Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 11 April 2016

VAN LELA HIPHODDY | GAYA HIJAB TRENDY, SELESA DAN MUDAH!

Ummul Azkee

VANLELA HIPHODDY | instant hoody yang bergaya, selesa dan mudah dipakai

    Pagi semua!Pagi ini UA ingin berkongsi pengalaman UA memakai hiphoody dari Van lela. Alhamdulilah rezeki sejak bergelar blogger makin bertambah. UA dapat Vanlela Hip Hoddy ini dari 1st EFGathering yang lepas,Terima kasih atas tajaan.Tak terjangka rezeki kami, walaupun pada mulanya hanya ingin buat secara kecil-kecilan tapi betul lah kata-kata orang kan.. rezeki itu bukan hanya duit, tapi juga dari sumber yang tidak kita sangkakan.

    Buat pngetahuan semua, Van Lela HipHoddy merupakan hijab keluaran ketiga oleh Van Lela Online Store. Sebenarnya Van Lela HipHoddy ini adalah hijab berkonsepkan hijab instant yang mudah dipakai tanpa menggunakan sebarang pin, hanya sarung sahaja dan dalam beberapa minit siap untuk di gayakan bersesuaian dengan tagline nya "easy-to-wear dan easy-to-maintain".Stail hijab instant ini sangat mendapat sambutan dari wanita berhijab kini kerana lebih mudah dan menjimatkan masa, lebih-lebih lagi UA, ibu dengan dua puteri ini, kadang nak ke mana-mana perlukan masa untuk bersiap.

    Dalam pemakaian hijab, pemilihan fabrik sangat penting bagi memastikan kita selesa,lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia agak panas. Van Lela HipHoddy, menggunakan fabrik linen silk yang ringan, lembut dan sejuk sememangnya sangat selesa dan sesuai dipakai oleh wanita berhijab di Malaysia. UA yang mempunyai kulit agak sensitif dan tak tahan berpeluh pun sangat selesa dengan material fabrik yang di gunakan pada Van Lela HipHoddy ini. Sememangnya sangat selesa!

   Dan apa yang UA paling suka tentang Van Lela hiphoddy ini adalah pilihan warna nya yang pelbagai dan memang 'in'dengan trend warna terkini. Ada 20 warna pilihan untuk dipilih dan kalau mahu kumpul kesemua warna pun menarik juga kan?Hari itu UA dapat warna 'emerld green'. Cantik sangat warna ini!











   Mungkin apabila lihat gambar di atas Van Lela HipHoddy ini nampak pendek tapi jangan risau kerana atas permintaan ramai Van Lela ada customade size XL yang lebih labuh. So, no worries
..semua orang pun boleh bergaya dengan Van Lela HipHoddy ini.

UA wearing Van Lela HipHoody on sunny day, muka masam bukan tak suka tapi panas. :p


       Jadi pada siapa yang berminat bolehlah dapatkan di alamat dibawah ya! Dibeli sebagai hadiah pun sesuai kerana Van Lela HipHoddy didatangkan dalam kotak yang sangat cantik!





Vendor :

VENDVILLE


42, 46, 48, Jalan Pju 5/20D, The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.


IG : @vendville




VENDOROUTE
GF Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
IG : @vendoroute




SAPPHIRE PREMIER VENDOR BOUTIQUE
Kompleks Mutiara Pernama, Jalan Hospital, Ipoh, Perak, Malaysia.
IG : @sapphire.premier
Whatsapp : 0102692628

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. Cantik juga colour hijau turqoise tu Ummul.. hehheehhee..

    Alaa.. mata Ain ni kan semua colour pun cantik.. susah la nak pilih.. :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib