Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 29 March 2016

ARTWORK | To be continued..

Ummul Azkee

Antara rutin harian dan Lukisan


       Semua orang ada rutin harian yang berbeza, sama seperti UA, Walaupun hanya suri rumah, mungkin ada yang fikir duduk rumah ini boleh relax dan tak banyak benda yang perlu di  tak ada dateline, tiada bos untuk pantau, hehe.. Hakikat nya kerja rumah memang takkan pernah habis lagi-lagi sejak anak sudah bersekolah, pengurusan masa memang perlu untuk pastikan kerja tak bertangguh. 

   Boleh tahan juga lelahnya di rumah ini, terkejar-kejar buat segala benda. Sehinggakan nak luangkan masa untuk hobi dan minat sendiri pun tak sempat. Banyak yang tergendala..termasuklah melukis.huhu.. Rasanya walaupun tak berapa nak tenang sangat dan masih ada kerja rumah menanti esok UA perlu juga sambung perancangan UA dengan lukisan.





    Minggu lepas UA sudah mulakan lukisan ini dengan melukis bentuk sahaja dahulu, selepas siap sahaja bentuk itu, memang belum lagi mula mewarna. Esok mesti dan mesti juga mulakan mewarna walau macam mana pun.

    Sebenarnya sudah lama UA rancang nak lukis foto cengkerang dan siput yang UA capture di rumah umi, tapi tak buat-buat.hehe.. banyak benar alasan kan hikhik.. So, esok perlu mulakan juga..
Tujuan UA mahu hasilkan lukisan ini adalah untuk mencabar diri sekali lagi dalam menghasilkan lukisan realismmenggunakan pensil warna selepas percubaan pertama dengan lukisan bertajuk 
Lily Umi rasa seronok gunakan medium ini walaupun agak lambat. Lukisan Lily umi itu pun UA ambil masa sebulan untuk siapkan.
  Lily umi tu pun UA hasilkan dengan rujukan foto yang UA capture hanya menggunakan Smartphone. Harapnya tak kecundang lah UA kali ini..huhu.. Wish me luck!









lily umi
pencil colour on paper

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

1 comments:

  1. wahh.. UA ada bakat melukis! cantik sangat! πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜πŸ˜πŸ˜

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib