Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 1 May 2016

Adriana | Akhirnya dia mencuba!

Ummul Azkee


Cerita Adriana dan sukan memanah


    Selamat bercuti semua! Sedar tak sedar kita sudah menginjak ke bulan mei di tahun ini. Moga bulan ini  baik-baik sahaja buat UA, bulan April sememangnya dugaan terasa sangat mecabar buat UA, Terima kasih pada teman-teman blogger yang sentiasa bagi kata-kata semangat dan sokongan. UA hargai sangat!




     Bermula minggu lepas, hujung minggu UA padat dengan aktiviti, memang tak lekat di rumah dan kurang rehat. Memandangkan walid UA ada buka kelab memanah dan berkuda, di hujung minggu walid UA akan sertai event di merata tempat, bukan kerja yang mudah dan agak memenatkan jadi suami UA  bantu walid. Alang-alang ke sana, anak-anak UA pun main sama apabila tiada orang.
Mulanya hanya Afrina yang ecxited memanah ini. Adriana langsung tak heran, bila di tanya sukan apa yang dia suka, Golf katanya. Golf gitu, tak mampu ibu dan babah sayang. hihi..












   Dari minggu ke minggu lihat ibu, babah dan kakak dia memanah, baru minggu lepas dia bersuara kata nak main, Sebelum ini kami memang bercerita lah pada dia kata lah suka memanah ini bagus, ikut sunnah, tak di pedulinya.hehe.. akhirnya terjebak juga dia minggu lepas dan babah pun ajarlah dia. Seronoklah bila da mula mencuba. UA dulu pun begitu.mula-mula tak rasa nak main pun, apabila sudah mencuba tak nak berhenti, nak main, main dan main lagi. hehe..





  Tapi yang tak syoknya apabila dia mahu ibu ajar jadi satu masalah, maklumlah ibu dia ni kidal. Memang jadi satu masalah apabila orang tangan kidal nak ajar orang yang menggunakan tangan kanan. Menulis pun begitu.hihi. Sabar je la.. Sampaikan dia naik marah sasaran tak mengena, lepas itu merajuk, haha..

  Bercerita bab sukan ini UA rasa elok kita dedahkan pada anak-anak seawal usia 5tahun. Bersukan boleh membuatkan anak-anak fokus, selain mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah, bersukan juga menyihatkan badan. Pilihlah satu sukan yang sesuai dengan anak-anak kita, dan yang lebih penting patuh syariat, menutup aurat barulah selari dengan cara hidup kita sebagai muslim.

Selain membuat kan badan sihat, sukan juga boleh dijadikan kerjaya, bersukan untuk negara yang sekaligus boleh memupuk semangat cintakan negara dan menaikkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.

Insyallah, memandangkan suami UA dulu pun bersukan wakil negeri, jadi suami memasang berniat untuk melibatkan Afrina dan Adriana dalam bidang sukan memanah ini, UA pun menyokong 100%, mana tahu boleh jadi ahli sukan profesional satu hari nanti , memberi sumbangan pada negara. Insyallah doakan ya.


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. WOW!!! good job la UA and family. Please bgtau kat mane ni..kalau dekat boleh diusahakan jugak ni. Menarik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah UA punya tempat kt meru klang nany.. tpi kalau jauh ada juga di tmpt lain rasa. nnti nany beritahu UA tinggal mana ya..

      Delete
  2. fusyooo. ada kelab memanah la. adriana dengan afrina join pula tu, macam best je. kita nak join juga boleh x? hehehehehehe...

    kemain golf. kita pun dah besar baru tau golf tu apa hahaha

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib