Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 25 March 2016

Yusmizee Naturopathic Centre merawat secara alami

Ummul Azkee

Rawatan tanpa ubatan di Yusmizee naturopathic centre 




   Apabila kita sakit, selalunya  tempat pertama dalam fikiran kita pastinya klinik kan? Jarang sekali kita terfikir untuk menjalani rawatan secara semulajadi seperti mengunakan bahan alami atau gunakan kaedah rawatan seperti bekam,akupuntur atau rawatan secara tradisional seperti urutan tradisional mahupan mengamalkan pengunaan herba berbanding ubat.



  Dahulu UA pun kurang ilmu tentang rawatan secara natural ini. Dari kecil UA megalami masalah kulit sensitif, ekzema dan juga masalah resdung yang agak serius hingga menganggu urusan seharian UA. Hingga hari ini UA masih alami masalah yang sama. Jujurnya dari dahulu UA banyak bergantung pada ubat-ubatan yang tidak diketahui bahan nya,ada yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Namun atas kesedaran tentang bahaya ubat dan steroid hingga menyebabkan kematian dalam satu artikel menyebabkan UA sedar bahawa selain ubatan-ubatan masih ada alternatif lain yang lebih selamat seperti kaedah naturopati.

   Sejak dari hari tersebut, UA menghadkan pengambilan ubat-ubatan bagi mengelakkan diri terlalu bergantung pada ubat. Kalau dulu sakit sikit pasti akan pergi klinik dan dapatkan ubat untuk rawatan. Kini tidak lagi. UA lebih amalkan pengambilan bahan-bahan semulajadi dan sunnah untuk merawat ekzema seperti madu. Selain itu UA juga mendapatkan rawatan resdung di pusat rawatan resdung
terdekat.


  Bagi yang mengalami sekecil-kecil masalah kesihatan seperti selsema,resdung,
atau alahan kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kencing manis,sakit jantung tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan secara perubatan bolehlah cuba rawatan secara semulajadi di Yusmizee Nuropathic Centre yang terletak di Melaka.


  Di Yusmizee Nuropathic Centre terdapat pelbagai rawatan semulajadi di sediakan seperti rawatan resdung, rawatan bekam,rawatan sakit pinggang,terapi pembetulan sakit tulang belakanh,akupuntur sinergi , urutan tradisional dan juga penawar herba hemopati.

Untuk maklumat lanjut boleh lah lihat di bawah ini

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Tahun ni belum lagi buat bekam sunnah, macam nak buat kat Melaka dgn DrN Yusmizee, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Bonde macam nak cuba Bekam tu... buang darah kotor bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummul pun tak pernah buat lagi..insyallah nanti nak buat juga.baru2 ni suami buat

      Delete
  3. Pernah PapaG berbekam memang best. Insyallah satu hari nanti nak cuba berbekam di sini.

    ReplyDelete
  4. First time ain berbekam dulu memang takut2 sebab ingat sakit tau.. tapi rupa-rupanya tak sakit pun.. mala lepas berbekam tu badan rasa ringan, senang bangun tidur dan jerawat pun makin baik.. :)

    nanti nak cuba lagi berbekam tapi kat Yusmizee ni pula..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib