Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 25 April 2016

Demi Izzati | Kisah benar seorang gadis.

Ummul Azkee

Demi dia, Izzatie Suhaide


   Demi Izatie. ok tak buat tajuk novel pertama UA? Terasa mahu cuba menulis novel pula rasanya. hehe..Sebenarnya UA ada juga cuba menulis satu cerpen tapi  tak pernah lagi hantar di mana-mana. Rasa nak buat novel la tentang gadis bernama, Izzati Suhaide ni..base on true story. Mesti laris di pasaran nanti kan. haha..

Izzatie suhaide


   Ok, tak nak mengarut lagi. Entri kali ini ditujukan khas buat rakan blogger UA, Izzatie Suhaide. Sesuailah kan tajuk dia, DEMI IZZATI. hehe.. UA bertemu izzatie di EFG, Kami setiap hari berbual mesra di whatsapp tapi tak pernah pun bersua muka lagi. Walaupun tak pernah berjumpa, Dia sudah UA anggap seperti adik. Kerap kali kami berbual tentang hidup dan kadangkala UA jadi tempat dia mengadu masalah hehe.. Dia selalu minta pandangan UA dalam sesuatu perkara, dan sebagai kakak UA selalu nasihatkan dia.

  Mengetahui tentang kisah hidup dia sebagai remaja, mengingatkan UA pada zaman remaja UA.
Tentang apa? Itu rahsia! hehe.. Gadis comel dan genit ini berasal dari Kelantan dan merupakan Alumi Uitm yang berkelulusan Ijazah Statistik dan kini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian muslimah secara Online. Siapa berminat boleh lah lawati instagram : @iz_hijabist .



       Izzatie atau lebih mesra dengan panggilan 'zati' oleh kami di EFG ni sudah lama berblogging, sejak dari tahun 2010 lagi dan blog nya banyak berkisarkan tentang kehidupan nya dan juga banyak mengupas persoalan hati dan perasaan sebagai seorang perempuan. UA kagum dengan penulisan jujurnya tentang hati  dan perasaan seorang perempuan. Dia berani meluahkan pendapat dan isi hati dia sebagai seorang perempuan yang mungkin tak dapat difahami oleh kaum lelaki.

 Sejujurnya tak semua perempuan mampu lakukan seperti yang dia luahkan pada blognya. Jadi sesiapa yang teringin baca penulisan gadis genit ini bolehlah ke http://izatie91.blogspot.com/ dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Sebelum itu nak beritahu, dia masih single.. but not available.. hehe.. Sekian, buat kali ini. Sampai jumpa lagi di entri akan datang. Insyallah :)



   




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. Hahaha..wah2... Pengakuan berani sangat ni..tenkiuuu kakak ku syg..mmuahhh..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib