Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 30 July 2016

Mencari barangan hantaran dan kraf di Kuala Lumpur?

Ummul Azkee


    " Mana nak cari barang hantaran dan kraf di KL?," Ha, itulah soalan yang bermain dibenak fikiran UA apabila nak mencari barang untuk buat hand bouquet seminggu selepas hari raya hari itu. Sebenarnya tahu satu kedai sahaja kedai menjual barang hantaran di KL iaitu BungaReben yang terletak di Jalan TAR tapi tidak menjual hand bouquet holder  dan UA memang tak tahu langsung ada kedai menjual barang hantaran lain di KL.

  Hidup tak tenteram sekejap masa itu sebab tak dapat lagi cari hand bouquet holder yang sangat di perlukan. Tpi cuba bertenang dan berfikir. Sebab sebelum ini umi yang belikan di klang. Kalau di klang UA tahu lah mana nak cari tapi dari pj nak ke klang memang jauh, memang tak boleh nak pergi sebab suami pun kerja dan anak-anak sekolah.

   Dalam tengah berfikir-fikir masa itu, tergerak hati untuk cari di google, nasib baik jumpa satu blog ni bagi info yang hand bouquet holder ini ada dijual di kedai selain kedai Bunga Reben. Rasa lega masa tu dan esoknya UA pun ke KL dan cari semua barang yang diperlukan untuk membuat Felt hand bouquet untuk tempahan perkahwinan.

  Kedai pertama UA mesti pergi kalau mahu mencari barangan hantaran atau kraf adalah kedai Bunga Reben. Biasanya untuk kain felt untuk bunga UA akan hanya beli di sini sebab jenis kain dia lain dan keras, senang untuk dibentuk. Di sini pun ada jual pelbagai jenis barang hantaran, manik,pearl,reben pelbagai saiz dan warna. juga kain net dan bekas bunga telur dan macam-macam lagi, cuma hand bouquet holder sahaja tidak dijual.

 

   Dengan selamba hari itu, UA redah ke KL dengan Adriana naik Lrt ke KL dan turun di Masjid Jamek. Berjalan lah kami satu hari itu. Menurut blog yang UA baca itu hand bouquet holder itu ada di jual di Semua House tapi di level berapa dan nama kedai pun tak diberi spesifik, Jadinya UA pun tawaf satu bangunan Semua House itu mencari. Sampai satu kedai yang agak fancy barangan hantaran nya. UA pun bertanya, rupanya ada 2 kedai menjual barang hantaran dan kraf di Semua  house yang terletak di B1, berhampiran dengan food courts dan alhmdulilah jumpa juga barang yang di cari.



  UA ada snap beberapa gambar barang untuk doorgift dan hantaran. Kebetulan adik masa itu suruh snap, alang-alang UA kongsikan juga di sini.Manalah tahu ada yang mencari idea doorgift untuk majlis perkahwinan, akikah ataupun hari lahir.

  Buat pengetahuan semua, kedai Bunga Reben ni berdekatan dengan Semua house, dari semua house, terletak di sebelah kiri. Di Semua house ini pun banyak butik perkahwinan. Kalau nak tempah baju perkahwinan sekali pun boleh. :)

   Sekian, semoga semua maklumat yang di tulis di sini berguna pada mereka yang mencari.


botol kaca!barang paling UA suka!


ini boleh buka dan diisi.vintage kan?

inipun boleh di isi dalamnya,tradisional looks

klasik!

lain dari yang lain untuk dulang hantaran, untuk hiasan rumah pun menarik ni!

simple tapi menarik.

   





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. ooo di semua house ye.. bagus juga sharing info ni.. nanti bila perlu senang juga nnti nak mencari... thanks..


    Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle review ini ye

    Review TMGo Broadband artikle...

    ReplyDelete
  2. menarik! IQ dulu cari barang hantaran untuk tunang di semua house jugak tapi bila nak kahwin, pergi nilai plak...lepas tu pening sebab tak tau nak pilih mana satu...hehe

    ReplyDelete
  3. Lama nya tak jejak kaki ke Semua House. Suka nya kedai ni..kalau smpi sini sure berejam2 belek itu belek ini. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. rasa nak kawen lak tengok semua bnda ni...hahaha

    ReplyDelete
  5. dulu masa bujang memang rajin sangat singgah Bunga Reben dan kedai2 hantaran kat dalam Semua House tu.. cari apa ntah.. nak kahwin jauh sekali.. saje suka jalan2 cuci mata.. heheheheee.. :)

    p/s : baju kahwin kita sewa kat kedai pengantin dalam Semua House tu.. level atassssss sekali.. tak tahu la ada lagi ke tak kedai tu.. lepas pulangkan baju pengantin tu kita dah tak pernah jejak ke Semua House lagi.. 6 tahun dah.. hahahahahaa.. mende ntah.. :p

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib