Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 27 April 2016

Fotografi | Taman Wetland,cipta momen indah bersama!

Ummul Azkee

Taman Wetland | Lokasi menarik untuk outdoor fotografi


        Seperti yang janjikan, UA ingin kongsikan foto- foto yang UA capture semasa Afrina main bubbles di Taman Wetland yang terletak di Putrajaya, hari yang sama Sport Days Adriana beberapa minggu lalu. UA hanya gunakan smartphone sahaja, al maklum tak ada kamera canggih hehe.. Smartphone pun jadi lah, janji dapat simpan momen indah dengan keluarga itu pun satu kenikmatan pada UA. Insyallah ada rezeki satu hari nanti mahu juga miliki kamera canggih. Amin, moga termakbul sebab UA sangat sukakan fotografi. Fotografi juga merupakan satu cabang seni, ini diakui kerana fotografi termasuk dalam salah satu jurusan Seni lukis dan seni reka di Universiti.

       Betul, semua orang mampu capture gambar menggunakan kamera..tapi merakamkan gambar secara kreatif tak semua orang mampu. setuju tak? Apabila kita memegang kamera, satu perkara yang kita perlu peka adalah sudut maana yang paling menarik untuk kita rakamkan.

       Selain dari itu faktor lokasi dan cahaya sangat memainkan peranan bagi menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Teringat dulu UA pernah ikut rakan sebilik yang ambil subjek Fotografi keluar seawal pagi hanya kerana inginkan gmabar yang cantik.Ternyata cahaya matahari sangat menyumbang kepada cantiknya sesuatu gambar itu.

  Terima Kasih Allah, atas cahaya matahari ini yang sangat bermanfaat buat kami.

  "Matahari, Walaupun kadangkala meresahkan, tapi ia dicipta untuk memberi manfaat pada kita,
menjadikan hidup kita bercahaya, terang dari kegelapan dan menjadikan momen indah kita lebih bermakna."

 Selamat menikmati momen indah UA dan suami bersama Afrina, walaupun tak seindah mana.. akan UA simpan kenangan ini hinggan ke akhirnya... 





























































Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan UA... :)


Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. Siqah pun lebih senang ambil gambar guna smartphone je sebab mudah dibawa. Kalau dslr agak berat tapi gambar sure lawa. Dan betul UA, cahaya matahari memainkan peranan penting dalam gambar yang cantik :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya anak- anak main belon giant tu ha....sesekali bonding time ngan family memang perlu...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib