Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 26 April 2016

SKETCHBOOK | Wacon Bamboo Fun sketching

Ummul Azkee

Berjinak-jinak dengan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch


     Dari 2 minggu yang lepas UA baru sahaja berjinak-jinak menggunakan Wacon Bamboo,salah satu gadjet untuk designer dan digital artist gunakan untuk hasilkan digital artwork secara freehand tanpa gunakan mouse. Sebenarnya UA lebih suka gunakan cara tradisional,hasilkan karya menggunakan pensel, watercolour, arcylic dan  pelbagai lagi bahan. Feeling dalam menghasilkan karya mengunakan gadjet dan peralatan lukisan berlainan sama sekali bagi UA. Apabila kita gunakan peralatan lukisan tiada batasan dari segi ruang dan lebih selesa, berbeza apabila kita menggunakan gadjet yang agak terbatas dan perlu mengawal tangan dan tumpuan mata lebih terarah pada skrin komputer. Akan tetapi setelah mencuba Wacon Bamboo Pen & Touch ini, UA rasa seronok pula.
hehe.. Disebabkan permintaan hasil karya dalam bentuk digital amat menggalakkan UA rasa tak salah UA beralih arah pada cara digital. Tapi cara tradisional tetap di hati UA,maklumlah UA ini bekas pelajar Seni halus, walau macam manapun cinta pada gaya yang agak tradisional itu masih di hati.




   Semuanya bermula apabila ada satu pihak yang menghubungi UA, mencari ilustrator untuk satu projek buku cerita dan mereka mahukan hasil karya berbentuk digital. Dan beliau mnecadangkan UA menggunakan Wacon. Jadi UA pun bertanyakan adik UA tentang gadjet ini dan kebetulan adik ada, jadi dia pinjamkan pada UA memandangkan dia tak gunakan lagi.




   Percubaan pertama agak lama dan tak berapa jadi lukisan UA, maklumlah masih baru tak berapa biasa dengan pen dan pad wacon Bamboo ini. Agak janggal, tapi rasa seronok sebab perkara baru kan. Sebelum ini masa belajar kami hanya gunakan mouse untuk buat rekaan di photoshop, agak leceh dan memerlukan tumpuan sepenuhnya. Dengan adanya wacon bamboo ini rasa sangat memudahkan UA sebab cara melukis masih sama mengunakan pen.




      Apabila sudah rasa agak selesa UA beralih pada page baru dan cari gambar menarik untuk cuba melukis dengan lebih baik menggunakan  bamboo ini. Jadi UA pilih gambar bunga raya dan mula hasilkan  lakaran sebagai permulaan. Selepas ini mahu prakits mewarna pula dengan harapan skill melukis dan mewarna UA menggunakan wacon bamboo pen akan lebih baik dari hari ke hari. Terima kasih pada adik pinjamkan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch yang sememangnya sangat best! Doakan UA dapat peluang untuk hasilkan karya yang di tawarkan ya..Sekian

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. bestnya orang ada bakat melukis ni...pssttt..akak suka lukisan tau....

    ReplyDelete
  2. Mummy dh try tapi tak puaslahh.. kolot sikit mummy ni nak jugak guna pen dan pencil..

    ReplyDelete
  3. Nanti dh terror senanglah kan, takyah susah2 cari kertas.. cepat dan pantas !

    ReplyDelete
  4. nak tengok hasil bila lukisan tu dah diwarnakan nanti :)

    ReplyDelete
  5. Waktu saya masih bersekolah, saya aktif dengan building my own website, lukis menggunakan Photoshop and Illustrator, using mouse. We both know how struggle we are with doodling whatsoever. Bila market mula memperkenalkan gadget tu, me myself sanggup kumpul duit nak beli, but ended up tidak sebab busy dengan universiti. I wish I had one though... nak asah bakat semula huhu

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib