Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 13 March 2016

RESEPI SOTO AYAM SAMBAL KICAP CILI PADI

Ummul Azkee

MENU ISTIMEWA HUJUNG MINGGU

SOTO AYAM SAMBAL KICAP BERSAMA BEGEDIL

      Selamat petang semua, selamat berhujung minggu.. UA sibuk betul sejak dua menjak ini. Lama dah teringin makan soto ayam sambal kicap bersama bergedil ini. Mengidam! hehe.. baru hari ini berkesempatan masak huhu.. dari pagi hari ini bertapa di dapur menyiapkan menu ini. Almaklum banyak juga yang perlu disiapkan kan. Rebus nasi impit lagi, rebus  kentang lepas itu rebus ayam, goreng begedil, tumbuk cili padi untuk sambal kicap dan masak sup nya. Ha, banyakkan task nya. hihi..

  Nampak memang mudah dan remeh, tapi makan masa. Lebih-lebih lagi kalau kita seorang yang
buat. Maklumlah anak dara kecil lagi. hehe..Tak sabar tunggu Afrina dan Adriana besar. Ada geng masak memasak. hehe.. Teringat dulu kalau umi yang buat soto ini, kami adik-beradik dapat seorang satu tugasan lagi. Baru lah cepat siapkan. hehe..




RESEPI SOTO AYAM SAMBAL KICAP BERSAMA BEGEDIL KENTANG

BAHAN-BAHAN

Nasi impit
Bawang goreng
Bergedil kentang
Kacang tanah
Suhun
Ayam ( direbus,dicarik dan digoreng)
Sambal kicap


SUP AYAM

2 biji bawang merah}  1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2inci ditumbuk halus,
6 ulas bawang putih}   selebihnya dipotong halus
4 inci halia
daun sup
Ayam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)
air rebusan ayam
sup bunjut
kiub pati ayam


1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.

2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. masukkan kiub ayam dan kcau.setelah itu masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam(dari isi ayam yang direbus)

3. Masukkan ayam, bawang merah,bawang putih dan halia yang dihiris pula.

4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. biarkan hingga mendidih.

5. Akhir sekali,masukkan daun sup.




BEGEDIL KENTANG

6 biji kentang
daun sup
bawang goreng
telur

1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.

2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.

3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.

4. Bentukkan kentang tadi. dan sedia untuk digoreng.

5. Pukul telur, panaskan minyak. 

6.Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. siap!


SAMBAL KICAP

20 biji Cili padi hijau
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula pasir
kicap secukupnya

1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.

2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat.masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.

3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya.siap!


Siap untuk di makan, Selamat mencuba! ;)

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Pandai awak masak :) Nanti anak dah besar, boleh jadi geng masak lah. Mesti syok masa tu. Jangan berterabur dapur sudah. Hii

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib