Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 2 August 2016

DIY | tukar jam dinding rosak jadi dekorasi menarik

Ummul Azkee


 DIY | jam dinding rosak menjadi frame lukisan  yang menarik dan unik


    Sejak ada kesedaran tentang masalah sampah sarap yang semakin serius dlalam masyarkat kita, UA jadi seorang yang berfikir dua kali sebelum membuang sesuatu. Semangat untuk kitar semula dan mencari  idea agar barangan terpakai boleh digunakan semula dan ubahkan ia menjadi lebih cantik dan menarik menjadikan UA pengumpul bahan terbuang seperti kotak terpakai, botok kaca, tin dan barang yang rosak.



   Antara barang yang UA pernah beli dan telah rosak adalah jam dinding. Rasanya ada dua,tiga biji\ jam dinding UA beli semuanya sekejap sahaja boleh digunakan. Selalunya waktu mahu nak buang tu punyalah rasa sayang sampaikan UA decide untuk simpan. Apabila lama belek-belek, fikir dan buat apa, cuba buka akhirnya idea tukar jam dniding pada sesuatu yang boleh digunakan timbul. Jadi UA mulakanlah projek Diy UA.

   Jam ini UA beli di IKEA. Siapa ada jam ni? Kalau ada dan rosak jangan buang, boleh cuba idea diy deko yang UA buat ni. UA dapat idea untuk jadikan jam ini frame sebab dibelakangnya ada penyangkut di dinding,

CARA-CARA TUKAR JAM DINDING YANG ROSAK JADI FRAME LUKISAN 

1. UA mulakan dengan buka bahagian belakang jam dan cuba masukkan papan kek yang telah digunakan.( UA memang simpan papan kek ini,ada banyak UA kumpul)kemudian cuba pasang balik.




2. Selepas UA cuba pasang balik dan gantung dia dalam keadaan baik, UA lukisan bulatan mengikut bentuk frame jam tersebut dan lukis objek yang UA suka di dalam bulatan tersebut.Selepas itu warnakan ia menggunakan warna akrilik. selesai warnakan pasang kembali belakang jam dan gantung sebagai hiasan.



          Selain lukisan, foto pun menarik juga untuk diletakkan sebagai dekorasi di rumah. Sekian itu sahaja perkongsian hobi UA. 

ps ; sebenarnya lukisan tu belum siap, ada beberapa warna habis pula, tapi tak sabar nak tengok hasilnya dan berkongsi di blog. hehe..



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

16 comments:

  1. Nice DIY :) Tak pernah terfikir nak buat macam nie. Bagus idea UA.

    ReplyDelete
  2. waa cantiknye.. eh baru perasanla dah guna domain com..
    sy kalau jam rosak buat jadi frame gambar, pastu gantung dkt dinding.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..tq. aah bru je tukar bulan puasa hritu. frame gmbr pun cntik kn..

      Delete
  3. Aiyooooooooooooo~~~~ rajin nyaaaaa. Tempah satu UA! nany nak beli..berapa RM ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli ke..boleh2 nnti email UA ok?

      Delete
  4. wahhhh..cantik la kak..pandai akak..hihi

    ReplyDelete
  5. kretaif betui akak..hehe.. nak try jugak la

    ReplyDelete
  6. nice..sy pun penah wat mcm ni..smpai skrg masih ada jam yg ditransformkan tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada eh..nnti share la.. nk tgk juge.

      Delete
  7. Kreatif sungguh kak Ummul ni.. boleh jimat duitkan..

    ReplyDelete
  8. kretif, satu perkongsian yang bagus :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib