Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 21 February 2016

Filem Big Eyes | Kisah benar tentang hak dan perjuangan seorang wanita

Ummul Azkee

BIG EYES | tentang hak dan perjuangan seorang wanita



    Sebenarnya sudah lama UA mahu kongsikan filem menarik ini di sini, tapi  tak tertulis dek kerana kesibukan. Buat pengetahuan semua filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 2014 dan malangnya UA baru mengetahui tentang filem ini 3 minggu lepas selepas menonton trailer nya di saluran FOX movies di Astro. Kesian kan? haha.. Selepas dapat tahu ia berkisahkan tentang kehidupan pelukis wanita, UA terus teruja mahu menonton filem ini. Dalam hati terus berkata, menarik ni,mesti tonton!,"




   Filem ini adalah berdasarkan kisah benar tentang kehidupan seorang pelukis wanita Margaret Keane bersama suaminya Walter Keane pada tahun 1950 dan 1960. Margaret Keane seorang pelukis wanita yang berbakat dalam seni lukis,  namun seperti kebanyakkan pelukis lain(contohnya seperti UA hehe..) Margaret seorang wanita yang naif, tidak begitu mahir dalam mempromosikan diri dan hasil karyanya. Ditambah pula tahun 1950 dan 1960an, wanita tidak mempunyai kebebasan dari segi kerjaya dan segala bidang dipelopori kaum lelaki.



Margaret Keane bersama pelakon Amy Adams yang memegang watak sebagai dirinya


 Kehidupan Margaret berubah apabila dia bertemu Walter Keane, seorang lelaki menawan dan peramah
 yang kononya pelukis sepertinya juga. Akibat dari satu insiden, Karya Margaret yang bertemakan kanak-kanak bermata besar menjadi perhatian, popular dan diminati. Pada mulanya Margaret sangat gembira  kerana karya menjadi popular dan mendatangkan hasil yang lumayan berserta dengan usaha suaminya mempromosikan karyanya dengan bersungguh-sungguh.Namun akhirnya Margaret menjadi keliru apabila mendapati yang suaminya menipu dengan mengatakan bahawa semua hasil karya yang Margaret hasilkan adalah karyanya.





 Kemuncak cerita ini akhirnya Margaret mengakui pada media massa yang karya kanak-kanak bermata besar itu adalah hasil lukisanya yang membawa kepada penyelesaian di mahkamah. Dan \Margaret berjaya membuktikan bahawa dia adalah pelukis pada kesemua karya kanak-kanak bermata besar itu.


  BIG EYES DARI KACAMATA UA



     Filem ini membuka mata UA bahawa bakat tanpa ilmu berkaitan promosi dan pemasaran, sesebuah  karya takkan membawa seseorang pelukis itu ke mana-mana.Walaupun tanpa kemahiran promosi, Pelukis seharusnya memerlukan seseorang yang mahir dalam bidang pemasaran untuk
mengembangkan kerjaya seorang pelukis dan karyanya seperti yang pernah yusof gajah suarakan suatu masa dulu.

    Selain itu, sebenarnya filem ini mengajar wanita untuk  berani mempertahankan hak walaupun
 ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih apabila berhadapan dengan lelaki yang tak berapa siuman walapun lelaki itu suami.hehe.. Perlu berani dan bijak untuk menghadapi situasi.



    Yang terakhirnya,UA teruja lihat studio lukisan Margaret dalam filem ini.hihi..Rasa jadi bersemangat untuk berkarya. Mulalah berangan setinggi bintang di langit hehe..(Jangan berangan je
UMMUL AZKEE tapi kenalah sentiasa bergerak, melukis, melukis dan melukis tahu, barulah boleh jadi macam Margaret Keane ataupun Georgia O'keffe) hehe.. :)

PS: Mesti tak kenal kan Georgia O'keffe, maka google kalau ingin tahu..bertambah ilmu tentang seni lukis.hehe

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

7 comments:

  1. Belum pernah juga tengok cerita ni.
    All the best untuk UA. Moga suksess

    ReplyDelete
  2. kerja di ofis pun sama juga realitinya, kalau kerja bagus kerja keras tapi bos tak tahu pun tak ke mana, sedangkan yg kerja sedikit tpi sentiasa menjual diri pada bos lebih cenderung jadi kesukaam bos.

    ReplyDelete
  3. moral of the story, have some pride..be bold and brave

    ReplyDelete
  4. betol..wanita harus mempertahankan haknya..jgn biar lelaki pijak2 kita..ehhh..hehe

    ReplyDelete
  5. orang yang berbakat adakala tenggelam kerana kekurangan ilmu pemasaran untuk menonjolkan bakat

    ReplyDelete
  6. bila nak lukis potret aRzMoHa hehe

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib