Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 8 August 2016

ABS Powerbank sangat berbaloi untuk dimiliki semua !

Ummul Azkee

 Powerbank, keperluan terpenting yang wajib dimiliki

     Zaman IT sekarang, pastinya  semua orang memilik smartphone,kan?  Smartphone sudah jadi satu keperluan hidup seharian kita termasuklah UA. Dari menghubungkan mereka yang jauh sehinggalah menjadi perkara terpenting dalam dunia pekerjaan mahupun perniagaan. 

 Tapi secanggih mana pun gadjet kita, kalau kehabisan bateri tetap tak boleh digunakan, lagi pula kalau tengah dalam keadaan kecemasan, betul tak? UA selalu hadapi perkara sebegini, lebih-lebih dalam perjalanan yang jauh, terpisah dari suami dalam situasi berada di tempat ramai orang dan sesak seperti pasaraya ataupun waktu  mahu bagi info tentang barang yang dijual ketika berada di luar.
Selalu sangat jadi pada UA, bateri habis!

    Jalan penyelesaian bagi masalah kehabisan bateri ini, tak lain tak bukan adalah dengan memiliki Powerbank! Selesai masalah, tak ada lah risau sesat seorang diri ataupun tiba-tiba hilang semasa tengah berbual, bermassage ataupun dalam situasi kecemasan seperti kereta rosak di tengah jalan kan!



ABS Powerbank | Powerbank terkini dengan jaminan terbaik






   Bercakap tentang powerbank ini, waktu tengah tercari-cari powerbank untuk kegunaan sendiri UA telah diperkenalkan dengan ABS Powebank. Pertama kali tengok di page facebook ABSmalaysia , UA terus suka. Kecil dan comel sahaja bentuknya  dan rekaannya feminin, sesuai sangat dengan wanita seperti UA yang simple, tak suka bawa beg besar. Senang nak simpan sebab tak terlalu besar untuk di bawa kemana-mana. Simpan dalam poket pun boleh.

   Selain dari rekaannya, kelebihan ABS powerbank ini yang buat UA tertarik adalah warranty  bagi semua model ABS Powerbank ini adalah selama 2tahun. Panjang tempoh warranty nya kan?ABS Powerbank merupakan jenama powerbank pertama dengan tempoh warranty selama 2 tahun. Jadi kalau dalam tempoh 2 tahun dari pembelian ada masalah, pihak ABS Powerbank akan tukarkan dengan yang lain.

Pengalaman menggunakan ABS Powerbank                                                                                           


ABS POWERBANK Y304

  • Model: Y304
  • Warna : GOLD
  • Input: 5V - 2Amax
  • Output 1: 5V - 2.1AMax
  • Output 2: 5V - 2.1AMax
  • With LED Capacity Light
  • Harga: RM139
  • Berat : 228g

  Seminggu sudah UA guna ABS powebank ini. Model yang UA gunakan ini adalah Y304 dengan 12000 mAh. dengan kuasa mAh yang tinggi ini, powerbank ini boleh mengecas semua gadjet yang dimiliki dengan lebih lama dan berulangkali. Smartphone, tablet,kamera,ipad,MP3, Semua gadjet ini boleh di cas menggunakan powerbank ini.memang puas hati!


dengan 2 output jadi boleh lah UA charge dua skali gadjet dalam satu masa.



  Powerbank ini juga tahan lasak. Dua kali dah terjatuh, mula-mula seram juga tapi dia maintain sebab memang berkualiti materialnya, tebal tapi tidak terlalu berat untuk dibawa kemana-mana dan tidak terlalu ringan, jadi tidak mudah pecah apabila terjatuh.Yang paling penting bagi UA ia tak terlalu besar dan tidak terlalu berat. Just nice!  


DI MANA NAK DAPATKAN ABS POWERBANK?

  Buat pengetahuan semua C Two Gadjet merupakan pengedar tunggal bagi ABS Malaysia dan pada yang berminat dan lebih selesa untuk melihat produk ABS Powerbank secara terus dan ingin beli secara walk in boleh beli di lokasi-lokasi yang ada disenarai di link dibawah.

 https://www.facebook.com/notes/abs-malaysia/where-to-buy-abs-products-in-
malaysia/275210272855465

  Ataupun bagi yang selesa membeli melalui internet  bolehlah beli di website 11street. Dan apa yang menarik adalah 11street ada mengadakan jualan Merdeka dengan potongan harga sebanyak 20%- 30% sehingga 31 ogos 2016. klik 11street.my untuk membeli.

  Jadi tunggu apalagi.cepat lah beli, ABS powerbank memang berbaloi untuk dimiliki.













  

  





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. menarik powerbank nie..cuma siqah dah ada powerbank.. pakai pineng je. hee..

    ReplyDelete
  2. comel je bentuknye tu...lama juga saaya tidak guna powerbank ini.. So far guna Z5 premium bateri boleh tahan 24 jam moderate usage mcm buffering video dkt youtube sejam lebih and benda lain2..

    ReplyDelete
  3. comel je powerbank tu...boleh masuk dalam beg..senang..hehe

    ReplyDelete
  4. new brand.. kat rumah dah ada tiga power bank tapi jarang guna dah kecuali kalau travel. tq darling for sharing here

    ReplyDelete
  5. Tade powerbank..belum rasa lagi keperluan nya sebab akak dok umah je..heheh

    ReplyDelete
  6. power bank . benda wajib yg perlu ada tuk pengguna smart phone. Kalo takde nangis ooo!

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib