Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 1 May 2016

Serum Fennelle | serum kecantikan wanita dan juga lelaki.

Ummul Azkee

FENNELLE ENVIOUS BEAUTY 

SERUM KECANTIKAN DENGAN HABBATUS SAUDA UNTUK SEMUA

    Kini tak kira wanita mahupun lelaki, semua mahu kelihatan cantik dan menarik. Penampilan menjadi antara salah satu perkara terpenting bagi menambahkan keyakinan diri apabila berhadapan
 dengan orang ramai. Tak kira lah bidang apapun pekerjaan, hatta seorang suri rumah pun mahu kelihatan cantik kan? Namun cantik sahaja tanpa rawatan lama kelamaan akan menimbulkan permasalahan lain juga pada kulit wajah. Jadi kita perlukan rawatan yang berpanjangan bagi mengekalkan  kesihatan kulit wajah kita.



   Dengan adanya serum pelbagai masalah kulit wajah dapat diatasi. Dengan lambakan produk serum di pasaran UA cadangkan penggunaan serum dari Fennelle Envious beauty yang merupakan produk tempatan yang diyakini kesuciannya dan mengandungi ekstrak Habbatus Sauda. Selain itu serum ini juga mengandungi Aqua, Hyaluronic Acid, Iris Forentine Extract, Root Extract, Witch Hazel Extract dan Fomes Officiant Alis (Mushroom) Extract yang tidak membahayakan kulit.

   Serum ini sememangnya mampu merawat pelbagai masalah kulit wajah. Dan yang paling mengujakan bukan hanya boleh digunakan oleh wanita sahaja, lelaki juga boleh menggunakan serum ini. Jadi bolehlah kita gunakan bersama dengan pasangan kita, sama-sama cantik,sama padan :) 

 Kebaikan Serum Fennelle Envious beauty


 
   . Merawat masalah kulit wajah seperti jerawat dan jeragat

   . mengatasi masalah bintik hitam (blackhead) dan putih(whitehead) 

   . menjadikan kulit wajah sentiasa lembap dan menganjalkan kulit wajah

   . mencerahkan menjadikan warna tona kulit sekata 

   . memperbaiki sel kulit yang rosak akibat daripada sinaran matahari


   Buat pengetahuan semua serum ini bukan sahaja boleh digunakan pada kulit wajah, tapi juga boleh digunakan pada seluruh badan yang mempunyai masalah seperti parut, kekeringan dan juga warna kulit tidak sekata.
Pengalaman UA menggunakan serum fennelle ini sangat mengujakan,terasa sejuk wajah apabila pertama kali mengunakan serum ini, dan kelembapan pada wajah berkekalan sepanjang hari. Setelah sebulan mengunakan Serum fennelle bintik-bintik putih di keliling mata semakin hilang dari hari ke hari.



   Pada yang berminat untuk cuba menggunakan serum fennelle ini bolehlah kunjungi laman sosial Fennelle di 


                     FACEBOOK : fennellebeauty atau INSTAGRAM :@fennelle_beauty
  

 







Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. 1st time dengaq serum diperbuat drp habatus Sauda.. :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib