Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 15 March 2016

DIY TUTORIAL | DARI BOTOL KACA TERPAKAI MENJADI HIASAN MENARIK!

Ummul Azkee

DIY DARI BOTOL KACA 

BOTOL KACA TERPAKAI, SAMPAH YANG CANTIK

      Sebenarnya kan UA memang pengumpul botol kaca dan segala macam sampah. hehe.. Entah kenapa sayang nak buang segala benda sebab nampak semua benda ini boleh digunakan lagi dan terbayang lah sampah itu akan berguna dan akan nampak cantik kalau kita pandai cari idea untuk bagi ia nampak menarik.

  Dalam masa yang sama UA  suka tengok idea DIY di facebook dan Pinterest tu yang jadi teringin nak buat juga.hehe.. dan salah satu sebab adalah umi dari UA kecil lgi pernah juga buat macam-macam menggunakan semula botol kaca ke, botol plastik dan sekarang menurun pada UA pula.
hihihi.. Sebenarnya kalau botol kaca kosong macam gambar di bawah ini pun UA suka, nampak cantik juga, tapi nak juga lah cuba idea lain bagi lagi menarik.



   Lama dah dapat idea ini, tapi tak cukup bahan dan sibuk menguruskan sekolah anak-anak dan rumah. Baru hari ini, sempena cuti sekolah UA berkesempatan buat diy dari botol kaca terpakai. Jadi UA mahu kongsikan tutorial diy dari botol kaca cara UA.Kalau ada yang suka bolehlah UA cari idea dan kongsikan tutorial dari bahan terbuang yang lain. 


DIY TUTORIAL DARI BOTOL KACA TERPAKAI


    


BAHAN YANG DIPERLUKAN

Botol kaca terpakai
Masking tape
Pelekat label
Acyclic lacquer


1. Pertama sekali, rendam terlebih dahulu botol kaca bersama air sabun untuk menanggalkan label yang terlekat sebelum mulakan menghias botol. Selepas itu cuci bersih dan keringkan.






2. Setelah kering, lekatkan label berbentuk bulat untuk menghasilkan corak polka dot atau masking tip untuk corak belang.








3. Siap sahaja lekat terus spray arcylic lacquer pada botol tersebut. Mulakan lapisan pertama secara nipis.biarkan kering.kemudian sambung spray lapisan ke dua hingga ke tiga atau sehingga warna kelihatan rata.




4. Akhir sekali jemur di bawah matahari sehingga kering.Siap!




   Hasilnya setelah siap! UA gunakan untuk isikan alatan melukis UA di SOHO UA yang comel loteh tu.hehe.. Kalau suka boleh lah cuba lepas ini. Kalau nak lagi Diy tutorial bolehlah komen di bawah.bagi UA semangat lagi cari idea menarik ;) Terima kasih sebab sudi baca celoteh dan tutorial UA yang panjang lebar..



Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

0 comments:

Post a Comment

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib