Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 23 April 2016

Cara dapatkan kembali ENTRI yang hilang di Blogger

Ummul Azkee

CARA MUDAH DAPATKAN KEMBALI ENTRI YANG HILANG


    Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu..Sebenarnya tak nak cerita pasal ni sebab UA tak nak lah bagi aura negatif pada orang lain, rasa tak seronok..Tapi tak apalah, mana tahu boleh jadi pengajaran kan. Seminggu ni UA rasa down. Semuanya bermula dari ahad lepas,masa itu tengah semangat nak menulis di blog. Tengah semangat nak menulis tiba-tiba tengok banyak entri UA hilang..lebih 20 entri. Puncanya sebab UA delete draft di apps blogger. ingatkan tak effect pada entri blog sebab ada senarai publish entri. Rupanya relate, jadi hilang semua entri UA.


 Hm.. sedih tak payah cakap lah, terus tak ada mood nak menulis entri. Faham tak sedihnya macam mana apabila kita memang all out untuk setiap entri, lebih-lebih lagi dengan masa yang terbatas tahun ini. UA curi masa menulis di sini kerana kekangan masa dan tanggugjawab sebagai isteri dan ibu. Menulis sudah menjadi passion UA selain seni, bila jadi macam ni UA memang frust la juga.

    UA rasa agak kecewa, dan dalam delima samada nak tulis balik atau tak..sebab banyak  20 entri. Feeling dan ayat pasti tak akan sama apabila kita perlu buat kali kedua kan. Dalam tengah sedih-sedih tu seorang kawan blogger cakap lah, cuba google , rasa ada cara untuk dapatkan kembali entri publish yang hilang di Blogger. Sebab sedih memang UA tak terfikir langsung nak google. Lepas kawan blogger tu bagi cadangan, UA terus google dan alhamdulilah UA temui juga cara dapatkan kembali entri UA yang hilang.Tapi ada juga 2 entri yang UA tak dapat jejaki. :(

   Banyak juga langkah dia, tapi UA guna cara paling mudah, copy &paste. sebab melalui pembacaan
blog yang UA dapat itu, katanya entri yang hilang takkan ada dalam tempoh masa yang lama. Jadi UA ambil jalan yang paling mudah, supaya cepat UA boleh kembalikan entri itu pada blog UA. UA jumpa lah entri UA yang hilang itu, nak mengingat kembali kesemua entri yang hilang itu. Nasib baik lah ada detail komen terdahulu dalam blog, UA jadikan rujukan di situ.. Terima kasihlah kawan-kawan yang rajin komen, kamu semualah penyelamat, walaupun komen-komen itu takkan ada lagi di dalam entri UA. Sedih! UA seorang sahaja yang boleh baca.. hm.. 

  Jadi UA nak kongsikan cara paling mudah kita nak cari Entri Publish yang hilang..manalah tahu kalau rakan-rakan blogger perlukannya satu masa nanti..





1. Mula-mula taip https://www.google.co.id/ 






2. Selepas itu masukkan link blog kita cth : www.housewifearts.blogspot.my di kotak google search
    bersebelahan link blog masukkan pula tajuk entri kita yang hilang (pastikan tajuk penuh). Setelah 
    tu klik enter.





imej dari ujangyoyo.blogspot.my

3. Jika entri tersebut masih masa klik pada anak panah kecil di tepi link entri tersebut dan klik cache.





imej dari blog ujangyoyo.blogspot.com

4. Detail entri akan muncul setelah itu dan boleh di copy &paste pada new post blog. Sekiranya mahu gunakan tarikh entri publish bolehlah lihat di bawah link entri carian awal tadi (no.2)




  Semoga bermanfaat buat semua.. :)








Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Owhh...thank you for sharing UA. Seriously, berguna sangat ni di masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Sayangnya banyak entri hilang semua. Huhu. Nasib baik boleh dapatkan balik. Kalau siqah pun sedih camtu. Dahlah jenuh nak menulis lagi. Dan masa pun tak banyak kan.

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib