Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 22 September 2016

Main Jigsaw puzzles secara online lebih mudah dan seronok!

Ummul Azkee

JSPuzzles | jigsaw puzzles online


    Siapa suka main Jigsaw puzzle ? UA suka main jigsaw puzzle. Dulu masa zaman muda remaja selalu main dengan umi di rumah. Apabila dah mula buat memang tak sabar nak siapkan.Duduk la siapakan seharian menyiapkannya. Ada lah satu masa itu tengah popular jigsaw puzzle ni sampaikan berkotak-kotak kami buat, lepas itu frame.

    Hobi main jigsaw puzzle tanpa UA sedar, sekarang ini menurun pada anak-anak. Antara Afrina dan Adriana, Adriana lebih berminat pada permainan ini berbanding Afrina yang lebih suka melukis. Boleh dikatakan ada lebih daripada 10 jigsaw puzzle di rumah ini. Dari yang beli sendiri hingga lah orang bagi. Umi,atuk afrina dan adriana dan makcik-makcik bila tahu adriana suka jigsaw puzzle, lagilah mereka ini rajin belikan.

   Memang bagus main jigsaw puzzle ini, ia menguji minda dan mengajar erti kesabaran tapi turut menguji kesabaran ibu ni jugalah sebab ada isu dengan penyimpanan puzzles yang banyak-banyak tu. Selalu bersepah merata. haha.

  Baru-baru ini UA diperkenalkan dengan Jigsaw puzzles secara online, jspuzzles.com. Dan semestinya UA suka, bolehlah selesaikan permasalahan penyimpanan puzzles yang memang kadang-kadang bikin UA stress tanpa menyekat minat Adriana untuk bermain jigsaw puzzles. Selain itu boleh juga ajar mereka tentang basic pengunaan komputer yang sememangnya penting untuk anak-anak zaman kini. Afrina yang darjah 1 itu pun sudah didedahkan dengan ilmu asas komputer.




     Di laman web Jspuzzles ini ada pelbagai imej menarik yang boleh kita pilih sebelum main, ada gambar binatang,pemandangan,bangunan,lukisan dan macam-macam lagi. Jspuzzles ini bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja tapi juga semua peringkat umur.


     kita boleh pilih bilangan puzzles yang kita mahukan mengikut tahap umur yang sesuai seperti di bawah ini. 9Pieces sesuai lah untuk kanak-kanak, Dan pada yang sukakan cabaran boleh lah cuba buat yang 225Pieces tu. huhu..


 
       Seronok Adriana main jigsaw puzzles melalui laptop. kusyuk dan fokus dia main, sama macam selalu. Siap lentik-lentik jari,ibu tak ada mouse sebenarnya.hihi





 Dan inilah hasilnya jigsaw puzzles yang adriana buat, dia siap ada tulis berapa lama masa kita ambil untuk selesaikan puzzles dan dalam raking keberapa bersaing dengan pemain puzzles yang lain.




     Selain gambar yang sedia ada kita juga boleh upload gambar kita sendiri, macam potret keluarga, lukisan dan rekaan kita, boleh set untuk private atau untuk publik terpulang pada kita. UA ada upload gambar lukisan digital UA di sini dan simpan sebagai album.tak ada lah risau kalau tiba-tiba file hilang.








     Jadi pada siapa yang nak hilangkan stress atau mahu merehatkan diri dari kerja yang sedia ada, bolehlah ke laman web jspuzzles.com. Kita lawan selesaikan jigsaw puzzles, mesti seronok kan.hehe..


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. khusyuk main...siap dapat high score..itew pun kalah..hihihih

    ReplyDelete
  2. Wow! best ni...nak buat ..nak buat...nak buat. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. bagus jugak utk perkembangan minda anak2 kan...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib