Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 19 February 2016

Adult Colouring book karya pelukis Malaysia yang wajib dimiliki!

Ummul Azkee

Adult Colouring book karya pelukis Malaysia


     Melihatkan Adult colouring book yang berlambakkan di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia dan semakin diminati di malaysia, maka UA mahulah canangkan dan kongsikan colouring book karya pelukis tempatan sebagai tanda sokongan pada mereka. Kalau bukan kita siapa lagi mahu sokong kan.Betul tak?

    Siapa kata pelukis kita tidak hasilkan colouring book, Ha.ni nak beritahu. Kalau sudah tahu wujudnya colouring book karya pelukis tempatan dan anda juga jenis tergila-gilakan colouring book seperti UA makanya wajib dapatkan buku-buku ini dan jadikan koleksi.hihi..

   Antara pelukis malaysia terawal hasilkan colouring book ini adalah kak Emila Yusof, penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang makin di kenali di Malaysia. Sehingga kini sudah 6 buah colouring book  hasil karya kak Emila terjual di pasaran dan ada di jual secara online .Colouring book yang dihasilkan kak emila adalah seperti di bawah. Memang comel dan ada yang bertemakan Malaysia. Yang paling terbaru di pasaran adalah bertemakan puteri lagenda Malaysia. Menarikkan?








sumber dari laman fecabook kak emila yusof

   Untuk mendapatkan kesemua koleksi colouring book kak Emila bolehlah layari blog kak Emila di emilayusof.com atau di kedai buku online di http://www.oyezbookstore.com/

   Selain kak Emila yusof, seorang lagi pelukis Malaysia turut telah menghasilkan dua adult colouring book iaitu Zahari Harun. Menariknya coloring book beliau adalah ia bertemakan pemandangan di Malaysia. Sangat menarik dan berbeza dari colouring book yang sedia ada di pasaran. Coloring book karya Zahuri Harun ini boleh diperolehi di kedai Buku MPH.

   UA pastikan akan dapatkan kesemua colouring book ini. Pada yang berminat mari kita dapatkan dan  simpan sebagai koleksi.









Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. lawa lukisannya.

    takut kalau saya warnakan jadi tak lawa.

    ReplyDelete
  2. wa..dunno that adults got colouring book too..

    ReplyDelete
  3. wah..best nih..kalau bosan bosan boleh la colour colour..hehe..lukisan pon cantek cantek..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib