CHINESE NEW YEAR STREET PARTY
Isnin kembali!Sebenarnya nak bercerita santai sahaja pagi ini.hehe.Malam minggu lepas UA dan anak-anak menyibuk di majlis sambutan tahun baru cina syarikat suami UA kerja,Mayland tapi majlis itu majlis terbuka la, semua orang dijemput.hehe..Memandangkan suami UA bertugas malam itu, dan seawal 9 pagi sudah ke sana membuat persiapan, dari tiada ke mana UA pun bawalah anak-anak ke sana bersama adik ipar UA.
Majlis ini diadakan di hadapan bangunan pusat membeli belah, berdekatan dengan galeri atau bilik pameran syarikat suami di Plaza Damas. Melihatkan atur cara tak lah begitu lama, dan anak-anak seronok sangat mahu tengok Lion Dance, jadi di sana lah kami habiskan malam minggu kali ini.
Sebelum acara bermula, sempat lah anak-anak seronok bergambar di photobooth dengan auntiesdia yang dua orang itu.hehe..Ibu duduk tepi jer, tak nak interframe.hikhik..
Punya lah seronok anak-anak malam itu, ke sana sini berlari-lari. Penat lah ibu dan babah mengejar (kurus ibu.haha)Yang paling Afrina dan Adriana seronok sebab dapat lihat pertunjukkan lion dance. diikutnya lion sepanjang khemah, usap-usap macam kucing haha..
Selain itu, ada juga clown yang hiburkan semua orang malam itu. Nama dia shakalakabom. Kuat bebelclown ni..hahaha..Ramah dia dengan semua orang tak kira usia.tua dan muda termasuk lah UA, dipanggilnya ku Mommy."She is my mommy" dia beritahu orang lain.haha..
Akhir sekali pertunjukkan lion dance sekali lagi, tapi pertunjukkan kali kedua ini lebih ekstrem, lion dance atas tiang oleh pemain profesional yang pernah memenangi world champion. Meriah sangat malam itu.Anak-anak lah yang paling seronok. Ibu pula dapat nenas berbiji-biji hehe.. Nak tahu kenapa dapat nenas? Sebab selain limau, nenas juga simbol kekayaan bagi masyarakat cina.
Sekian sahaja bersiaran buat kali ini :P
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..