Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 18 May 2016

Majlis penghargaan pemenang dan Kejutan hari Ibu dari IKEA.

Ummul Azkee

Kenangan manis hari Ibu   


      Rasa macam terlambat sudah nak kongsi cerita dan kegembiraan UA pada hari Ibu tahun ini, tapi cerita jugalah.hihi. Semuanya tidak dirancang dan alhamdulilah rezeki dari Allah s.w.t sememangnya tidak terjangka.

     Seperti mana yang semua ketahui Afrina memenangi Soft Toys Drawing competition, jadi rupanya pihak IKEA sengaja memilih tarikh hari ibu untuk mengadakan Majlis penghargaan buat pemenang Soft Toys Drawing competition 2015. Suprise katanya, untuk ibu-ibu pemenang competition ini.

Seawal pagi kami sudah berada di IKEA. Rasa pelik jugalah kenapa awal pagi sangat diadakan majlis ini,kul 8! hari ahad memang longlai la kan pagi-pagi. Nasib anak-anak tak cranky pagi itu, Kalau bab berjalan memang lah semudah Abc. Sabar je lah ibu dia. Kejutan pertama IKEA adalah kami kena bangun awal di pagi ahad. Hahaha.

   Sampai di sana, terus lah ke Restoran IKEA kerana majlis berlangsung di situ. Tiba di situ tersedia bufet sarapan yang bermacam-macam, ok! ini kejutan ke dua. Kami satu family berpeluang menikmati Sarapan yang disediakan oleh pihak IKEA.Terima kasih IKEA! Jadi nya sebelum majlis bermula kami pun bersarapan. Bermacam-macam makanan disediakan. Kebanyakkan nya makanan ala barat dari sweden seperti meatballs,kek, crosaint dan macam-macam lagi lah,tak dilupakan nasi lemak!pun ada.. Yang paling teruja masa ini semestinya si pemenang, Afrina! hahaha..dia memang suka makan..huhu.. Segala makanan yang ada tak sempat nak capture gambar nya sebab sibuk melayan anak-anak.haha.. #Alasan.



orang di belakang tengah sibuk-sibuk,dia makan tak habis-habis.haha.

       Sedang kami menikmati sarapan, pihak IKEA sibuk lah mengatur majlis dan acara dimulakan dengan pemberian bunga ros pada ibu-ibu. Yang tak boleh lupa UA orang pertama dapat ros hari itu sebab duduk meja depan sekali hikhik..Itu kejutan ketiga! kihkih..Ada lagi tau kejutan.. Sampai rasa ini majlis penghargaan pemenang ke majlis perghargaan untuk ibu.haha..

     Selepas dari itu bermula penyampaian hadiah pada semua 20 pemenang Soft Toys Drawing Competiton 2015. Masa ini mesti lah Afrina paling seronok dapat hadiah, dapat jumpa Sarah. Siapa Sarah? itu dia tengok gambar bawah, makhluk berwarna merah yang gebus itu. hahaha...Adriana punya teruja nampak Sarah sampai terus berhenti makan.




   Dan selepas itu UA dapat lagi kejutan dari IKEA.haha..kejutan paling best untuk ibu-ibu pemenang adalah dapat voucher dan gift card dari IKEA. Yeah!! Boleh shopping!! Dan untuk hadiah bagi Soft Toys Drawing Competition, Macam-macam pihak IKEA bagi untuk mengalakkan semua pemenang untuk terus berkarya. 








         To be a good designer, they should start from now!!

   Jadi jangan sekat minat dan kreatiiviti anak-anak. kita sememangnya  takkan tahu bagaimana masa depan mereka, apa yang kita sebagai ibubapa perlu lakukan adalah sentiasa bagi sokongan dalam setiap minat mereka. Pastinya setiap yang ada di dunia bermanfaat jika kita melihat dari sudut pandnagan paling positif.

SEKIAN.





Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

9 comments:

  1. fuyoooo..bestnyeee..inilah yg dikatakan rezeki..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer..rezeki..rezeki anak kepada ibu haha

      Delete
  2. bestnya...bila la IKEA nak bukak kat area KB..huhu

    ReplyDelete
  3. UA!!!!
    Bestnya..rezeki yg tidak disangka-sangka. Mesti happy sangat and rase dihargai. Untuk semua penat lelah bergelar SAHM/WAHM. Hadiah terbaik tu..Tahniah sekali lagi UA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rezeki sgt..happy sgt!!! tq nany..

      Delete
  4. wow hebatnyaaa! alhamdulillah rejeki. keep it up! :D

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib