Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 25 February 2016

Buku #Projek100buku buku bergambar kanak-kanak berkualiti pada harga paling murah!

Ummul Azkee

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH






     Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.


   Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

   Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.




ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.


* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.


* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.


* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.


*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.




    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

* harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk











                   


 Untuk dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dari UA ya.. boleh email UA atau whspp di nombor telefon yang tertera di blog ini. Boleh juga ikuti INSTAGRAM ummulazkeearts untuk lebih maklumat tentang buku #projek100buku.







Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. berapa harga buku ni? mmm bagus sebenarnya buku ni. didik anak-anak suka membaca dari kecil...satu amalan mulia

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm3 sebuah arzz.. belilah tuk cik puteri..hihhi

      Delete
  2. Suka sangat..jadikan buku bahan bacaan utk anak dan anak buah

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib