Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 3 March 2016

Tip Penjagaan kulit bagi pesakit Ekzema

Ummul Azkee

Tip Penjagaan kulit bagi pesakit Ekzema


         Ekzema, mungkin ada yang tidak tahu apa itu ekzema. Bagi yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang menghadapi masalah ini tahu mengapa ia terjadi dan bagaimana deritanya pesakit ekzema ini. Buat pengetahuan semua, UA merupakan pesakit ekzema sejak dari kecil lagi dan jujur nya penyakit amatlah mengganggu kehidupan seharian UA lebih-lebih lagi di musim panas ini. Deritanya hanya mereka yang mengalami boleh memahami. Jadi UA ingin berkongsi sedikit info dan tip yang UA jumpa dari sebuah akhbar. Sudah lama UA  tulis dan simpan info ini.




 APA ITU EKZEMA?

  - Ekzema juga dikenali sebagai DERMATITIS ATOPIK
  - ia terjadi disebabkan jangkitan kuman, tekanan perubahan cuaca dan juga alahan habuk
  - kombinasi bagi asma dan alahan. Ada yang mengalami ketiga-tiga penyakit,ada juga salah satu
    dua dariapdanya 
 - pesakit ekzema perlu sentiasa memakai pelembap/ lotion
 -  pembersih baadan juga perlu pencuci bebas sabun
 - lembapan terbaik adalah tanpa haruman dan kaya dengan emolien
 - bagi bayi pula, susu formula yang mengandungi protin hidrous
 - seeloknya mulakan makanan tambahan lebih daripada 6 bulan bagi bayi 
 -ekzema juga terjadi disebabkan kulit kering dan kekurangan air.


TIP PENJAGAAN KULIT PESAKIT EKZEMA

- Elakkan bahan pencuci kasar, logam dan kosmetik
-Elakkan pembersih detergan, losyen selepas cukur, sabun, gasolin dan turpentine
- Pakai sarung tangan (plastik atau Vinil)
-Jangan beli baju atau pakaian dari fabrik bulu atau sintetik
-Pakai fabrik kapas atau kombinasi kapas
-mandi guna air yang sejuk atau suam
-berendam dalam tub mandi 15-20mint
-gunakan tuala lembut
-jangan menggaru kulit
-selesai mencukur terus spauka pelembap/lotion
-elakkan losyen yang ada pewangi atau bahan tambahan
-gunakan lotion setiap hari
-elakkan aktiviti yang membuatkan terlalu panas atau berpeluh
-kurangkan stress
-teruskan tip-tip walaupun selepas kulit sudah pulih.


    UA harap tip ringkas mengenai ekzema dapat membantu  pada mereka atau kaum keluarga yang menderita  menghadapi peyakit ini. Tips di atas hanya tip penjagaan sahaja, sekiranya keadaan kulit semaikin teruk adalah lebih baik kalau mendapatkan bantuan mereka yang pakar.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Penjagaan harian dalam kes ekzema ni memang agak istinewa dan kalau boleh gunakan produk mandian dan cucian tu guna produk organik.

    ReplyDelete
  2. bagus info yang dikongsikan ni..

    Jalan2 sini
    Blog Ahmad Hasif

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik. Cik Puteri pun ada juga ekzema

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib