Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 29 June 2016

Cerita lucu bulan Ramadhan - Air Selangor.

Ummul Azkee

Cerita Lucu anak-anak di bulan ramadhan

Air Selangor


      Bahang betul hari ni, menduga kita yang berpuasa ni kan. Dalam cuaca panas begini tiba-tiba teringat kisah lucu Afrina dan Adriana minggu lalu waktu nak berbuka, dan UA tergerak pula hati nak kongsikan di sini. Kelakar pula dengan anak-anak ni. hehe..

      Dari  awal ramadhan tahun ini, macam biasa setiap hari, Afrina dan Adriana ni tak terkecuali lah menumpang sekaki berbuka bersama UA dan suami, walaupun tak puasa. haha.

    Ada lah satu hari ini tak ingat hari apa, suami UA buatlah air untuk berbuka, suami UA buatlah air selangor. Tahu tak air selangor air apa? hehehe.. air selangor adalah campuran oren sunquick dan sirap pada yang tak tahu. warna oren kemerahan airnya, dan sedaplah kalau jarang-jarang minum.

google image

  Ceritanya.

 Tengah tunggu waktu berbuka tu Afrina pun tanya lah.. "ibu, air apa ini? tak pernah minum pun,".

UA pun katalah " inilah Air selangor ," Afrina buat muka pelik. hahaha..

"Air Selangor?Na nak rasa lah," gitulah ayat berbasa basi dia nak nyendeng air orang berbuka puasa.

huhu..

Lepas berbuka Afrina dengan teruja cakaplah " Sedapnya Air sarawak ni ibu!," 

Sarawak pulak dah! haha.. UA kata "bukan Air sarawak lah!, Air Selangor!,"

Lepas itu saja je lah tanya adik dia, Adriana,air apa yang dia minum tu, Jawapan dia lagi best!

Dengan confident Adriana jawab "Air Malaysia...,"

tergelak-gelak UA dengan suami masa tu.. hahaha..


Sekian cerita lucu anak-anak di bulan ramadhan, kalau tak lucu maaflah ya! hehehe..

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Hehe. Mama siqah pun suka buat air selangor. Agaknya orang selangor kena minum air selangor nie. Hehe.

    ReplyDelete
  2. air selangor tu camno?haha..tp bijak jawapan adriana..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hehehe~ pandai derang. Tetiba banyak pulak nama2 negeri yg kat Malaysia ni die sebutkan.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib