Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 2 March 2016

Prasekolah atau homeschool,mana satu pilihan terbaik?

Ummul Azkee


Prasekolah atau homeschool, mana satu lebih baik?


    Apabila bercakap mengenai pendidikan awal kanak-kanak selalunya pasti kita akan terbayangkan sekolah bukan? Tidak seperti dahulu, kini terdapat banyak pilihan pra sekolah yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia yang membolehkan ibu bapa memilih yang terbaik untuk anak-anak.

    Selain pra sekolah, kini trend homeschool turut menjadi pilihan sebahagian ibubapa di Malaysia. Persoalannya yang mana satu lebih baik? Sebelum menulis lebih panjang lebar, suka UA ingatkan entri ini bukan bertujuan untk mempersoalkan mana-mana pilihan ibubapa. hanya sekadar menyatakan pendapat dari sudut pandangan UA.

    Memandangkan UA ada pengalaman anak yang bersekolah di pra sekolah, Jadi UA ingin kongsikan cerita mengenai perbezaan,kelebihan dan juga kekurangan antara prasekolah dan juga homeschool yang mungkin boleh jadi panduan bagi ibubapa di luar sana untuk merancang dan membuat pilihan. Pada UA kedua-duanya bagus dan boleh diaplikasikan sekaligus dalam satu masa.Nak tahu bagaimana, bolehlah baca dengan lebih lanjut.


   Awalnya semasa Afrina berumur 4tahun, UA sebenarnya berhasrat untuk memilih homeschool , kerana waktu itu UA sangat teruja untuk melakukan proses pembelajaran di rumah dengan cara yang kreatif dan menyeronokan. Namun begitu, disebabkan waktu itu Afrina seorang dan tidak mempunyai adik, dia lebih teruja untuk ke sekolah dan kurang bermotivasi untuk belajar bersama UA. Matlamat utama dia ingin ke sekolah waktu itu adalah untuk berkawan. Jadi UA dan suami ambil keputusan menghantar dia ke sekolah, sambil berkawan boleh juga belajar kan.

                             

 KEBAIKAN DAN PERBEZAAN PRASEKOLAH DAN HOMESCHOOL





PRASEKOLAH

1. Selain akademi sebenarnya tanpa kita sedari di sekolah anak-anak kita terdedah pada dunia luar yang mana mereka membolehkan mereka kemahiran bersosial. Dengan berkomunikasi antara satu sama lain, mereka belajar untuk berkawan, bergaul sesama mereka. Dengan pendedahan awal begini, pasti tiada masalah apabila mereka memulakan persekolahan di tahun 1.

2. Melalui pergaulan sesama mereka, secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dikalangan anak-anak kita dengan berkongsi, bertolak ansur, tolong menolong, dan juga berdikari berbanding di rumah yang mana mungkin anak-anak kita akan lebih manja dan  bergantung pada kita sebagai ibubapa.


2. Di sekolah  juga anak-anak lebih bermotivasi untuk belajar dengan dikelilingi rakan-rakan sebaya mereka. Pasti proses pembelajaran lebih seronok apabila mereka sama-sama melakukan setiap aktiviti di sekolah. Persaingan antara mereka dan perasaan inginkan perhatian dan pujian mendorong mereka berusaha belajar dengan lebih baik.




HOMESCHOOL


1. Berbeza dengan sekolah, pembelajaran di rumah sebenarnya bagus juga pada pandangan UA. Tumpuan penuh dapat diberikan oleh ibu sebagai guru, berbeza dengan sekolah yang mana guru perlu memantau beberapa pelajar dalam satu masa.


2. Selain daripada itu dengan pembelajaran di rumah sebenarnya mampu mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu. Melalui aktiviti pembelajaran, komunikasi antara ibu dan anak bertambah rapat dan mesra kerana tumpuan ibu pada anak akan menjadi lebih baik sewaktu prose pembelajaran.


3. Ibubapa juga akan lebih peka dengan minat dan kebolehan anak dalam pembelajaran. Dengan cara ini, ibubapa bolehlah mengetahui kelebihan dan kekurangan anak tentang suatu matapelajaran tanpa bergantung sepenunhya pada guru di sekolah.


4.Masa yang lebih flaksibel berbanding di sekolah, pada bila-bila masa kita boleh menjalankan proses pembelajaran mengikut kesesuaian dan mood anak-anak. Samada waktu pagi,petang ataupun sebelum tidur.


   Seperti yang UA katakan tadi, kedua-dua pilihan ini sama bagus kan. dan pasti ada ibubapa yang merasakan sukar untuk membuat pilhan. tapi percayalah kedua-duanya  boleh diaplikasikan sekaligus.tapi bagaimana? Mudah sahaja, memandangkan kini anak-anak lebih awal di hantar ke sekolah dan kebiasannya selama dua tahun. Apakata pada usia 5 tahun kita lakukan homeschool dan pada usia 6 tahun kita bolehlah hantarkan anak di prasekolah untuk membiasakan mereka dengan persekitaran di sekolah untuk mengelakkan kejanggalan apabila memasuki persekolahan di tahun 1.

   Bagi ibubapa yang bekerja dan meletakkan anak di bawah jagaan nurseri mahupun ahli keluarga, tak perlu khuatir sekiranya anda ada keinginan untuk melakukan homeschool , kerana walaupun anak kita bersekolah atau diletakkan di bawah jagaan orang lain, kita boleh juga mengaplikasikan homeschool ini pada hujung minggu sebagai aktiviti keluarga. Begitu juga pada mereka yang memilih menghantar anak ke sekolah, mereka pun boleh lakukan perkara yang sama. Apa yang perlu di ketahui oleh ibubapa adalah walaupun anak belajar di sekolah, sepatutnya kita sebagai ibubapa turut memainkan peranan membantu guru-guru mendidik sebagai tanda sokongan dan keperihatinan kita pada anak-anak.

Sekian. moga bermanfaat pada semua ibubapa di luar sana.

    











  


  

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. tips yang bagus ni..boleh laa nanti apply bila dh ank nnti...ehhh..hahaha

    ReplyDelete
  2. Thanks dear!!! lately I pun dok pk bende yang sama utk si bongsu ni. He is now 4 yrs old. Macam nak homeschool juga tapi mencabar juga sebab diri sendrik kena displin. Nak buat keje rumah, gi pasar, masak, amik anak..fuhh...hopefully, dimudahkan segala nya la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welcome..bergantung pada kita menentukan yg mana lebih baik.dua2 pun bagus kan..

      Delete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib