Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 16 April 2016

Brainybunchsportsday2016 | Pengalaman pertama Adriana

Ummul Azkee

      

BRAINYBUNCHSPORTSDAY 2016 | 9APRIL 2016

     Pejam celik,pejam celik hari ini sudah hari jumaat, dengan kesibukan menguruskan rumah tangga, anak-anak, artwork dan blog.. terasa cepat betul masa berlalu. Baru malam ni lah UA boleh mengadap blog berlama-lama, hari sekolah memag sibuk sangat. Jadi sebelum cerita ini jadi basi baik taip danpublish cepat.hihi..

     Pada yang ikuti facebook dan ig UA mesti tahu kan, sabtu lepas Adriana ada sports day. Saja UA nak simpan memori dan foto di sini sebagai kenangan dengan coretan panjang lebar hehe.. Tahun ini tahun pertama Adriana bersekolah dan sabtu lalu of cause lah pengalaman pertama Adriana sertaiSports day, 2 tahun lepas hanya sebagai penyokong kakak sahaja.Tahun ini kakak pula datang sokong adik,tapi tak ada lah sokong sangat pun. Kakak pula berdrama lebih hari itu.huh. 


     
     Macam biasa ibu lah ecxited lebih, setia berpanas di tepi padang sebab nak tengok Adriana dan kawan-kawan main games. Ibu-ibu memang lah begitu kan? hehe.. Sabtu hari itu seawal pukul 6 kami dah bertolak dari rumah. Kali ini sports day jauh nun diadakan di Taman Wetland Putrajaya. Adrianaecxited lah, berminggu-minggu praktis di sekolah, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Bangun pun senang tak macam hari sekolah berdrama bagai pagi-pagi hari. hehe.




          Disebabkan cuaca yang terlalu panas sekarang ini, maka acara bermula seawal 7.30 pagi pada hari tu, berbeza tahun sebelum ini yang dibuat di dewan tertutup kerana jerebu. Seronok juga buat di tempat terbuka ini,suasana memang berbeza sangat dari tahun lalu. Baru 'feel', sports daykatakan. 

           Acara hari itu dimulakan dengan kawad anak-anak kecil ini dengan maskot comel loteh yang bertemakan planet-planet diwakili bagi setiap cawangan sekolah. Ada pluto,venus, bumi dan lain-lain. Selepas itu macam biasa lah ada nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah ikrar dan warming up sebelum acara bermula.




    


       Pada hari itu Adriana main dua games, dapat lah UA snap satu dua gambar hari itu, Sebenarnya ada ramai school photographer snaps gambar anak-anak ini dari dekat tapi yang sedihnya gambar Adriana tak ada. hm.. Masa kakak tahu lepas ada juga satu dua gambar close up.. tak ada rezeki Adriana, mungkin sebab cuaca terlalu panas ke atau terlepas pandang. hm..ralat ibu.




   tapi seronoklah hari itu tengok gelagat anak-ank kecil ini main games, lagi seronok tengok anak-anak playhouse yang berumur 3-4 tahun (berbaju pink). Ada yang menangis tak nak main, ada yang berputing haha, ada yang seronok, lompat-lompat bila denga lagu hehe.. Sampai ada kami yang parents ini tergelak-gelak tengok gelagat anak-anak kecil ini.hihi..















  Acara pun tak banyak di buat,,satu sahaja untuk anak -anak playhouse, secepat mungkin dan santai sebab budak-budak, tengah panas kalau lambat sangat makin meragam pula semua.hehe..Tapi terselit juga lah acara untuk parents. dan selepas selesai semua acara, terus semua diberi medal.





    Sekitar pukul 10.30 majlis pun tamat dan sempatlah UA melayan anak-anak main bubbles. Seronok lah Gegirl. Moga terhibur tengok gambar anak-anak kecil ini bersukan. Insyallah tahun depan Adriana akan sertai sports day lagi di sekolah yang sama. Sebenarnya ada banyak gambar cantik Afrina mainbubbles waktu matahari naik hari itu dengan babah dia, nanti UA kongsikan di entri akan datang. Selain tengok gelagat anak-anak kecil ini bersukan ,sebenarnya UA seronok snaps gambar juga.UA suka sangat photography walaupun tak ada camera canggih!hehe..nantikan ya!Terima kasih sudi baca coretan UA.









Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Yeayy..dah ade balik! takper..sebab aunty nak kasi support kat Adriana and your mom too..aunty komen balilk yer. Tahniah Adriana! and to UA...seronok kan bila kita abadikan kenangan anak kita macam ni. So that nanti bila besar die boleh tengok balik...mengimbas kenangan sangat. Take care UA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you nany for your support! appriciate sgt..

      Delete
  2. manis senyuman Adriana ni.. ada lesung pipit hujung bibir.. :)

    yang siap hisap puting tu kelakar..!! hahahahaaa.. saje je muka..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib