Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 8 March 2016

Girl you are so beautiful | sempena hari wanita

Ummul Azkee

WANITA DAN KECANTIKAN

google image



     Selamat pagi! Harap semua mulakan hari dengan positif dan bersemangat hari. Selamat Hari Wanita pada semua wanita di seluruh dunia terutama sekali wanita-wanita di malaysia. Disebabkan harini hari wanita jadi UA mahu bercerita tentang wanita dan kecantikan.

     Wanita begitu sinonim dengan kecantikan dan wanita sanggup berhabis untuk kelihatan cantik. Namun kadangkala keyakinan diri seorang wanita itu hilang walau telah melakukan bermacam cara untuk kelihatan cantik. Salah satu sebabnya adalah kerana penolakan seorang lelaki atau tiada lelaki yang tertarik dengan mereka dari segi luaran.

   Sebenarnya cantik itu terlalu subjektif. Ada wanita mempunyai tarikan yang kuat dari segi fizikal kan,tapi tak semestinya yang kurang mendapat perhatian itu tak cantik. Ada wanita sememangnya kelihatan sangat biasa pada pandangan mata atau pada pandangan pertama seseorang . 

   Mesti pernah kan kita alami situasi sebegini, kita lihat seseorang wanita itu nampak biasa pada perkenalan pertama, namun setelah kita berkawan, berborak dan kenali hati budi dia, makin lama makin terselah kecantikan dia. Kita lihat dia cantik di mata kita disebabkan oleh peribadi dia.

  Jadi, Pada semua wanita di luar sana jangan lah risau jika kita tidak mendapat perhatian, tidak nampak tertarik di mata manusia, kerana dengan keperibadian yang baik kita akan nampak lebih cantik walaupun tidak bergaya ataupun bersolek. Jadinya, jangan bersedih ya, setiap wanita itu Allah ciptakan dengan keistimewaan tersendiri, Allah telah cipta kita secantik-cantiknya. 

Yakinlah yang kita cantik dengan cara tersendiri. Girl you are so beautiful..

Sempena hari wanita, UA tujukan lagu beautiful ini buat semua wanita.Moga ceria selalu..





Lirik lagu Beautiful Aziz Harun 

Tutur dan caramu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu

Jelita
Kau sempurna

Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu

Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata

Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when i say you're beautiful

Tak perlu jadi Dewi Remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu nilai dirimu

Jelita 
kau sempurna

   






Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. Yeah i'm beutiful. :)
    Happy woman's day Ummul!

    ReplyDelete
  2. semua wanita ada cantik yang tersendiri kan..
    selamat hari wanita..


    Jalan2 sini.. Jom baca,,

    Ada hadiah saya nak bagi khas untuk para wanita di blogger.

    Happy International Women Day 2016 FREE Gift> site.

    ReplyDelete
  3. Girl you are so beautiful..
    Selamat Hari Wanita buat semua.. ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari wanita Kak Ummul.. :)

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib