Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 23 April 2016

Menu kambing yang lazat hanya di CAFE CERITA KAMBING!

Ummul Azkee

CAFE CERITA KAMBING | BUAT SI PENGEMAR MENU KAMBING DAN NASI BERIANI


     Sedapnya Kambing! Teringat-ingat makan kambing bakar di 1stEFGathering hari itu. Memang serius sedap sangat!  Tengok gambar pun sudah terliur ni! gulpp! Dulu sebelum UA kawin UA bukan lah penggemar kambing, tengok kambing tak ada pun terliur, macam tak ada perasaan. hehe..berlainan sangat dari sekarang, kini mengilai sangat menu kambing, selepas kawin selera UA berubah. Suami UA suka makan dan kambing adalah salah satu favourite dia, jadi lama-lama dari merasa sedikit teruslah tersuka tanpa sengaja.hehe..




       Nak masak kambing kena pandai, kalau tak pandai dan tak kena caranya memang akan berbau. Sejujurnya UA tak pernah menu masakan berasaskan kambing, selalu kalau teringin makan di kedai sahaja atau makan di kenduri. Tak pandai nak masak dan tak berani nak cuba lagi.. Selalu pergi makan kari kambing di Kedai mamak sahaja. Lepas ni boleh lah perg makan di Cafe Cerita Kambing. Taklah jauh mana dari pj ni.


  
     Dimana lokasi Cafe Cerita Kambing ini? Berita baik buat mereka yang tinggal lembah klang dan warga shah alam yang termengidam kambing bakar selepas nampak gambar di atas ini, Cafe Cerita Kambing ini terletak di Anggerik Mall di Shah Alam. Siapa yang berdekatan boleh lah singgah makan di sini. Rugi kalau tak merasa, memang sedap kambing bakar dia. Selain kambing bakar, menu Nasi beriani, kambing masala dan juga ayam merah juga ada disediakan.







  Menu utama Cafe Cerita Kambing adalalah briyani Kambing Masalla. Sesiapa yang belum pernah merasa bolehlah datang kesini dan merasai sendiri keenakkan kambing bakar beserta briyani Kambing Masala. Menu minum petang juga ada disediakan yang terdiri dari makanan tradisional melayu seperti ubi rebus sambal tumis, pengat pisang, lepat dan banyak lagi. Cafe Cerita Kambing di buka setiap hari dari 7pagi sehingga 6 petang. Dengan tiga hidangan, Sarapan pagi,dari pukul 7pagi hingga 10.30pagi. Makan tengahari pula bermula dari pukul 4petang dan juga minum petang dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Sedapnya lah tengok gambar, lepas ini nak ajak suami UA ke sini la, terliur sudah! ;)

  Oh ya sebelum terlupa, Cafe Cerita Kambing juga ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis.




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. HUwaaa...kejamm!!! leleh air liur I...hahah! slurrppp~~

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa kambing!! Menu kegemaran ni!

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib