halaman buku di atas, sememangnya menarik dan berwarna warni. Kanak-kanak mana yang akan menolak buku sebegini!Adriana pun sukakan nya dan biasanya UA gunakan buku ini bersama adriana sebagai aktiviti santai sebelum tidur.




 Jadi jika berminat boleh dapatkan buku disney terbitan advantage quest ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia termasuk kedai buku Popular. Jom jadikan amalan membaca dikalangan anak-anak kita.



BELI BUKU DISNEY  DAN BERPELUANG KE DISNEYLAND HONGKONG

         Sebelum terlupa, pada yang ada niat untuk dapatkan buku buku disney ini dan ada impian untuk ke Disneyland,Bolehlah dapatkan buku-buku disney di Kedai Buku Popular seluruh Malaysia kerana Popular sedang mengadakan peraduan " Percutian ke Disneyland Hong Kong". Dengan pembelian buku disney RM50 akan melayakkan penyertaan dalam peraduan ini. Jadi tunggu apalagi kan, pergi dapatkan buku-buku disney di Popular, Mana tahu bertuah memenangi percutian ke Disneyland Hongkong,bestnya!


 #BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

7 comments:

  1. Bestnya. Menarik sangatlah. Especially part aktiviti tuh. Anak-anak memang suka yang macam tuh. Buku disney ni pada Nany sesuai utk girls. Except if ade buku pasal Toys story ke..Cars..haaa...boleh la I pegi beli sambil2 grab voucher. Untung2 dapat gi Disneyland HongKong. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nany,buku siri for boys pun ada.. nnti pergi cari tau!hehe

      Delete
  2. tetiba rasa nak jadi budak-budak balik tengok buku2 disney ni..eekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tau takpicture book pun ada utk orang dewasa tau

      Delete
  3. semoga tercapai impian nak ada perpustakaan mini di rumah.. :) kita pun ada impian yang sama.. heheheheee.. cuma setakat ni buku sendiri yg banyak.. yg belum baca pun ada.. haiiihh.. kalau la masa boleh dibeli.. :p

    ReplyDelete
  4. Boleh g hongkong kalau menang kontes...wowww... Tgk buku cerita igt buku yg beli ngan ummul tuu

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib