Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 21 September 2016

Memori merdeka 2016

Ummul Azkee

Memori merdeka 2106

  Lamanya UA tak berceloteh di sini. apabila mood melukis datang dia semacam tak nak berhenti.
 Yup,dari bulan lepas UA sibuk melukis lately, semangat betul melakar. Kalau yang ikuti ig UA mesti tahu kan. Ditambah pula dengan cuti sekolah baru baru ini, maka makin sibuklah UA. Sebenarnya UA tak berapa sihat, sepanjang cuti sekolah UA sakit, nasib baiklah balik rumah umi, memang tak buat apa. tidur pun tak lena dibuatnya.




  Kali ini saja nak bercerita tentang sambutan UA dan keluarga semasa hari kemerdekaan negara yang ke 59 tahun ini. Tahun ini kami sambut di dataran merdeka, Kuala Lumpur . Semangat kan?Sebenarnya dari tahun lepas suami ajak, tapi tahun lepas kami tak pergi pun..(suami UA memang patriotik orangya,huhu) jadi untuk tidak menghampakan lagi permintaan dia, UA pun setuju lah pergi tahun ini. Buat pengetahuan semua ini pertama kali UA sambut di Kuala Lumpur.






 Seawal 5 pagi kami semua bangun dan bersiap, dan pukul 6.30 kami sudah bertolak ke KL.Awal kan? Itulah dia bersemangatnya kami lebih-lebih lagi Afrina dan Adriana sebab pertama kali, senang sahaja kejutkan mereka berdua ni di awal pagi,Lebih senang dari kejut bangun untuk ke sekolah haha.

  Mesti ramai pelik kenapa awal sangat kan. Memang awal sebab nak cari tempat yang strategi dan sambutan kan bermula seawal pukul lapan. dan kebanyakan jalan di Kuala Lumpur akan ditutup. Maka untuk mengelakkan kami menapak jauh, suami la cadangkan pergi awal, Tak kelam kabut,tak bersesak cari tempat. Itulah serba sedikit panduan sekiranya ada yang bercadang untuk sambut merdeka di Kuala Lumpur tahun hadapan. hihi.






   Sebenarnya suasana di sana lebih meriah dan lebih puas hati dapat lihat secara live. Masing-masing teruja dengan perbarisan yang berbeza. Kalau Adriana dia lagi seronok dapat lihat karakter kartun kegemaran di Didi & Friends di perbarisan.Boboiboi, Yaya.. Berlainan pula dengan Afrina yang teruja dapat lihat Lee Chong Wei. Hihi Teruja betul dia, sebab selalu kan tonton di tv sahaja.











      UA seronok lihat suasana di sana yang meriah dan anak-anak yang teruja untuk melihat acara perbarisan. Jujurnya UA lagi teruja mahu capture gambar tapi suasana yang riuh berubah menjadi tenang apabila acara bermula dengan nyanyian lagu negaraku. Meremang UA masa itu,semangat Patriotik tak semena-semena berkobar dalam diri apabila berada di sana. Sungguh kita bertuah dengan kemerdekaan dan kemajuan negara kita. Moga negara kita terus maju dan aman sentiasa.

#SELAMATHARI KEMERDEKAANKE59 #MALAYSIATANAHAIRKU #MALAYSIABOLEH!




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Alahaii..syoknye. Nany tak pernah pun celebrate hari kemerdekaan macam ni. Sure seronok anak2 UA tuh. Kalau dah besar tuh bileh buat karangan tajuk "sambutan hari kemerdekaan bersama ibu dan ayah" hehehehe...

    ReplyDelete
  2. kalau UA keluar 6.30 pagi, kakSue dari shah alam harus awal lagi la nampaknya...ada juga yang tido kl di malam merdeka kalau nak ke dataran merdeka awal-awal pagi begini :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi bawak dania ke sini..selalunya merdeka kat rumah je

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib