Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 12 April 2016

JOM KITA KE NICKELODEON LOST LAGOON MALAYSIA!

Ummul Azkee

Nicklodeon Lost Lagoon Di Malaysia

Nickelodeon Lost Lagoon tarikan terbaru untuk keluarga dan kanak-kanak

         Siapa tahu, kini ada Nicklodeon Lost Lagoon di Malaysia? Seriously, UA pun baru tahu selepas Adriana tunjukkan iklan taman tema ini di suratkhabar The Sun, punyalah dia excited  dan kata "jomla pergi sini,ibu.." hehe.. Tahu apa yang menarik perhatian sampaikan dia tunjuk dan ajak pergi semestinyalah sebab nampak si Spongebob squarepants tu.hehe..Terang-terang iklan itu untuk tarik perhatian budak.Tengoklah gambar di bawah ini, gambar ini lah, dengan warna warni nya kan, memang menarik perhatian sungguh kan.haha..


  Yang sebenarnya UA pun agak tertarik nak ke sini..tengok macam best je walaupun tak berapa suka bab main air ni.hehe.. tapi memandangkan hari itu dapat tiket percuma rasanya sayang kalau tak bawa anak-anak ke sini. Kerana anak ku turutkan. Insyallah kita  pergi ya anak-anak.

Di Mana lokasi Nicklodeon Lost Lagoon? 

   Siapa bijak dan baca entri UA sebelum ini mesti tahu di mana.. Lokasi Nicklodeon Lost Lagoon ini
semestinya di Sunway Lagoon yang terletak berhampiran dengan Sunway Piramid,Bandar Sunway,
Selangor. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor mesti tahu di mana lokasi Nicklodeon Lost Lagoon ini. Perlukan alamat lokasi? Ni UA bagi, senang nak waze kalau tak tahu jalan ke sana.


              Sunway Lagoon, 3 Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor


APA YANG MENARIK TENTANG NICKELODEON LOST LAGOON?


  Pada UA banyak juga tarikan di Nickelodeon Lost Lagoon ini, yang pertamanya buat pengetahuan semua, Nicklodeon Lost Lagoon ini merupakan taman tema Nickelodeon pertama di Asia. Asia, maknanya tiada  di singapura, di filipina maupun mana-mana negara asia lah kan hehe..Malaysia adalah yang pertama. Rugi kalau kita tak pergi!

  Melihat dari gambar-gambar di laman web sunway lagoon memang mengujakan tempat ini, besar berkeluasan 10 ekar. dan berkonsepkan natural rainforest yang dikelilingi pokok-pokok yang menghijau sangat menarik perhatian UA yang sukakan suasana nyaman.


  
Terdapat lebih daripada 12 permainan air menyeronokan yang sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga mahupu mereka dari pelbagai peringkat umur. Nak tahu apa yang menarik dan menyeronokkan di sini, jom cuci mata gambar di bawah ini.













    Nampak seronok kan?  UA yang tak berapa suka main air pun jadi terpengaruh haha..tapikan yang paling seronok untuk kanak-kanak di sini ada mereka boleh jumpa karakter kartun nickelodeon kesukaan mereka seperti Spongebob, Patrick, Dora dan Boots dan Ninja turtlers. UA pasti sangat anak-anak akan teruja dan seronok apabila dapat berjumpa dengan karakter kartun nickelodeon kesukaan mereka. Nak tahu apa karakter kartun kesukaan adriana? Semestinya ninja turtles, bila UA buka laman facebook sunway lagoon dan nampak gambar di bawah ini lagi lah dia excited. Siap lukis lagi! Afrina? dia so-so je sebab mungkin da besar hehe.. Rasanya teruja juga macam Adriana apabila berjumpa karakter kartun Nickelodeon tu. Insyallah kami dalam perancangan ke sini. Sudah beritahu bos besar, tunggu masa yang sesuai sahaja nak ke sana. Mungkin cuti sekolah akan datang. Insyallah!


   Pada yang berminat dan ingin mengunjungi Nickelodeon Lost Lagoon ini dan mahu dapatkan maklumat tentang harga tiket dan juga lain-lain informasi, boleh kunjungi www.sunwaylagoon.com
atau hubungi di no. 03-56390000

ps; sumber gambar dari laman facebook dan laman web sunway lagoon

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. menarik!!!!
    sunway lagoon satu lagi taman tema aida lom bwk anak2 tau UA.
    yg jauh da gi, yg dekat ni hah lom jengah lagi :)

    ReplyDelete
  2. wah UA sebenarnya saya yang duduk di area lembah klang ni pun baru tahu bila baca entri UA ni.. hihihi.. ada additional park lar nampaknya kat sunway lagoon.. ☺️☺️

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib