Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 24 July 2016

Memori Raya 2016

Ummul Azkee




       Assalammualaikum semua,Hari ini 19syawal 1437h. Walaupun sudah hampir 19 hari kita dalam bulan syawal, mood raya mesti masih ada lagi, dengan rumah terbuka di sana sini, ye tak? UA pun agak sibuk di bulan raya tahun ini, macam-macam perkara lain perlu diselesaikan samada berkaitan raya ataupun tidak.




     Tahun ini UA beraya di sebelah keluarga suami di Perak. Asalnya mak dan ayah mertua tinggal di sekitar selangor sahaja tapi disebabkan mereka merantau beberapa tahun lalu maka kami pun merasalah balik kampung jauh di hari raya.

     Raya tahun ini agak suram sedikit sebab anak-anak kurang sihat di pagi Syawal. itupun nasib anak-anak ada mood nak berbaju raya dan sempat lah UA simpan gambar memori raya tahun ini walaupun tak banyak mana.


  Gambar di pagi raya, masa ini Afrina belum demam lagi jadi mood dia agak ok dan masih boleh senyum bila ibu suruh posing.


  Pagi raya sebelum bersiap-siap, adik inilah yang tolong isikan duit raya. seronok dia mengisi sampul raya. Biasanya tiap tahun memang kami satu keluarga sama-sama isi duit raya sebelum hari raya. Tahun agak lewat isi, pagi raya baru sempat dan cik adik ini jelah yang bantu ibu.


   Disebabkan tak kemana di satu syawal memandangkan kami tiada saudara mara di perak, maka petang raya UA dan suami penuhi permintaan si adik Adriana ni ke pantai. Memang lama tak ke pantai, Alang-alang sudah sampai perak dan dekat. Ke Teluk Senangin lah kami di petang raya.Masa ini Afrina tak ikut, dia demam petang itu. Kasihan dengan adik dia sudah berjanji, pergi juga lah kami ke pantai.

  Petang raya kedua, kami bertolak ke Klang ke rumah umi. Malam itu seronoklah Adriana main bunga api dengan auntie An dan Uncle dia, Kakak masih tak sihat masa ini. 



   Seterusnya malam raya ketiga baru lah UA  pergi beraya, itupun pergi dengan umi,adik-adik dan Adriana sahaja. Afrina masih tak sihat dan suami UA jagakan dia. Dan hari berikutnya baru Afrina ikut kami beraya.



  Itu sahaja coretan raya dari UA pada tahun ini. Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin.

    PS : kisah lucu raya tahun ini sebelum terlupa, Adriana panggil ketupat palas,jadi Ketupat "Malas".
            hahaha.. ;)




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. selamat hari raya kak azkee....

    semoga syawal mengeratkan hubungan sesama keluarga dan muslim

    ReplyDelete
  2. Akhirnyaaa..keluar pun cerita raya UA! hehehe...Sian Afrina raya2 demam. Takperla, janji dah sihat kan. Selamat hari raya UA dan family. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib