KISAH ADRIANA, BUKU DAN IKAN SIAKAP STIM
Semalam UA masak ikan siakap stim untuk makan malam, Siapa yang ikuti instagram dan Facebook UA mesti tahu lah kan.huhu.. UA masak lauk ni pun atas permintaan Afrina. Dia memang sukakan sangat lauk ini. Mulanya dulu tak suka, selepas merasa terus jadi kesukaan dia.hihi. Adriana pun sama ceritanya..Mula tak suka, lepas itu jadi suka.hehe..UA lagi lah suka kan, menu sihat tanpa minyak.
Siap sahaja masak ikan itu, Afrina, dan Adriana pun dengan seronoknya makan lah lauk ikan siakap stim itu. Tengah makan itu Adriana kata lah "ikan siakap ni bagus makan kan ibu, susu pun bagus kan ibu". Tengah makan sambil bebel haha..UA pun layankan saja, dan sambung bebel hehe..
Seperti biasa Adriana lah yang paling awal habis makan.hehe..dia memang jaga badan, diet..makan sikit sahaja. hahaha..Yang pelik nya selepas cuci tangan, Adriana punyalah laju lari ke ruang tamu. Ingatkan nak kejar apalah rupanya dia mencari buku #Projek100buku yang UA letakkan di dalam kotak. Tengah dia mencari-cari UA pun tanyalah "cari buku apa adik? dia pun jawablah "buku ikan yang ibu masak tu. haha..rupanya cari buku di bawah ini. hehe..
Dalam buku ini ada menceritakan tentang menu ikan siakap stim yang UA masak ini, itu yang dia seronok sangat sampaikan cepat-cepat makan sebab nak baca buku ini. hehe..
Bagusnya buku ini adalah mengajar anak-anak UA tentang makanan yang berkhasiat seperti menu ikan siakap stim ini dan juga makanan lain seperti susu dan sayuran. Seronok rasanya apabila anak-anak ingat dan tahu tentang makanan yang baik untuk mereka. Begitulah impak nya buku-buku #projek100buku pada anak-anak, rasa berbaloi sangat keluarkan sedikit wang untuk membeli buku-buku ini. Sudahlah murah(RM3 SAHAJA SEBUAH), berkualiti pula tu.. ;)
Untuk resepi ikan siakap stim, bolehlah baca di sini dan pada sesiapa yang mahu dapatkan buku #projek100buku ini bolehlah whsapp UA ya. Sekian.
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..